20 January 2010

Air Musta'mal Menghilangkan Najis

Abu Ahmad Didat »

Assalamualaikum:

Adakah air musta'mal boleh digunakan untuk membasuh najis. Dalam mazhab Syafie dan Hanbali; air musta'mal tidak boleh digunakan untuk menyucikan najis

Manakala dalam mazhab Maliki dan Hanafi ia boleh digunakan untuk menyucikan najis.
Boleh tak huraikan dan yang mana satukah pendapat yang kuat. Bagi pendapat saya sekiranya air musta'mal tidak dapat digunakan untuk menghilangkan najis seperti mana dalam qaul jadid dalam mazhab Syafie; sedangkan tiga sifatnya masih belum berubah, kemungkinan akan menimbulkan kesukaran. Contohkan air dalam sebuah timba yang dimasuki air basuhan pertama ketika berwudhuk. Tentu tidak dapat digunakan untuk menghilangkan najis. Harapan pihak Al Ahkam dapat memberi penjelasan.

WASSALAM


******************************************
thtl »

Jawab:

Pendapat yg mengatakan air mustakmal itu suci lagi menyucikan lebih rajih. Kita kemukakan dalilnya:

a. HR Muslim dari Ibn Abbas ra," Nabi saw pernah mandi dengan air lebihan (mandian) Maimunah."

b. HR Asyhab Sunan, " Nabi mandi dari bekas mandian isterinya selepas mandi junub, Nabi mandi dari takungan air itu."

c. HR Abu Daud dari Aisyah ra, "aku mandi bersama Nabi saw dari satu bekas (air), sedang kami dalam keadaan junub."

d. HR alBukhari dari Anas, Anas menceritakan 80 orang sahabat merwudhu' dari satu bekas air yg kecil.

e. Fathul Bari 1/274, Nabi saw mengajar sahabat berwudhu' dari satu bekas dengan mencelup tangannya dalam bekas itu.

Kitab Fiqh Sunnah juga membenarkan pendapat yg mengatakan air mustakmal itu suci dan boleh digunakan untuk berwudhu', mandi dan menyucikan najis. WAllahu a'alam

3 comments:

Anonymous said...

Salam ...

baru-baru ini saya ternampak anjing telah minum dalam satu bekas takungan di luar rumah sepupu. saya telah memberitahunya dan dia telah membuang lebihan air di dalam bekas tersebut ke atas simen lantai tanpa menyamak bekas tersebut.

1. apakah hukumnya kalau kita terpijak air yang dicurahkan ke lantai tersebut?

2. bagaimana pula jika air yang dicurahkan ke lantai tersebut telah kering dan kita memijak lantai yang kering tu..perlukah disamak kasut tersebut?

Sekian, terima kasih...

Admin said...

dalil tentang samak hanyalah "bijana minuman yang dijilat anjing"... anjing itu hanya minum dalam bekas takungan air itu, untuk hilangkan syak sama bekas takungan air itu sahaja jika ianya masih digunakan. Lebihan air yang dibuang tidak mendatangkan najis tambahan bila ia telah kering... Wa

Anonymous said...

terima kasih atas jawapan itu....

maknanya kalau bekas lantai yang kering itu jika basah kembali terkena hujan ia tetap tidak perlu disamak apabila memijak lantai tersebut... benarkah begitu?

Post a Comment