15 January 2009

Ikut Mazhab Hanafi Mengenai Sentuhan

Assalamualaikum,
Sekiranya saya ingin menggunakan pendapat Imam Hanafi bahwa bersentuh kulit dgn isteri tidak batal, perlukah saya mengetahui syarat2 sah/batal wudhuk mengikut mazhab hanafi?

**************

Jawab:

Kesemua Imam mujtahid menyarankan kita meneliti dalil dan hujah mereka sebelum kita menerima pakai ijtihad mereka.

Jika anda ingin mengambil ijtihad hanafi, beliau memutuskan sentuhan lelaki terhadap wanita (tanpa berlapik) tidak membatalkan wudhu' baik tanpa syahwat maupun disertai rasa syahwat.

Imam Abu Hanifah bersandarkan hadis riwayat Aisyah RA, bahawa RasuluLlah saw biasa mencium
sebahagian isterinya kemudian solat, tanpa mengulangi wudhu' baginda. Imam Abu Hanifah dalam membuat tafsiran ayat al Ma'idah: ayat 6 (jika kamu menyentuh wanita, Au Laa mastumunnisa') sentuh itu bermaksud jima'. Tafsiran Imam Abu Hanifah ini disandarkan kepada tafsiran Ibn Abbas RA, tokoh tafsir yang terunggul yang mentafsirkan menyentuh wanita dalam ayat itu bermaksud persetubuhan.

Rujukan: Imam al Kasani, al Bada'iy, Jld 1, ms 30

Inilah kaedah yang betul bila kita ingin menerima pakai sesuatu fatwa mana-mana Imam yaitu mengetahui dalil dan sandaran mereka.


sekian
thtl for al_ahkam on-line

1 comments:

ikhwan khairul said...

bagaimana pula jika ada sebahagian ustaz mmeberitahu bahawa kita perlu berwudhu' mengikut mazhab hanafi jika ingin meggunakan kaedah pemabataln wudhu' imam hanafi?
dan ada juga ustz yg mengatakn bahawa hadis yg dgunakan imam hanafi td adalah dhaif

Post a Comment