15 January 2009

Cara Mandi Wajib

Quote:
Boleh jelaskan cara-cara terperinci mandi junub? Sejak saya belajarkitab kuning sekitar akhir tahun 1970an di Johor bahru, saya sudah lupanama kitab yang menyatakan secara terperinci tentang cara-cara mandi junub bermula dengan menghilangkan najis, berwuduk, kemudian mulakandengan niat dan air yang mula-mula cecah ke kepala sebelah kanan danseterusnya ... sebanyak tiga kali termasuklah air sabun ...Pinta sertakan rujukan sekali ...


*************

Jawab

Rukun mandi dua perkara:

1. Niat; tujuan membezakan ibadat dan adat. Tempatnya ialah dihati
2. Meratakan air keseluruh anggota.
(Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Tatacara (suna-sunatnya):
1. dimulakan dengan mencuci tangan tiga kali
2. membasuh kemaluan
3.berwudhu' sepertimana wudhu' untuk solat dan tangguhkan membasuh kakihingga dipenghujung mandian.
4. memulakan mandi dengan siraman di kepala sebanyak tiga kali hingga
meratai kulit kepala.
5. memulakan siraman air ke badan pada anggota sebelah kanan terlebihdahulu.
6. memberi perhatian khusus kepada rongga dibadan seperti telinga, lubanghidung, pusat, jari-jari kaki dan celah-celah anggota lain.
7. akhir sekali membasuh dua kaki.
(Sayyid Sabiq, ibid; Dr Abdul Karim Zaidan, almufassal)

Cara kedua:

Jika dia mandi dengan shower, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin airtelah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari, tidak payahberwudhu', memadai hanya berniat untuk mandi dan wudhu' sekaligus. (Fatwa Prof Dr Abdul karim Zaidan, alMufassal)

Penambahan untuk wanita:

Pada dasarnya mandi lelaki sama dengan wanita, cuma ia perlu memberiperhatian pada rambutnya, kerana rambut wanita lebih panjang, makadisunatkan diuraikan rambut . Bagi wanita yang mandi disebabkan haidh dannifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath parfume) supaya harum dari bau darahnya. (Dr Abdul Karim Zaian, ibid)

thtl for al_ahkam online

0 comments:

Post a Comment