26 December 2008

Perlukah Mandi Wajib?

Assalamualaikum.
hmm sebenanya dah lama dah saya nak tanya masaalh ni.di harap sdara sdari kat sini yg lebih arif dapat membantu saya..insyaAllah.

saya lelaki...saya ada masaalah bila saya bercakap dengan perempuan..badan saya akan mengeluarkan sejenis cecair melaui kemaluan saya....masalahnya..adakah itu di kira keluar mani..dan perlukah saya mandi wajib.?tolonglah...perkara ni membabitkan ibadah saya sepanjang hidup...

insyaAllah...ada sesapa dpt selesaikán masalah ni.

----------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr perlukanbantuan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Cecair yang keluar pada masa sdr bercakap-cakap dengan wanita adalah Mazi (المذي) dan bukan Mani (مني). Ulama' mengatakan bahawa air Mani adalah putih dan tebal, ia keluar secara memancut, dengan perasaan nikmat dan menjadi sedikit lemah selepas keluarnya. Berkata Imam Al-Nawawi didalam Sharah Muslim :-

قال العلماء : مني الرجل في حال الصحة أبيض ثخين يتدفق في خروجه دفقة بعد دفقة ويخرج بشهوة ويتلذذ بخروجه وإذا خرج استعقب خروجه فتور ورائحة كرائحة طَلْع النخل ورائحة الطلع قريبة من رائحة العجين ،

"Ulama' berkata: "Dalam keadaan lelaki sihat maninya berwarna putih pekat, memancut sedikit demi sedikit semasa keluar. Biasa keluar bila diikuti dengan persaan syahwat dan berasa nikmat semasa keluarnya. Setelah keluar ia akan merasakan lemah dan baunya seperti bau mayang kurma, iaitu seperti bau adunan tepung."

أما المذي : فهو ماء أبيض لزج يخرج عند التفكير في الجماع أو إرادته ولا يجد لخروجه منه شهوة ولا دفعا ولا يعقبه

"bagi mazi pula, ia hanyalah cecair berwarna putih, keluar disebabkan membayangkan (khayal) hubungan jima' atau terlintas keinginan hubungan jima'. Pada umumnya ia keluar tanpa dorongan syahwat, tidak memancut keluar dan tidak merasa lemah badan setelah keluarnya. " - [Imam al-Nawawi, Sharh Muslim, 3/213].

Mazi adalah najis, perlu dibasuh kemaluan (dan pakaian yang terkena Mazi) dan tidak perlu mandi. WA.

wassalam

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum
nk tnye perlu mndi wjibkh jika keluar sejenis cecair swaktu ghairah

Post a Comment