ana ada sedikit kemusyikilan...
adakan benar bahawa kalau menyentuh buah zakar tak batal wudhuk..?ada sesetengah pihak yg menyatakn bahawa dubur ialah yg tempat keluar najis manakala qubul ialah batang zakar sahaja..?adakan dakwaan ini benar.?? kalau sentuh punggung tak batal juga kan..?
minta pandangan...
----------
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr alhakim dengan kadar yang mampu, Insyaallah.
Soalan 1 : Apakah menyentuh kemaluan (zakar) membatalkan wudhu'?
Untuk pengetahuan alhakim, Ust gayat dan Ustaz thtl telah pun membicarakan permasalahan ini didalam forum diskusi hukum dibawah topik : 'Studi adakah batal wudhu' apabila menyentuh kemaluan'. (urlnya saya paparkan dibawah) Disebabkan mereka berdua telah membincangkan topik ini dengan panjang-lebar, disini kamin cuba meringkaskannya sahaja. Berlakunya khilaf mengenai hukum ini timbul dari dua buah hadith yang bertentangan, yang pertama hadith dari Busrah bint Safwan (di keluarkan oleh Malik 1/42, al-Syafie didalam al-Umm 1/33-34, Abu Daud #181, al-Nasaa'i #1/10, Tirmudzi #82, Ibn Majah #479) yang menyatakan batal hukumnya (dan terdapat juga beberapa hadith lain yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nassa'i, dan Ahmad, Ibn Hibban and Al-Hakim) dan hadith yang kedua dari Talq bin Ali (yang diriwayatkan oleh Abu Daud #182, Nasaa'i 1/10, Tirmudzi #1/191, Ibn Majah 1/163). Kedua-dua hadith juga dikelaskan sebagai sahih oleh Syiekh Nasyiruddin al-Albani.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Tahaarah) membahagikan pandangan ini kepada 3 bahagian :-
a. Tidak membatalkan wudhu' jika menyentuh zakar. Pendapat ini diriwayatkan oleh Ali, Ibn Mas'ud, Ammar, Hudzaifah, Imran bin Hushain, Abu Al-Darda' dari kalngan sahabat. Ini juga merupakan pendapat Rabiah, Al-Tasuri, Ibnul Mundziri, Abu Hanifah dn sahabat2 dan sebuah riwayat dari Ahmad. Ini merupakan pegangan Mazhab Hanafi. Dalilnya ialah hadith Talq bin Ali :-
قدمنا على رسول الله صلى الله عليه وسلم، فبايعناه، وصلينا معه، فلما قضى الصلاة، جاء رجل كأنه بدوي، فقال: يا رسول الله! ما ترى في رجل مسَّ ذكره في الصلاة؟ قال: وهل هو إلا مضغة منك ـ أو بضعة منك ـ؟ "
"Kami telah datang kepada Rasulullah saw, kami bersetia kepadanya, kami bersolat bersamanya, tatkala selesai bersolat, datang seorang lelaki bagaikan seorang Badui, dan dia berkata :'Ya Rasulullah saw! Apa pandangan mengenai seorang lelaki yang menyentuh zakarnya didalam solat?', baginda menjawab : 'Tidakkah itu sebahagian dari tubuh kamu?" -[Sahih Sunan al-Nasaa'i oleh al-Albani #159].b. Membatalkan wudhu' didalam keadaan apa sekali pun. Pandangan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik didalam al-Muwattha', Ahmad didalam al-Musnad berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Busrah bint Shafwan :-
من مسّ ذكره فليتوضأ
"Barangsiapa menyentuh zakarnya maka ambillah wudhu" -[diriwayatkan oleh Abu Daud, 154. Saheeh Sunan Abi Dawood #166 oleh al-Albani dan beliau mengatakan ia sahih]
Ini merupakan pegangan Mazhab Ibn Umar, Said bin Musayyib, Atha', Urwah, Sulaiman bin Yasar, Al-Zuhri, Al-Awzai', Al-Syafie dan pangan termasyur Imam Malik.
c. Tidak batal wudhu' jika tidak disertakan dengan syahwat (Ibn Taimiyah mengatakan sebagaimana batalnya wudhu' memegang wanita dengan tergeraknya syahwat, Majmu' fatawa 21/241). Dalilnya seperti hadith yang pertama iaitu zakar adalah sebahagian dari anggotanya. Ini merupakan pendapat Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, Ibn Hazm dsb. Ibn Taimiyah menyatakan bahawa mustahab (dianjurkan) mengambil semula wudhu' dan bukannya wajib.
2. Skop Zakar dan dubur. - Dr Wahbah al-Zuhaily didalam membicarakan mengenai pandangan Mazhab Syafie mengenai menyentuh kemaluan, berkata :
مس قبل لآدمي، وحلقة دبره، بباطن الكف.
"menyentuh kemaluan hadapan anak Adam dan jerutan (bulatan) dubur dengan tapak tangan" -[al-Fiqh al-Islami, 2/286].Jelas ini menunjukkan bahagian hadapan kemaluan merupakan batang zakar atau penis (bukan testes) dan jerutan dubur, merujuk kepada anggota kemaluan yang membatalkan wudhu' menurut Mazhab Syafie. Menyentuh punggung tidak membatalkan wudhu'.
p/s :- didalam bahasa arab, buah zakar ialah (خُصْيَة ) - khushyah atau testis, testicle didalam bahasa inggerris.
---------------
Perbincangan mengenai dua pandangan samada batal atau tidak wudhu' merupakan satu perbincangan ilmiah yang teknikal. Jumhur ulama' mengatakan batal wudhu', sebagaimana fatwa #6990 Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi (5/264): Rajih dari pandangan ulama' didalam masalah ini ialah pandangan jumhur, iaitu batal wudhu' apabila menyentuh zakar. Golongan minoriti seperti Mazhab Hanafi mengatakan tidak batal sama sekali. Manakala golongan pertengahan seperti Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, al-Albani, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan tidak batal jika tidak merasakan syahwat, sebagaimana memegang wanita tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu', akan tetapi digalakkan mengambil kembali wudhu'. WA.
Anda boleh merujuk kepada perbincangan topik diatas didalam thread dibawah ini :-
1. STUDI: ADAKAH BATAL WUDHU' APABILA MENYENTUH KEMALUAN? url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=12194
wassalam
===========
Rujukan :
1. Imam Ibn Rusd. Bidaayatu al-Mujtahid wa Nihaayatu al-Muqtashid - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, 2002. ms 47.
2. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Tahaarah. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2001.
3. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah. Majmu' Fatawa - 21. Mekah : [t.p], 1969. ms 241
4. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 1. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989. ms 286.
5. Al-Lajnah al-Daa'imah Li al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa al-Iftaa’ - 5. cetakan ke 3. Riyad : Dar al-Muayyad, 2000. ms 264
0 comments:
Post a Comment