15 January 2009

Haid Dan Istihadah Sepanjang Tahun

Salam

tolong saya..macamana ibadat solat dan lain2 saya. saya mengalami situasi darah haidh dan istihadah yg xputus2 sepanjang tahun.. kalau berhenti pun sekadar 2-3 hari jer. perkara ini dah berlaku hampir 5 tahun. dah jumpa doktor..xde apa2 masalah kesihatn, cuma ketidak seimbangan hormon.

mohon penjelasan bagaimana saya nak jalankan ibadah saya?

*************
Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab

Dalam kes sebegini , saudari perlulah membuat kiraan jumlah hari datangnya haid yang biasa saudari alami sebelum berlakunya kes tersebut.Maka hari selepas itu dihukum sebagai Istihadhah , yang mana pada ketika itu saudari wajib mandi dan bersolat selepas itu sebagaimana maksud sebuah hadis:

“Hendaklah dia menunggu sejumlah siang dan malam ketika dia haid sebulan sebelumnya , iaitu sebelum dia terkena Istihadhah.Hendaklah dia meninggalkan solat sejumlah hari-hari haidnya pada bulan itu.Dan jika hari-hari itu melampauinya , maka hendaklah ia mandi kemudian melekatkan kain tebal ( Maksudnya ialah menyumbat sesuatu yang tebal seperti kain di bahagian farajnya agar darah tidak mengalir ) dan bersolatlah. ( HR An-Nasai )

Hadis di atas membawa maksud bahawa wanita yang mengalami istihadhah dikehendaki mengira jumlah kebiasaan datangnya darah haid serta tempohnya.Kemudian selepas daripada tempoh tersebut hendaklah ia mandi dengan menganggap bahawa tempoh haidnya telah tamat.Seterunya hendaklah ia melakukan solat sepertimana keadaan wanita yang telah suci dari haid.Perlu diingat , wanita yang dalam istihadhah hendaklah memperbaharui wudhuknya pada setiap kali ingin menunaikan solat.

Sekiranya saudari tidak mengetahui tempoh kebiasaan datangnya haid , maka saudari hendaklah mengambil kira tempoh maksimum datang haid bagi seorang wanita iaitu selama 15 hari.Maka selepas itu iaitu pada hari ke 16 adalah dikira sebagai darah Istihadhah.Pada ketika itu diwajibkan saudari mandi dan bersolatlah selam tempoh 15 hari lagi yang bermula pada hari 16 hinggalah ke hari ke 30.Selepas daripada hari ke 30 itu akan dikira semula sebagai hari datang haid dan kiralah sehingga hari ke 15.Pada hari ke 16 akan dikira sebagai istihadhah semula.Begitulah seterusnya.

Secara kesimpulannya , situasi darah istihadhah adalah situasi yang sama seperti situasi selepas suci dari haid.Pada ketika itu saudari wajib melakukan semua ibadah sebagaimana biasa.Cumanya faraj saudari perlulah dicuci dan dikehendaki berwudhuk semula pada setiap kali ingin menunaikan solat.Begitu juga saudari perlulah memastikan bahawa tidak ada darah yang mengalir keluar dari faraj ketika melakukan soolat.

WA

Ruj :

Al-Mufassal fi ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim , Bab Taharah , Bahagian Haid dan istihadhah , As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan

8 comments:

Anonymous said...

jadi kalau istihadah dah habis, tidak perlu mandi wajib semula?

aizuddin said...

ya istihadah tak perlu mandi wajib cuma kena ambik wuduk tiap2 kali nak solat, tak boleh pakai wuduk yang sebelum tu.

Anonymous said...

sy ada kemusykilan di sini.sy dtg haid(keluar cecair kehitaman) selama 10 hari dan pada hari berikutnya,sy mandi wjib..pada hari ke-14 ,cecair merah kehitaman keluar skali lg tetapi kali ini lbih bnyk dr drh yg keluar smsa haid. adakah cecair yg keluar pd hari ke-14 itu masih dikira sbg haid?adakah sy perlu mandi wjib sekali lagi pd hari ke-15?jika cecair itu keluar lg pada hari ke-16,adakah ia dikira sbg drh istihadah?

Anonymous said...

assalamualaikum...
sy rmja berusia 20 thn...sy ada kemusykilan di sini.sy dtg haid(keluar cecair kehitaman) selama 10 hari dan pada hari berikutnya,sy mandi wjib..pada hari ke-14 ,cecair merah kehitaman keluar skali lg tetapi kali ini lbih bnyk dr drh yg keluar smsa haid. adakah cecair yg keluar pd hari ke-14 itu masih dikira sbg haid?adakah sy perlu mandi wjib sekali lagi pd hari ke-15?jika cecair itu keluar lg pada hari ke-16,adakah ia dikira sbg drh istihadah?

Anonymous said...

salam...hari prtama mri uzur pas2 abis hari yg ke 13.. hari yg ke 13 tu kite mndi wajib.. pas2 kite mri plak hri yg ke 16. hari yg ke 16 perlu x kite mndi wajib...

fatma said...

wassalam, pe yg sy blajr,wrne hitam antara jenis2 darah haid, n untk pgetahuan..tempoh darah haid seorg prempuan adlh 15hari, so hari yg ke-14 tu darah haid la, lau cecair tu keluar hari yg ke-15, tu pun darah haid lg hari yg ke-16 wajib mandi,tp lau darah msih keluar hari ke-16 tu adlh darah istihadah

fatma said...

darah istihadah x perlu mndi wajib
yg wajib adlh mndi wajib hari yg ke-16

Anonymous said...

selepas berhenti darah istihadah,keluar cecair warna kuning selama 15 hari pastu hari ke 16 keluar cecair kehitaman.adakah itu darah istihadah?

Post a Comment