20 January 2010

Sepatu Terpijak Najis Anjing

nsko »

Assalamualaikum

Saya terpijak najis anjing dan ada kesan di tapak kasut saya. Tetapi tiada kesan di atas karpet yang di pijak. Perlukah saya samak karpet yang tiada kesan itu?

JZKK


*********************************************
thtl »

Jawab:

Tidak perlu.

Dalil:

HR Abu Daud dari Abi Hurairah ra," jika salah seorang kamu terpijak najis dengan sepatunya, maka tanah dapat mensucikannya."

HR Abu Daud dan Ahmad dari Abu Sa'eed ra," bila kamu terlihat kotoran pada (bawah) sepatu kamu, gosoklah ke tanah dan kemudian ia boleh dipakai semasa solat." Fiqh Sunnah

6 comments:

pumpkin munchkin said...

assalamualaikum
saye ada persoalan
saye prnah pergi satu kedai binatang yang ada anjing
saye terpijak air dkt dlm kedai tue
tuan kedai tue ckp bkn air kencing
tpi saye mcm was-was
ap yg patowt saye bwat

Anonymous said...

assalamualaikum.
berkenaan sepatu yang terkena najis maka tanah dapat mensucikannya.
Adakah yang dimaksudkan hanya tanah sahaja atau lantai bersimen contoh pusat beli belah,jalan bertar juga termasuk dalam situasi ini.

Anonymous said...

Assalammualaikum. Saya ingin bertanya mengenai kasut yg terpijak taik anjing. Baru-baru ini saya ada terpijak tahi anjing yg sudah kering dan ianya tidak meninggalkan kesan pada tapak kasut saya. Adakah saya masih perlu samak tapak kasut tersebut? Bagaimana pula jika saya masih tidak samak kasut dan tempat2 lain seperti kereta,lantai dan lain2 yg saya pijak?

Admin said...

"bila kamu terlihat kotoran pada (bawah) sepatu kamu, gosoklah ke tanah dan kemudian ia boleh dipakai semasa solat."

Orang dulu2 solat atas tanah, gesek2 ketanah terus pakai kasut tu jugak bawak solat, tak ada kena samak sana samak sini pun...

orang sekarang solat dalam masjid siap karpet lagi tak pakai kasut pun... apa masalah yang nak di samak sana samak sini?

Anonymous said...

Assalamualaikum.. saya berpenyakit was was... bagaimana jika saya lalu dikawasan sampah yang dikucar kacirkan dan terdapat beberapa ekor anjing tidak jauh dari kawasan itu dan jika saya terpijak beberapa titis air dilantai tempat itu, ditakuti air liur anjing, perlukah saya samak tapak aksut saya, mintak pandangan uztaz..

Anonymous said...

Sy terpijak najis anjing tp sudah kering.. Adakah sy hanya perlu geser di pasir dan tak perlu disamak?

Post a Comment