22 January 2010

Membersihkan Najis

AHelmi »

salam

Harap panel sudi menerangkan kemusykilan saya dalam hal ini kerana dalam buku-buku biasa perkara ini disentuh secara umum sahaja. Saya rasa pengetahuan ini perlu untuk mengelak was-was, lebih-lebih lagi jika hidup dalam komuniti bukan Islam tetapi banyak berinteraksi dengan orang bukan Islam.

1. Menyemak kembali soalan-soalan terdahulu, saya membaca yang sebarang najis pada tapak kasut akan disucikan oleh tanah. Menyemak buku fiqh shafi'e yang sederhana dan buku biasa tidak diterangkan pula hal ini pada ketika menyentuh najis mughalazah.


i.Adakah ini pendapat dari imam lain dan berlaku khilaf?

ii.Adakah taraf hadith yang diriwayatkan Abu Daud itu ada kekurangannya?

iii.Adakah najis mughalazah di sini hanya untuk najis mughalazah yang dipijak tanpa disedari?

iv. Perlukan dialirkan air ke tapak kasut setelah memijak ke atas tanah baru dikira suci najis mughalazah tersebut?

2. Bolehkah membasuh lebih dari satu benda sekaligus dengan 7 kali air + tanah? Contohnya memasukkan lebih dari satu pakaian yang terkena najis mughalazah dalam baldi berisi air tanah sekaligus. dan adakah air tanah yg digunakan itu masih suci dan boleh digunakan membasuh najis mughalazah lain?

3. Bagi najis mughalazah yang telah kering, tiada 'ain. Seperti jilatan anjing pada baju yang telah kering.

i.Jika saya menyentuhnya tempat yang kering itu dengan tangan yang basah. Adakah tangan saya juga perlu disucikan dengan 7 kali air + tanah?

ii. Jika baju yang telah kering itu direndam bersama baju lain (bukan untuk tujuan menyucikan dengan tanah, hanya cucian biasa) adakah baju-baju yang lain itu dianggap suci dan najis itu tidak berpindah?

iii. Jika air mengenai jilatan anjing yg telah kering itu, contohnya saya melalukan air ke atasnya (bukan untuk menyucikan dengan tanah, hanya bilasan biasa sahaja) apakah status air itu setelah terpisah dari tempat yang kering itu? adakah perlu menyucikan tubuh dan pakaian yang terpercik air itu?

4. Manakah yang lebih kuat pendapat ini:
7x air mutlak, satu antaranya bercampur tanah
8x air mutlak, satu antaranya bercampur tanah

Terima kasih diucapkan. Saya mohon maaf sekiranya soalan itu ada yang berlebihan dan merupakan soalan yang tidak patut ditanya.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
thtl »

wassalam

Jawab:

1. Apabila nas menyebut umum, maka tidak boleh kita perincikan bertujuan utk menyusahkan diri kita. Maka apabila nas hanya menyebut jika kasut yg terpijak najis, maka tidak boleh kita merincikan jenis2 najis itu.

1.i ) tidak ada khilaf

1.ii) Hadis Abu Daud dari Abu Hurairah dan Hadis Abu Daud dan Imam Ahmad dari Abu sa'ed bertaraf sahih.

1.iii) Najis terpijak kerana secara tak sedar. Mana ada pijak najis secara sedar?

1.iv) Tidak perlu dialirkan air, cukup dgn menggosok sahaja.. Ia valid utk semua jenis najis.

2. Hukum asal dalam masalah ini ialah "bila anjing menjilat bejana atau pinggang mangkuk." Khusus utk jilatan anjing sahaja. Jika najisnya mengenai pakaian, memadai detergen sahaja.

3. Jilatan anjing itu basah, maka jika terkena benda kering, maka najislah ia sebab yg basah menajisi yg kering. Maka baju yg kering itu hendaklah di basuh 7 kali pada tempat jilatan itu sahaja.

Soalan ini terlalu detail dan termasuk soalan2 yg berlebihan dan tidak wajib dijawab. kalau betul2 anjing jilat maka hubungi kami semula. Ini dinamakan sindrom was-was najis yg serius. Hendaklah membaca kitab2 Fiqh Sunnah utk mengurangkannya. Saya syorkan membaca kitab Fiqh Islami (terjemahan DBP).

4. Secara sunnah: 7 kali (salah satunya dgn tanah) WA

0 comments:

Post a Comment