22 January 2010

Mani Masih Keluar Selepas Solat

akuhambaAllah »

Assalamualaikum!

Syukur kepada Allah atas usaha tuan membangunkan laman web ini untuk faedah umat Islam. Saya do'akan semuga Allah memberi balasan yang baik atas usaha tuan. Terasa agak lambat bagi saya menemui laman web ini.

Kemusykilan:
Kerapkali selepas bersama dengan isteri saya, selepas mandi junub dan menunaikan solat (biasanya solat Subuh), kadang-kadang masih keluar cecair lekit daripada kemaluan saya. Walaupun pada awalnya saya memang yakin bahawa saya telah membersihkannya. Adakah sah solah saya atau saya perlu ulangi solah tersebut? Wassalam


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
thtl »

Jawab:

wassalam

Kita tidak pasti gap (jarak atau selang waktu) antara jima' dan mandian anda. Jika sebaik sahaja selepas jima' dan anda mandi, kemungkinan saki baki mani masih ada dalam kemaluan. cara yg baik ialah biarkan seluruh organ anda cool down selepas jima' (yakni rihat sekejap) dan selepas itu barulah mandi.

Ini kerana madzi, ialah cecair ghairah dan kita tidak pasti apakah jenis cecair yg keluar dari kemaluan anda. Jika mani dapat dikenali dgn baunya spt mayang kelapa dan orang Arab spt mayang korma, atau macam bau tepung yg diadun dgn telur.

Maka pastikan cecair itu: mani, madzi atau wadi. Jika madzi dan wadi anda hendaklah dibasuh sahaja. WA

41 comments:

Unknown said...

salam ustaz,kebelakangan ini saya telah ditimpa masalah was-was yang melampau.saya begitu sukar sekali utk menghadirkan niat utk mandi wajib dan terpasksa menyebutnya berulang2 kali dgn lidah dan ini menyebabkan saya terlalu tertekan.soalan saya,skrg ini,kerap kali saya bangun pagi dan mendapati seluar dalam saya basah sedangkan saya yakin yang saya tidak bermimpi junub,saya cuba tanyakan kpd beberp org ustaz dan kitakan yang keluar itu bkn mani tetapi air wadi.setelah saya amati betul2, mg saya dapati kesan lembapan itu tidak melekit dan saya mula yakin itu adalah wadi tetapi saya sering dihimpit was2 klu2 air itu adalah mani.soalan saya ustaz,blhkah wadi kelaur ketika kita tidur dan keluarnya sama byk seperti mani?dan blhkah saya gunakan kaedah "yakin tolak syak"seperti contohnya saya dlm kedaan suci dan bgn pg saya syak sy kuar mani atau pun wadi.jd saya ambil mani itu adalah syak dan suci bdn saya sbg yakin.btul ke ini ustaz?syukran ustaz.......

Admin said...

Was-was adalah bisikan dan gangguan syaitan, benteng diri dari gangguan ini. Jika masuk dalam bilik mandi dengan tujuan untuk mandi hadas, sudang dikira niat yang sah, jangan bimbang teruskan acara mandi hadas, tak perlu sebut ulang2.

Jika tidak mimpi berahi air yg keluar itu adalah wadi, wadi boleh keluar kerana keletihan atau kerisauan yang tinggi. Keluar wadi tidak perlu mandi hadas cukup dengan dibersihkan dan dicuci untuk hadir solat.

teruskan amal ketaatan tanpa was-was, tanamkan perasaan anda adalah bersih tidak melakukan apa2 kesalah yang melanggar hukum.

Anonymous said...

Salam ustaz, saya mempunyai kemusykilan dan ingin jawapan. Selepas bersama suami di waktu mlm dan keesokan hari selepas mandi junub dan menunaikan solat subuh, kemudian apabila waktu zuhur, saya merasakan terdapat air keluar dan saya tak pasti air mani(lebihan selepas bersama) ataupun air mazi. kadang2 ia berlarutan sampai waktu asar. menyebabkan saya ragu2 dan mandi junub beberapa kali sehari selepas bersama pada malam sebelumnya. di harap ustaz dapat memberi jawapan.

Calipso said...

Tak perlu mandi junub lagi selepas yang pertama sebelum subuh. Solat zuhur dan asar itu adalah sah. Mazi dan lebihan mani tidak perlu diulang mandi junub (sepakat ulamak)... cuma perlu dicuci bersih...

Anonymous said...

utk soalan yg pertama adakah perlu dia mandi wajib lagi

Anonymous said...

asalamualaikum..ustaz sy mengalami masalah dimana selepas mandi wajib dan saya bersolat saya masih merasakan cecair keluar dan saya tidak yakin cecair apakah itu..mengikut jawapan ustaz diatas solat dikira sah dan tidak perlu mandi junub.apakah hadisnya?terimakasih

Anonymous said...

as-salam ustz, sye mandi wajib ....dan semasa mandi waijb 2 ade cecair yg keluar tp x pasti ia air mani /mazi tp x berwarna ..dan setahu sye airmani har wak2 teransang je kan???perlu ke sye mandi wajib 2 skali lg???sah ke mandi wajib sye???

Anonymous said...

Slm ustaz.
Saya sering mandi bersama dengan isteri. soalannya, semasa isteri saya sedang mandi junub, saya menyentuhnya(membersihkan kawasan luar kemaluannya). Adakah mandi wajibnya sah? Wudu' diambil selepas mandi wajib. Terima kasih.

Admin said...

w'salam

perbuatan itu tidak membatalkan mandi wajib, yang batal adalah wuduk mengikut pendapat sebahagian ulamak. Mandi hadas adalah sah.

amalkan sunnah berwuduk semasa mandi hadas mengikut hadis Aisyah r.a.
WA

Anonymous said...

Salam ustaz, adakah saya perlu mandi wajib sekali lagi apa saya mendapati ada lagi bekas seperti air mani kering di kulit saya?ianya seperti kulit mati apabila saya menggosok dengan jari ia akan tertanggal..

Admin said...

w'salam

tidak perlu mandi wajib semula jika ada bekas sisa mani yang masih tinggal, cuma harus dibersihkan

Anonymous said...

as-salam ustaz.
saya ada satu soalan yg meragukan saya. setiap hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati akan keluar sedikit cairan daripada zakar saya yang bewarna putih cair yang tidak berbau meskipun saya tidak mimpi basah atau pun melakukan persetubuhan pada masa sebelum saya tidur. apakah ia adalah air mani atau pun air wadi? apakah saya perlu membersihkan diri dengan mandi hadas? terima kasih.

Admin said...

w'salam

cairan itu mazi bukan mani, kalau mani dia likat dan terpancut keluar. tidak semestinya mazi keluar dalam keadaan ghairah sahaja, ada orang keluar mazi bila dalam keadaan sangat letih...

mazi tak perlu mandi hadas tapi perlu dicuci bersih sebelum melakukan solat... WA

Anonymous said...

asalamualaikum..ustaz sy mengalami masalah dimana selepas mandi wajib dan saya bersolat saya masih merasakan cecair keluar dan saya tidak yakin cecair apakah itu..mengikut jawapan ustaz diatas solat dikira sah dan tidak perlu mandi junub.apakah hadisnya?terimakasih

Anonymous said...

salam ustaz . saya ada eberapa soalan . cecair apakah selepas keluar mani ? ianya jernih dan tidak berbau. tetapi , bukankah air mazi keluar sebelummani ? tolong ustaz . perkara ini amat membingungkan saya .

Anonymous said...

salam ustaz . saya ada beberapa soalan . cecair apakah selepas keluar mani ? ianya jernih dan tidak berbau . adakah ianya mazi ? tetapi , bukankah air mazi keluar sebelum mani ? tolong ustaz . perkara ini amat membingungkan saya .

Anonymous said...

ustaz , mane ka dohh ? tolong lha aku !

Anonymous said...

salam ustaz. saya ingin bertanya. saya sudah selesai melakukan mandi wajib, tetapi setelah solat, saya terlihat kulit di jari2 saya mengelupas. adakah mandi wajib saya masih sah atau saya perlu ulangi mandi wajib saya? terima kasih. salam.

ahmat (bukan nma sbnar) said...

salam ustaz, saya ingin bertanya...adakah sah mandi wajib saya jika saya melambatkan niat atau ketika itu saya memulakannya selepas saya telah membasuh salah 1 anggota badan ?
dan yang soalan kedua ialah perlukah saya ulangi mandi wajib jika saya mendapati salah satu rukun mndi wjib tertingga...(mandi wajib itu 3-4 hari yg lepas)

ahmat (bukan nma sbnar) said...

tolong reply balik ya ustaz...saya jahil tentang hal ini

Admin said...

W'salam,

tak timbul sebenarnya soal lambat niat ketika mandi hadas. Mungkin apa yang awak maksud adalah lambat membaca lafaz niat seperti yg biasa diajarkan kepada kita semua.

sebenarnya tidak ada keterangan dari sunnah menyuruh kita membaca lafaz niat. Niat itu pekerjaan hati, maksudnya sebelum awak mandi lagi sudah terlintas dalam hati awak untuk mandi hadas, itulah dia niat yang sebenarnya.

Tak perlu baca lafaz niat apa2 semasa mandi. Kalau takut dan was-was hadirkan niat dalam hati yang kita mandi hadas kerana mematuhi perintah Allah dan RasulNya. WA

Admin said...

baca hadis cara mandi wajib:

http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2009/12/hadis-hadis-mandi-wajib.html.

Anonymous said...

salam uztaz. Nak tanya. Jika sekiranya kita mandi wajib. Dalam keadaan mandi wajib tu secara tidak sedar atau sedar, air mazi telah keluar. Tapi kita teruskan mandi wajib. Apakah mandi wajib itu sah?

Admin said...

sah mandi wajib itu... walaupun masih ada lebihan mani yang keluar selepas mandi

Mie said...

Salam ustaz. sy nak tanya, kalau setelah kita selesai mandi, kita mendapati pada tangan atau kaki kita ada kulit menggelupas, adakah kita perlu mengulangi mandi? atau air dah sampai ke kulit?

Unknown said...

Asalamulaikum,
Saya ada nak bertanya kepada ustaz. Satu hari ni sya buang air kecil, mandi dan berwuduk untuk mengerjakan solat zohor. Setelah saya selesai solat semasa sya menyalin pakaian saya dapati ada air yang terkeluar dari lubang kemaluan saya. Saya tidak pasti sama ada ianya air kencing saya ataupun air bekas mandi saya. Mohon tahu samaada solat saya itu SAH atau perlu basuh semula, berwuduk dan bersolat semula?

Anonymous said...

saya juga ada masalah seperti saudara MOHAMMAD ABDULLAH...boleh ustaz tolong jelaskan perkara ini?

Admin said...

tidak perlu mandi junub sekali lagi jika ada lebihan air mani yang keluar selepas mandi pertama. Hanya perlu dicuci dan berwuduk semula.

Unknown said...

ustaz, awk ni jawab tak lengkap la bro...
mcm mana awk jawab dgn jawapan yg pendek, bgi jawapan yang memuaskan hati...dia tanye perlu ke kite ulangi solat itu. lain kali ustaz fahami dlu soalan dan karang kan jawapan dengan tenang.

azzwan said...

Fir Feroz: tegur lah cara dengan hikmah.. bukan dengan marah2.. ustaz jawap dengan sehabis ringkas lah tu.. mungkin ustaz terlepas pandang.. cuba bersangka baik..

Anonymous said...

as-salam ustaz
saya ada satu pertanyaan, selepas saya selesai mandi hadas, saya dapati tangan saya berbau mani, tetapi saya sudah mencuci tangan saya dengan sabun selepas saya mencuci kemaluan ketika mandi hadas. bau mani tersebut melekat dan saya hanya perasan selepas selesai mandi wajib. perlukah saya ulangi mandi wajib saya?

Anonymous said...

Assalam ustaz. Mohon pencerahan..
selepas jimak d malam hari, sy dan suami menangguhkan mandi junub before waktu subuh nti. Jika dlm kes ini, pasangan sunat mengambil wuduk sebelum tidur kan? Soalan saya, apakah selepas wuduk d ambil, sy dqn suami xbole bersentuhan lagi seperti sy seperti baring d lengannya. ? Apa fungsi wuduk sebelum mndi junub d mlm hari jika mmg sah2 wuduk kami batal mengikut mazhab syafie.. tolong respond secepatnya. Terima kasih. :)

Anonymous said...

Assalam ustaz,saya ada masalah,Minta ustaz tolong selesaikan.
Selepas jima',saya mandi wajib pada esok pagi dan telah membersihkan kemaluan saya.Selepas itu saya mengambil wuduk dan bersolat.Selesai solat,saya dapati ada sedikit kesan mani yang basah di bahagian dalam kulit kemaluan saya.Perlukah saya mandi wajib dan solat semula atau bagaimana.

Anonymous said...

Ustaz sya ada masalah la,, selepas saya mndi wajib saya dapati ada cecair yg kluar dri kemaluan ianya seperti air mani kerana ianya melekt dgn seluar dalam saya , adakh sya perlu mndi wajib semula?

Anonymous said...

Ustaz klo ada bekas air mani atw air mazi di seluar kta mcm mna? klo ambil wudhuk msih dlm pakaian sma sluar yg masih ada bekas air mani sah x whuduk sy ambil tu? perlu ka? tukar seluar tu? tpi sdh mandi wajib tpi seluaq ja xtukar bleh solat ka? Bleh ambil whuduk ka? sah ka? seluar yg pakai ada bekas air mani aja? mcm mna tlg jelaskan ustaz ????

Anonymous said...

Ustaz klo ada bekas air mani atw air mazi di seluar kta mcm mna? klo ambil wudhuk msih dlm pakaian sma sluar yg masih ada bekas air mani sah x whuduk sy ambil tu? perlu ka? tukar seluar tu? tpi sdh mandi wajib tpi seluaq ja xtukar bleh solat ka? Bleh ambil whuduk ka? sah ka? seluar yg pakai ada bekas air mani aja? mcm mna tlg jelaskan ustaz ????

Anonymous said...

salam ustaz..slepas settle mandi wajib,, tetibe kuar air mani...perlu ke mndi smula atau cuci sje ???

D Conan said...

Sah atau tidak mandi wajib jika bau mani itu masih ada

Unknown said...

Assalammualikum.Tumpang tanye.Kawan saya tanye kepada saya,tetapi saya tidak dapat menjawabnye.Soalannnye,selepas dia mandi wajib dan selesai.Setelah beberapa minit dia terdapat ade bau mani di tangan dia.Adakah mandi wajib dia sah selepas aktiviti meratakan air dengan menggosok menggunakan tangan yang ade bau mani itu?.Mohon di jawab

Unknown said...

Assalamualaikum Ustaz
.adakah sah mandi wajib jika semasa mandi wajib,kemaluan kita masih lagk mengeluarkan air mazi..Mohon penerangan

Anonymous said...

Salam ustaz, kalau selepas bersama suami..kita da mandi wajib.. Dan berwuduk kemudian solat.kemudian ketika solat, keluar lebihan air mani suami. Adakah solat itu sah?

Post a Comment