22 January 2010

Alkohol Dalam Badan

menj »

Assalamualaikum;

Terdapat kajian sains yang membuktikan bahawa hati (liver) mereka yang mengalami penyakit obesiti (masalah kegemukan) akan menghasilkan alkohol di dalam badan. Berikut adalah laporan hasil kajian ini:


Obese Mice Appear to Make Their Own 'Happy Hour'
Studies May Have Implications for Obese Patients With Fatty Liver Disease
http://my.webmd.com/content/article/1728.64408
By Salynn Boyles

WebMD Medical News
Reviewed by Dr. Dominique S. Walton

Nov. 16, 2000 -- Obese people who develop a life-threatening liver ailment that mimics the liver disease seen in alcoholics actually may have an overactive inner "distillery" producing too much alcohol in the body for the organ to handle, animal studies from Baltimore's Johns Hopkins Hospital suggest.

'Internal distillery causes liver disease'
http://news.bbc.co.uk/hi/english/health/newsid_1038000/1038763.stm
Sunday, 26 November, 2000, 01:15 GMT
Scientists believe a common liver disease may be caused by the production of alcohol within the body.

Berdasarkan fakta perubatan di atas, seorang individu dari puak anti-Islam telah menyatakan bahawa memandangkan al-Qur'anul Karim telah mengharamkan minuman yang memabukkan (yang mengandungi alkohol), maka orang Islam yang mengalami penyakit obesiti dan mempunyai kandungan alkohol di dalam badan mereka telah "melanggar" hukum pengharaman ini. Jawapan saya terhadap serangan puak anti-Islam ini adalah al-Qur'an tidak pernah menyatakan bahawa fungsi kumuhan semulajadi di dalam badan adalah "haram", maka melihat kepada kes perubatan spt. ini, orang-orang Islam yang mengalami peningkatan kandungan alkohol di dalam badan tidaklah melanggar pengharaman al-Qur'an bagi minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

Soalan saya sekarang ialah, apakah pendapat yang saya utarakan ini boleh "diterima-pakai" berlandaskan syariat Islam dan bolehkan Sheikh THTL atau Sheikh Pendekar memberikan pendapat fiqh tentang masalah obesiti yang menyebabkan penghasilan alkohol oleh organ hati manusia?

Wassalam.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
by thtl »

wassalam

Jawab:

Jikalau Allah SWT akan menghukum manusia kerana apa yg berlaku dalam badannya, sudah tentu mereka lebih baik memohon kematian dgn segera. Apa tidaknya tubuh manusia juga mengandungi darah yg mengalir, sedangkan ia adalah najis. Usus2 manusia juga menghasilkan tahi yg busuk, maka manusia telah menanggung najis. Badan juga menghasilkan kencing yg tersimpan dalam bladder sebelum dikeluarkan pun najis. Sedangkan alkohol itu tidak najis!

Persoalan itu dinamakan persoalan pak Pandir. Sedangkan hukum2 Islam ialah dinamakan Fiqh amali. Maksudnya manusia dihukum berdasarkan perbuatannya bukan apa yg berlaku dalam organ dan sistem tubuhbadannya. Menyentuh tentang obesiti atau tabi'at pemakanan yg tidak terkawal, ia adalah tabi'at yg dipandang serius oleh RasuluLlah saw melalui sunnahnya yg mulia menganjurkan umatnya makan sederhana dan berhenti sebelum kenyang. Nabi saw juga memberi amaran, bahawa perut itu rumah penyakit. IBn Qayyim: Tibb anNabawi, WA

0 comments:

Post a Comment