Assalamu alaikum...
Saya selalu terlihat ramai di kalangan muslim yang menangguhkan pengambilan wudhu sehingga azan berhenti. Apabila azan berkumandang, mereka berdiri menghormati azan. Apabila habis azan barulah mereka memulakan wudhu.
Saya tidak pernah diajar begini. Maka, diharap ustadz dapat memberi panduan samada ia memang disyariatkan ataupun tidak?
waAllahu ta'ala a'lam.
_________________
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan shahnor77 sekadar yang termampu, Insya-Allah.
Tidak ada nas pun yang mengatakan bahawa apabila azan berkumandang, seseorang itu perlu berdiri menghormati azan. Bagi yang sedang berjalan kaki, memandu kereta, mengambil wudhu' dan sebagainya, hendaklah diteruskan. Yang utama adalah untuk mereka menjawab azan dalam keadaan apa yang dia sedang lakukan, melainkan keadaan2 yang tidak dibenarkan eg: sedang bersolat, berada didalam tandas dsb.
Sabda Nabi saw :-
إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن
"Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah sebagaimana yang diperkatakan oleh muazzin" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Bagi keadaan yang tidak dibenarkan menjawab azan, misalnya solat, jika dia belum melakukan solat, bolehlah menunggu sehingga azan selesai. Bagi yang sedang bersolat semasa azan dilaungkan, jumhur ulama' mengatakan hendaklah dia menyempurnakan solatnya. (Sila lihat : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=27123&Option=FatwaId ).
Menurut Ibn Hajar al-Haitami rh., seseorang itu boleh menjawab azan ketika dia sedang berwudhu'. Setelah selesai berwudhu', dan tatkala itu kebetulan azan pun selesai, bolehlah dia membaca do'a selepas wudhu', di ikuti dengan do'a selepas azan, sebagaimana difatwakan oleh al-Balqeeni. (Al-Fataawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/61).
Kepada mereka yang menangguhkan pengambilan wudhu', tidaklah ada masalah baginya. Melainkan kalau dia mengatakan bahawa pengangguhan itu wajib, maka perbuatan ini adalah salah.
Sekian, wassalam
Sebagaimana telah kita bahas pada artikel yang telah lalu
(https://muslim.or.id/97774-besaran-nafkah-suami-kepada-istri.html), dapat
kita ketahui bahwa d...
1 comments:
salam
saya tanya jika azankan anak tanpa wuduk...adakah sah atau perlu diazakn semula
Post a Comment