15 January 2009

Rampai Soalan

1. Sewaktu bersama dengan isteri,saya tidak melakukan persetubuhan tetapi hanyalah sekadar bercium atau sekadar meraba-raba sahaja,selepas itu saya terlihat ada cecair yang keluar pada kemaluan saya,tapi sewaktu keluar air itu saya tidak rasa satu keseronokan pun,apakah itu dinamakan air mazi atau air mani?

2. Selepas kita bersetubuh atau keluarnya air mani.kita dikehendaki mandi wajib.Soalan saya bagaimanakah kalau selepas kita mandi wajib kita terasa macam ada sesuatu yang keluar lagi,sedangkan sewaktu kita mandi wajib kita urut kemaluan kita itu agar ianya keluar habis atau selepas kita pakai seluar dalam kita merasakan kemaluan kita melekat di seluar dalam tadi,apakah kita diwajibkan mandi sekali lagi?

3. Saya ada sedikit perasaan was-was,kekadang selepas saya mandi wajib,dalam diri saya ini ada saja perkara yang tidak kena.Contohnya kalau terasa kemaluan saya bergerak atau urat saraf di sekitar kemaluan saya bergerak saya jadi takut kalau-kalau mandi wajib saya tadi tidak sah,harap dapat sikit penjelasan dari ustaz?

4. Bolehkah seseorang yang telah melakukan dosa besar dan telah bertaubat mewalikan anaknya yang akan bernikah dan bagaimana dengan seseorang yang telah melakukan dosa,bolehkah dia mewalikan anaknya nanti.contohnya semasa remaja dulu dia pernah berzina dan untuk masa depan nanti sudah mestinya dia akan mewalikan anaknya?

5. Bagaimakah kita nak pastikan apakah itu air mazi atau air mani kerana saya kekadang was-was tentang ini,apa yang saya tahu air mani keluar dengan banyak diikuti dengan rasa seronok tapi kalau saya bersama isteri dan saya rasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluan saya,saya rasa sudah tidak sedap hati sedangkan saya bukannya bersetubuh,hati saya kekadang tertanya apakah itu air mazi atau air mani?

****************

Jawab

Itu ialah mazi, atau air ghairah; manakala mani ialah air ejakulasi akibatdari klimaks persetubuhan.
Keluar mazi tidak perlu mandi, memadai dengan membasuh najisnya; manakalakeluar mani wajib mandi junub.Bacalah buku-buku mengenai alam berumahtangga hinggalah kepada teknik-teknikjima' supaya hidup berumahtangga dapat dinikmati dengan sempurna baik dariaspek keagamaan dan kepuasan seks. Syara' tidak menegah anda membacanya.

--------------------------------------------------
2. Selepas kita bersetubuh atau keluarnya air mani.kita dikehendaki mandi wajib.Soalan saya bagaimanakah kalau selepas kita mandi wajib kita terasa macam ada sesuatu yang keluar lagi,sedangkan sewaktu kita mandi wajib kita urut kemaluan kita itu agar ianya keluar habis atau selepas kita pakai seluar dalam kita merasakan kemaluan kita melekat di seluar dalam tadi,apakah kita diwajibkan mandi sekali lagi?

------------------------------------------------
Jawab:
Sebaik saja kita jima' tidak boleh terus tergesa-gesa mandi janabah. Biarkan kemaluan itu mengecut dan kita relaks sambil berbual-bual manja dengan isteri. Bila kemaluan sudah kembali normal, barulah boleh mandi.Tujuannya supaya saki baki mani itu keluar sepenuhnya dari zakar. Dengan itu hilanglah was-was anda.

--------------------------------------------------
3. Saya ada sedikit perasaan was-was,kekadang selepas saya mandi wajib,dalam diri saya ini ada saja perkara yang tidak kena.Contohnya kalau terasa kemaluan saya bergerak atau urat saraf di sekitar kemaluan saya bergerak saya jadi takut kalau-kalau mandi wajib saya tadi tidak sah,harap dapat sikit penjelasan dari ustaz?

--------------------------------------------------
Jawab:
Kaedah feqah: Sesuatu yang yakin tidak dapat dihapuskan oleh yang syak (alYaqin la yuzalu bisysyak)
Mandian anda sah kecuali anda melihat dan tercium sesuatu yang membatalkannya. Contoh lain: wudhu' anda tetap ada kecuali anda tercium bau atau terdengar bunyi kentut yang berpunca dari anda. Jika tidak ada bau atau bunyi, was-was anda tertolak.

--------------------------------------------------
4.Bolehkah seseorang yang telah melakukan dosa besar dan telah bertaubat mewalikan anaknya yang akan bernikah dan bagaimana dengan seseorang yang telah melakukan dosa,bolehkah dia mewalikan anaknya nanti.contohnya semasa remaja dulu dia pernah berzina dan untuk masa depan nanti sudah mestinya dia akan mewalikan anaknya?

--------------------------------------------------
Jawab:
Madzhab Syafi'iy mensyaratkan wali itu bukan fasik; ini bermakna jika dia sudah taubat, maka sahlah walinya. Wali dilihat fasiknya ketika perwalian itu diperlukan. Fasik masa silam adalah tertolak jika keadaan semasa perwalian itu dia telah menjadi insan yang baik-baik.

--------------------------------------------------
5. Bagaimakah kita nak pastikan apakah itu air mazi atau air mani kerana saya kekadang was-was tentang ini,apa yang saya tahu air mani keluar dengan banyak diikuti dengan rasa seronok tapi kalau saya bersama isteri dan saya rasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluan saya,saya rasa sudah tidak sedap hati sedangkan saya bukannya bersetubuh,hati saya kekadang tertanya apakah itu air mazi atau air mani?

--------------------------------------------------
Sudah dijawab.

sekian
thtl for al_ahkam online

1 comments:

Anonymous said...

Salam

saya nak bertanya macam mana nak menghilangkan was was dalam berwuduk?

Post a Comment