04 January 2009

Ajar Anak Lafaz Niat

Assalammualaikum,

a. Bagaimana pula dgn niat mandi wajib? Adakah sama hal dgn niat berwudhu dan solat? Adakah keinginan/plan hendak ke toilet nak mandi wajib sudah dikira berniat? atau niat mandi wajib bermula semasa di dlm toilet (nak start take shower/jirus air)?

b. Adakah berdiri sahaja, ready nak take shower/jirus air & tak sebut apa-apa di dlm hati itu sudah dikira berniat? sebab berdiri & ready, kira dah ada plan nak mandi wajib.

c. Adakah sebut simple begini spt soalan S1(no. 2) 'Aku mandi wajib krn Allah' di dlm hati dikira lintasan hati? atau itu dikira bid'ah?

Harap ustaz beri jawapan secepat mungkin. Terima kasih.
-------

Wassalam

alJawab:

Kesan dari ajaran salah mengenai talaffudz Niyyat (berlafadz Niyat) telah meninggalkan kesa psikologi yang amat mendalam dalam jiwa umat Islam nusantara.
Lambakan kitab-kitab fardhu 'Ain, Perukukan dan kitab2 Jawi di pasaran buku tanahair terus menekankan teknik ''usyalli' dan ini terus menghantui umat Melayu setiap kali mereka ingin memulakan ibadah. Kita akui kesan saikologi ajaran salah ini memang berkesan sebagaimana umat Melayu amat takut kepada polong, hantu, pontianak dan langsuir setiap kali tiba malam atau melintasi kawasan yg dilabel sebagai 'keras'.

3a. Persoalan Niat ni sama saja, tak kira mandi wajib, solat, wudhu', puasa atau Haji. Semuanya bila kita ikhlas dan melakukan dengan sedar dan sengaja. Lintasan ini mandi wajib dan bukannya mandian menyegarkan badan sudah memadai.

3b. Bahkan bila kita capai tuala dan masuk toilet tu dah kira Niat. Sebolehnya kita lakukan sunnah-sunnah mandi wajib sebagaimana mandian RasuluLlah saw. (kita akan bahaskan nanti dalam syarah Fiqh Sunnah akan kaifiyatnya Mandi wajib Cara Nabawi)

3c. Apa saja bentuk susunan secara lafadz adalah bid'ah kerana itu semua kesan dari ajaran salah yang amat menekankan lafadz, sedangkan ajaran salaf menekankan keikhlasan dan kesengajaan sahaja.

Ruj:
1. I'lam alMuwaqqi'in oleh alhafidz alFaqih Ibn Qayyim
2. Dr Yusof Abdullah alQaradawi, Fiqh Taharah
3. alSayyid Sabiq, Fiqh Sunnah

sekian

6 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum....

1. apa beza antara air mani ngan air mazi?

2. perluh kah kita mandi wajib kalau keluar air mazi?

Admin said...

Rupa dan warna kadang sukar dibezakan, yg penting ialah bagaimana ia keluar.

Mani ialah air klimaks seks. Ia terjadi melalui mimpi atau onani atau jima'. Petanda mani keluar ialah ejakulasi dan badan merasa gegaran dan diikuti badan menjadi lemah. Jika cecair ini keluar, perlu mandi.

Madzi ialah air ghairah kerana foreplay (cumbuan) atau khayalan atau imaginasi seksual.

Wadi khusus untuk lelaki sahaja kerana keletihan atau stress dan ia keluar semasa baul atau kencing.

Cecair madzi dan wadi tidak perlu mandi junub memadai dibasuh kemaluan dan berwudhu' shj jika ingin melakukan ibadah mahdah.

Mani: cecair klimaks/kemuncak seks
Madzi: cecair ghairah
Wadi: cecair kerana sebab selain klimaks dan ghairah seksual

Inilah petua syara' yg jelas dan mudah.

Jika semua cecai itu (mani, madzi, wadi) keluar semasa solat, maka batallah solat.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Saya ada pertanyaan berkaiatan dengan mandi wajib (haid)..
1) lafaz mndi wajib khusus utk mandi hadas (haid)
2) sekiranya hanya berniat: shja aku mengangkat hadas besar krn Allah Taala ( tnpa menyebut perkataan haid) adakah sah mandi wajib tersebut?

Admin said...

w'salam,

lafaz niat tak perlu disebut seperti yang dijelaskan diatas, niat pekerjaan hati. Lafaz perkataan haid tidak diperlukan dalam mandi hadas.

Tidak ada mandi khas untuk haid, ianya mandi hadas.

Bila terlintas dalam hati kita nak mandi hadas itulah dia niat.

Anonymous said...

slm..
soalan sy,jika seseorang wanita mimpi jima' tetapi tidak keluar mani@ mazi wajibkah dia mandi wajib?

Admin said...

w'salam
jika pasti tidak keluar mani tidak perlu mandi wajib. Keluar mazi tanpa keluar mani juga tidak perlu mandi wajib tapi perlu dibersihkan untuk solat. WA

Post a Comment