maaf ada soalan lanjutan lg.
adakah 3 kali basuhan itu bilangan had yg maksimum (1 hingga 3 kali shj) atau tiada yg maksimum?
sy terperhatikan seseorg yg berwudhu disebelah saya membasuh sebahagian kepalanya 6 kali dan telinganya 8 kali (sebelah 4 kali). ada masalah atau tiada masalah?
JZKK
Wassalam
_________________
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Ukhti Naji dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Basuhan 3 X ini merupakan sunnah, thabit dari Nabi saw. Sesungguhnya Uthman ra berkata :-
ألا أريكم وضوء رسول الله صلى آلله عليه وسلم ؟ ثم توضأ ثلاثا ثلاثا
"Mahukah aku tunjukkan kepada kamu wudhu' Rasulullah saw? Kemudian dia berwudhu' 3x, 3x" [hadith Sahih Riwayat Muslim #230].
Maka didalam Mazhab Syafie, melakukan basuhan/sapuan (keatas muka, tangan dan kaki) sebanyak 3x adalah sunat. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/59]
Bagi mereka yang berlebihan didalam basuhan, sepertimana yang anda nyatakan diatas, Nabi saw setelah mengulangi basuhan sebanyak 3x, baginda bersabda :-
هكذا الوضوء ، فمن زاد على هذا أو نقص فقد أساء أو ظلم
"Demikianlah wudhu'. Barangsiapa yang menambah lebih daripada ini, atau kurang, maka sesungguhnya dia telah berlaku tidak baik atau zalim" [hadith Riwayat Abu Daud #135, Lihat didalam Majmu' Sharh Muhazzab, Imam Nawawi, 1/438].
Mazhab Syafie mengkelasifikasikan perbuatan diatas sebagai perkara makruh didalam wudhu'[al-Fiqh al-Manhaji, 1/61]. ia juga dianggap sebagai pembaziran atau perbuatan yang melampau.
Kebiasaanya, bagi mereka yang tidak mengetahui bilangan basuhan/sapuan semasa berwudhu', dikatakan telah mendapat penyakit waswas. Mohon perlindungan dari Allah agar dilindungi dari gangguan syaitan ini. WA.
Sekian, wassalam
0 comments:
Post a Comment