1. Sewaktu bersama dengan isteri,saya tidak melakukan persetubuhan tetapi hanyalah sekadar bercium atau sekadar meraba-raba sahaja,selepas itu saya terlihat ada cecair yang keluar pada kemaluan saya,tapi sewaktu keluar air itu saya tidak rasa satu keseronokan pun,apakah itu dinamakan air mazi atau air mani?
2. Selepas kita bersetubuh atau keluarnya air mani.kita dikehendaki mandi wajib.Soalan saya bagaimanakah kalau selepas kita mandi wajib kita terasa macam ada sesuatu yang keluar lagi,sedangkan sewaktu kita mandi wajib kita urut kemaluan kita itu agar ianya keluar habis atau selepas kita pakai seluar dalam kita merasakan kemaluan kita melekat di seluar dalam tadi,apakah kita diwajibkan mandi sekali lagi?
3. Saya ada sedikit perasaan was-was,kekadang selepas saya mandi wajib,dalam diri saya ini ada saja perkara yang tidak kena.Contohnya kalau terasa kemaluan saya bergerak atau urat saraf di sekitar kemaluan saya bergerak saya jadi takut kalau-kalau mandi wajib saya tadi tidak sah,harap dapat sikit penjelasan dari ustaz?
4. Bolehkah seseorang yang telah melakukan dosa besar dan telah bertaubat mewalikan anaknya yang akan bernikah dan bagaimana dengan seseorang yang telah melakukan dosa,bolehkah dia mewalikan anaknya nanti.contohnya semasa remaja dulu dia pernah berzina dan untuk masa depan nanti sudah mestinya dia akan mewalikan anaknya?
5. Bagaimakah kita nak pastikan apakah itu air mazi atau air mani kerana saya kekadang was-was tentang ini,apa yang saya tahu air mani keluar dengan banyak diikuti dengan rasa seronok tapi kalau saya bersama isteri dan saya rasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluan saya,saya rasa sudah tidak sedap hati sedangkan saya bukannya bersetubuh,hati saya kekadang tertanya apakah itu air mazi atau air mani?
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab
Itu ialah mazi, atau air ghairah; manakala mani ialah air ejakulasi akibat
dari klimaks persetubuhan.
Keluar mazi tidak perlu mandi, memadai dengan membasuh najisnya; manakala
keluar mani wajib mandi junub.
Bacalah buku-buku mengenai alam berumahtangga hinggalah kepada teknik-teknik
jima' supaya hidup berumahtangga dapat dinikmati dengan sempurna baik dari
aspek keagamaan dan kepuasan seks. Syara' tidak menegah anda membacanya.
--------------------------------------------------------------------------------
2. Selepas kita bersetubuh atau keluarnya air mani.kita dikehendaki mandi wajib.Soalan saya bagaimanakah kalau selepas kita mandi wajib kita terasa macam ada sesuatu yang keluar lagi,sedangkan sewaktu kita mandi wajib kita urut kemaluan kita itu agar ianya keluar habis atau selepas kita pakai seluar dalam kita merasakan kemaluan kita melekat di seluar dalam tadi,apakah kita diwajibkan mandi sekali lagi?
------------------------------------------------
Jawab:
Sebaik saja kita jima' tidak boleh terus tergesa-gesa mandi janabah. Biarkan kemaluan itu mengecut dan kita relaks sambil berbual-bual manja dengan isteri. Bila kemaluan sudah kembali normal, barulah boleh mandi.Tujuannya supaya saki baki mani itu keluar sepenuhnya dari zakar. Dengan itu hilanglah was-was anda.
--------------------------------------------------------------------------------
3. Saya ada sedikit perasaan was-was,kekadang selepas saya mandi wajib,dalam diri saya ini ada saja perkara yang tidak kena.Contohnya kalau terasa kemaluan saya bergerak atau urat saraf di sekitar kemaluan saya bergerak saya jadi takut kalau-kalau mandi wajib saya tadi tidak sah,harap dapat sikit penjelasan dari ustaz?
-----------------------------------------------------
Jawab:
Kaedah feqah: Sesuatu yang yakin tidak dapat dihapuskan oleh yang syak (alYaqin la yuzalu bisysyak)
Mandian anda sah kecuali anda melihat dan tercium sesuatu yang membatalkannya. Contoh lain: wudhu' anda tetap ada kecuali anda tercium bau atau terdengar bunyi kentut yang berpunca dari anda. Jika tidak ada bau atau bunyi, was-was anda tertolak.
--------------------------------------------------------------------------------
4.Bolehkah seseorang yang telah melakukan dosa besar dan telah bertaubat mewalikan anaknya yang akan bernikah dan bagaimana dengan seseorang yang telah melakukan dosa,bolehkah dia mewalikan anaknya nanti.contohnya semasa remaja dulu dia pernah berzina dan untuk masa depan nanti sudah mestinya dia akan mewalikan anaknya?
------------------------------------------------------------
Jawab:
Madzhab Syafi'iy mensyaratkan wali itu bukan fasik; ini bermakna jika dia sudah taubat, maka sahlah walinya. Wali dilihat fasiknya ketika perwalian itu diperlukan. Fasik masa silam adalah tertolak jika keadaan semasa perwalian itu dia telah menjadi insan yang baik-baik.
--------------------------------------------------------------------------------
5. Bagaimakah kita nak pastikan apakah itu air mazi atau air mani kerana saya kekadang was-was tentang ini,apa yang saya tahu air mani keluar dengan banyak diikuti dengan rasa seronok tapi kalau saya bersama isteri dan saya rasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluan saya,saya rasa sudah tidak sedap hati sedangkan saya bukannya bersetubuh,hati saya kekadang tertanya apakah itu air mazi atau air mani?
-----------------------------------------------
Sudah dijawab.
sekian
thtl for al_ahkam online
Teks Hadis Imam Tirmidzi meriwayatkan dalam kitab Sunan-nya dari Ubaidullah
bin Mihshan al-Khatmi bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ ...
23 comments:
Salam,kpd uztaz.sy agak keliru sedikit tentang keperluan mandi wajib.Adakah kalau seseorang itu bersetubuh tapi tidak mengeluarkan mani,dia perlu mandi wajib??
asalamulaikum..sya nk tanya pendapat uztaz..apakah hukum jika kita telah keluar mani lebih daripada 1 kali..tetapi kita blum mandi wajib lagi..jadi macam manakah cara niatnya untuk
mandi wajib setelah banyak kali keluar mani..adakah sama atau berbeza
Ya kalau tidak keluar mani tidak perlu mandi wajib. mandi wajib hanya selepas keluar mani.
sama sahaja niatnnya walaupun keluar mani lebih dari sekali. Tak perlu dilafazkan sebelah bila dah teringat dalam hati nak mandi wajib tu dah kira berniatlah tu:
1. masuk dalam bilik mandi cuci kemaluan dulu dengan tangan kiri.
2. lepas itu cuci tangan dengan air.
3. ambil wuduk macam wuduk biasa tapi tak payah buat bahagian cuci kaki dulu.
4. basahkan bahagian kepala dan seluruh badan hingga bersih.
5. selesai mandi cuci kaki untuk melengkapkan wuduk di para 3.
boleh solat dah lepas tu.
nak tanya ustaz, kalau kita dah mandi tapi masih ada sisa mani melekat di badan. adakah sah?
sisa mani perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwuduk. Jika tak perasan dan dapat tau selepas solat adalah dimaafkan. WA.
assalam ustaz...sy nak tye..macamane kite nk kenal air mani bg permpuan?
w'salam
menentukan air mani wanita sila baca:
http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/07/menentukan-air-mani-wanita.html.
salam, sy agak keliru di sini,bila seorang isteri di datangi suami,kemudian si isteri tidak sempat untuk mandi wajib,dan dia telah haid pada waktu itu,perlukah si isteri mandi untuk 2x mandi wajib?
cukup dengan sekali mandi selepas kering haid untuk lepas dari hadas besar...
saya nak tanya.
saya nih jenis yang senang keluar mazi.
kalau terangsang tuh keluarlah.
satu mlm tuh sebelum tidur saya mcm terangsang.saya pun tak periksa lalu tidur.kemudian ketika tidur saya mimpi.dan ketika tidur saya rasa seperti ada sesuatu yang keluar dari kemaluan. pada masa yang sama saya tahan kencing. jadi bila saya bangun saya periksa seluar dalam ada bekas tapi kecik ja. ini mungkin mani yang terpancut dan mungkin air mazi yang saya terangsang itu. saya pun tak pasti. jadi apa saya perlu buat?
tambahan soalan diatas. yang saya rasa keluar ketika tidur itu mungkin mani atau mungkin air kencing yang saya tahan. terima kasih. ASSALAMUALAIKUM.
mani dan mazi berbeza warnanya, kalau keluar mani wajib mandi hadas, kalau mazi sahaja tidak perlu mandi hadas harus dibersihkan...
jika ragu-ragu lebih baik mandi
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya, sekiranya sewaktu mandi wajib kita didatangi rasa was2 .."apakah saya telah berniat betul2 pada waktu air sampai ke kulit?".. Sedangkan, saya sudah cuba sedaya upaya untuk memastikannya. Namu, was2 tetap ada. Apakah harus dilakukan?
salam ustaz..saya ingin bertanya kerana masih terdapat keraguan dlm soal jwb mandi ni. drp apa yg saya pelajari dan dapat, pegang kemaluan tanpa lapik semasa mandi wajib..adakah dibenarkan dan bagaimana sekiranya berwuduk? sah atau tidak..saya pernah terjumpa artikel mengatakan tidak sah kerana wuduk terbatal..mohon penjelasan..t.kaseh
salam ustaz. saya tbe2 teringat macam saya terangsang masa bgun tidur tp ntahla.. mcm was2 jgk. jdik, sya lupa nak check kemaluan samada kuar pape cecair tak.. trus g buang air kecil. dahla puasa qada' ari tu. jdik macam mana erk ustaz.. ase x bermimpi yg plik2 dan bgun lupa check. seluar dalam x de pape kesan plak.. was2 la ustaz..
Salam ustaz,
Sy ingin btanya,
1) setelah sy mandi junub ada lagi kesan air mani suami sy selepas 1hari mandi junub..ia berlaku slama beberapa hari..adakah sy perlu mandi junub setiap kali ia keluar?
2) bagaimanacara hdk mandi wjb @ junub n hukum nya jika sy n suami melakukan jima'..selps sy hbs habis..ttp didpti ada lagi kesan haid slps melakukn jima'..pd hal sy tlh memstikn tiada lagi kesan haid dlm faraj?
assalamualaikum ustaz , saya ada satu masalah ttg mandi wajib.. saya baru perasan di kulit kaki saya ada seperti kulit yg kering bila di garu ia megelupas.. .. di sekitar lain tak nampak seperti itu.. tapi saya teringat yg dahulu penah ada gam seperti gam gajah tertumpah di kulit kaki saya.. saya sudah membasuhnya tetapi agak sukar untuk dilihat samada sudah hilang atau tidak.. selepas itu dgn yakin saya mandi wajib.. bila sekarang terpandang seperti mengelupas yg saya telah ceritakan tadi telah membuat saya ragu ragu, adakah mandi wajib saya itu sah dan bagaimana pula dengan ibadat saya sebelum ini?
assalamualaikum ustaz,saya sebenarnya dah byk kali keluar air mani ustaz dah masuk 3 hari....apakah yang saya perlu lakukan..???
Assalamualaikum .......ustaz,ketika saya mandi wajib tiba-tiba kawan saya memanggil...sy pun menegur emmm adakah sah mandi wajib saya...
Bagaimana jika rasa macam terkeluar semasa tidur, tapi bila bangun dan periksa tiada bau, rasa atau warna. Perlukah mandi wajib?
Ustaz . Kalau kita terpandang kemaluan kita . Batal ke mandi wajib kita tu ?
Ustaz. Saya sebelum mandi wajib, selalunya gosok gigi tlebih dahulu. Bila mandi wajib saya gosok lg sekali. Dan bekumur. Tp sesudah mandi saya masih terasa sisa daging yang telekat di gigi. Sah tak mandi wajib saya
Post a Comment