24 December 2008

Mani Mazi Dan Wadi Bagi Perempuan?

Assalammualaikum,

Boleh berikan rupa air mani ,air mazi dan air wadi bagi wanita dan bilakah air mazi dan air wadi keluar. Adakah sah solat jika kedua-dua jenis di atas keluar?


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Jawab:

1. Rupa dan warna mani, wadi dan wady bagi lelaki atau wanita tidak penting utk diketahui. Yang penting ialah bagaimana ia keluar. Kita ulangi:

Mani ialah air klimaks seks. Ia terjadi melalui mimpi atau onani atau jima'. Petanda mani keluar ialah ejakulasi dan badan merasa gegaran dan diikuti badan menjadi lemah. Jika cecair ini keluar, perlu mandi. Baunya agak hanyir spt mayang kelapa atau tamar (bagi org Arab)

Madzi ialah air ghairah kerana foreplay (cumbuan) atau khayalan atau imaginasi seksual

Wadi khusus untuk lelaki sahaja kerana keletihan atau stress dan ia keluar semasa baul atau kencing.

Cecair madzi dan wadi tidak perlu mandi junub memadai dibasuh kemaluan dan berwudhu' shj jika ingin melakukan ibadah mahdah.

Rumusan:
Mani: cecair klimaks/kemuncak seks
Madzi: cecair ghairah
Wadi: cecair kerana sebab selain klimaks dan ghairah seksual
Inilah petua syara' yg jelas dan mudah.

2. Jika semua cecai itu (mani, madzi, wadi) keluar semasa solat, maka batallah solat.

(Ibn Qudamah alHanbali, alMughny 1/199; anNawawy asySyafi'iy, Syarah Sahih Muslim 3/220)

0 comments:

Post a Comment