Assalamualaikum,
Dibawah adalah jawapan yang saya perolehi dari archive Al-Ahkam.
Mengikut pendapat dibawah kita tidak perlu mengambil wudhu setelah mandi wajib. Walaubagaimanapun, setelah tata cara yang ke-4 (menyiram air ke kepala), kita menggosok seluruh badan termasuk kemaluan (celah2 kangkangan) dan sehingga selesai tatacara ke-7.
Adakah ini mewajibkan kita mengambil wudhu sekali lagi setelah mandi untuk solat - memandangkan kita dah sentuh kemaluan?
Sekiranya ya, adakah setelah tatacara ke-4, kita tidak boleh sentuh kemaluan sehingga selesai agar tidak perlu mengambil air wudhu' kembali?
Terima Kasih. Wassalam
Jawab
Rukun mandi dua perkara:
1. Niat; tujuan membezakan ibadat dan adat. Tempatnya ialah dihati
2. Meratakan air keseluruh anggota. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)
Tatacara (suna-sunatnya):
1. dimulakan dengan mencuci tangan tiga kali
2. membasuh kemaluan
3.berwudhu' sepertimana wudhu' untuk solat dan tangguhkan membasuh kaki
hingga dipenghujung mandian.
4. memulakan mandi dengan siraman di kepala sebanyak tiga kali hingga
meratai kulit kepala.
5. memulakan siraman air ke badan pada anggota sebelah kanan terlebih
dahulu.
6. memberi perhatian khusus kepada rongga dibadan seperti telinga, lubang
hidung, pusat, jari-jari kaki dan celah-celah anggota lain.
7. akhir sekali membasuh dua kaki.
(Sayyid Sabiq, ibid; Dr Abdul Karim Zaidan, almufassal)
Cara kedua:
Jika dia mandi dengan shower, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air
telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari, tidak payah
berwudhu', memadai hanya berniat untuk mandi dan wudhu' sekaligus. (Fatwa
Prof Dr Abdul karim Zaidan, alMufassal)
Penambahan untuk wanita:
Pada dasarnya mandi lelaki sama dengan wanita, cuma ia perlu memberi
perhatian pada rambutnya, kerana rambut wanita lebih panjang, maka
disunatkan diuraikan rambut . Bagi wanita yang mandi disebabkan haidh dan
nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath parfume)
supaya harum dari bau darahnya. (Dr Abdul Karim Zaian, ibid)
thtl for al_ahkam online
View user's profile Send private message
kamin
Panel Feqh
Panel Feqh
----------
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr kambinggurun dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.
Benar apa yang sdr kambinggurun nyatakan, setelah tatacara no:2, iaitu membersihkan kemaluan, disunatkan mengambil wudhu' sambil menangguhkan membasuh kaki, diikuti dengan membasuh seluruh badan, dan penghabisannya menyempurnakan wudhu' dengan membasuh kaki. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang membatalkan wudhu' (seperti kentut, kencing, tersentuh kemaluan dsb), maka perlulah diambil wudhu' kembali.
Berikut kami petik tatacara mandi wajib yang di ringkaskan dari beberapa hadith oleh Syeikh Muhammad Salih al-Munajjid :-
"Mula-mula, seorang Islam itu hendaklah berniat didalam hati bagi tujuan membersihkan diri dari janaabah, kemudian membersihkan tempat-tempat sulit. Kemudian ia mengambil wudhu' sebagaimana dilakukan untuk solat, kemudian menyiram air dari sebelah kanan badan, diikuti sebelah kiri. Air hendaklah disiram dari atas kepala, meliputi keseluruhan badan. Juga telah diriwayatkan didalam sunnah bahawa membasuh kaki di tangguh sehingga akhir mandi. Sebagaimana yang dilaporkan dari A'isyah ra. yang berkata Rasulullah saw apabila melakukan mandi dari janabah akan membasuh tangannya, kemudian membasuh anggota sulitnya dengan tangan kiri. Kemudian melakukan wudhu' sebagaimana didalam solat. Kemudian baginda mengambil air dan memasukkan jarinya ke akar rambut sehinggakan baginda menggunakan tiga kali tangan berisi air keatas kepalanya. Kemudian dia akan menyiram air ke baki badan dan membasuh kakinya. (sebagaimana riwayat Muslim #479). Didalam riwayat al-Bukhari menyatakan bahawa baginda akan tukar sebelah badan (kanan kemudian kiri) dan membasuh kaki".
Komentar Al-Haafiz mengenai hadith al-Bukhaari didalam al-Fath (1/362) :
واستدل به البخاري أيضا على أن الواجب في غسل الجنابة مرة واحدة ، وعلى أن من توضأ بنية الغسل ثم أكمل باقي أعضاء بدنه لا يشرع له تجديد الوضوء من غير حدث .
"Al-Bukhaari juga memahami makna bahawa wajib melakukan mandi bagi membersihkan diri dari janaabah dengan sekali basuhan, dan sesiapa yang melakukan wudhu' dengan niat mandi dan membasuh keseluruhan badannya, maka tidak perlu mengulangi wudhu' jika tidak berlaku apa-apa perkara yang membatalkannya"
Kenyataan ini juga bermakna, apabila selesai membasuh tempat sulit, dikuti dengan mengambil wudhu', jika berlaku perkara-perkara yang membatalkan wudhu', maka mandi wajib itu sah akan tetapi wudhu' tadi perlu diperbaharui. WA.
wassalam
Teks Hadis Imam Tirmidzi meriwayatkan dalam kitab Sunan-nya dari Ubaidullah
bin Mihshan al-Khatmi bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ ...
9 comments:
kalau terkencing semasa mandi wajib ape hukumnye..??
Kencing membatalkan wuduk tidak membatalkan mandi.
wajib ke berwudhuk sebelum mandi wajib
berwuduk semasa mandi wajib adalah sunnah dan contoh dari Rasulullah saw, jangan tinggalkan wuduk semasa mandi wajib. WA
Salam, kalau lepas mandi wajib macam ada rasa makanan dalam mulut, masih OK lagi mandi tu?
hehehe makanan dalam mulut tidak najis kawan...
Salam. Kalau mandi guna baldi, masa membasuh kepala air terpercik masuk dalam baldi td. Pastu air tu juga kita guna utk mmbasuh bahagian badan yg lain. Mcm mana? Air tu mutlak atau mustamal? Sah atau tidak mandi hadas kita tu?
kalau kentut batal x mandi wajib?
Kalau niat wudhu ketika mandi wajib..adakah ia membatalkan niat mandi mandi wajib sebelum ini?
Post a Comment