Salam
Setahu saya, mandi tanpa pakaian adalah makruh dan sunat jika berpakaian. Soalan saya:
1. apakah batas2 tubuh yg perlu ditutup untuk mendapatkan pahala sunat tersebut?
2. adakah masih mendapat pahala sunat sekiranya kita menanggalkannya ketika hendak sabun?
Saya harap panel2 di sini dapat memberi jawapan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran...
Wassalam
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Salam
Terima kasih dengan soalan saudara. Insya Allah kami akan cuba menjawabnya setakat mana yang kami mampu.
Hukum mandi tanpa pakaian atau telanjang adalah harus sekiranya kita mandi sendirian kerana Nabi Musa as mandi dengan telanjang. Begitu juga Nabi Ayub dalam hadis berikut:
‘Sewaktu Nabi Ayub a.s. mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayub pun segera hendak mengambil kainnya, maka dia pun dipanggil oleh Tuhannya Yang Maha Keramat dan Maha Tinggi: “Hai Ayub!
Bukankah engkau telah cukup kaya hingga tak memerlukan lagi barang yang kau lihat itu?” Ujar Ayub: ‘Benar, demi kemuliaan-Mu! Tapi daku tak dapat mengabaikan berkah-Mu.”
(H.r. Ahmad, Bukhari dan Nasa’i).
Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain. Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud:
"Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."
Kesimpulannya, mandi telanjang itu hukumnya harus.
Wassalam
Rujukan
Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu
Terjemahan DBP Jilid 1
--------------------------------------------------------------------
FIQH SUNNAH - BEBERAPA MASALAH YANG ADA SANGKUT-PAUTNYA DENGAN MANDI
Wassalam
Jawab:
Thtl akan mentahqeeq semula jawapan dari Panelis kami (syekh Gayat) supaya penjaring mendapat hukum yg lebih luas.
Dalil yg thabit mengenai etika di bilik air ialah:
HR Abu Daud, anNasa'iy dan alHakim dari Abu Ya'ala ibn Umaiyyah ra," (sabda) Bahawasanya Allah sangat pemalu dan sangat menyembunyikan diri. Dia menyukai orang yg pemalu dan menutup dirinya (di kala mandi, kerana itu apabila salah seorang kamu mandi, hendaklah dia menutup dirinya, bersembunyi dari orang ramai (dgn terbuka auratnya)", alMuntaqa Syaykhul Islam Ibn Taymiya: 1/158; Disahihkan oleh alHafeedz Syawkani, Nailool Awthor: 1/317; AlMuhaddith Albani, Sahih Abu Daud.
Dalil yg mengharuskan ialah spt yg diutarakan oleh sahabat kami, dari alBukhari.
Method tarjeeh: Harus kerana dalil alBukhari di mana Nabi saw menyebut perihal Nabi Musa dan Nabi Ayub juga mandi dalam keadaan telanjang (bila mandi sendirian) Ini pendapat yg dikutip dalam Fiqh Sunnah dan Fiqh Islami.
Metode Tahqeeq:
Hadis Abu Daud di utamakan ke atas Hadis alBukhari kerana hadis alBukhari menyebut adab/etika dalam Bani Israel sedangkan utk umat Muhammad saw ditentukan melalui hadis Abu Daud di atas.
Hukum yg benar ialah menutup aurat yg minimum semasa mandi sendirian adalah disukai dan dianjurkan oleh sunnah. Haram pula hukumnya jika mandi di tempat terbuka spt laut, swimming pool, dan mandian awam. [Albani, Tamamul Minnah: Prof Hasbi Siddiqiey, Hukum Fiqh Islam, Jld 1]
Menjawab soalan anda:
1. Batas aurat yg perlu ditutup semasa mandi sendirian,ialah memakai kain basahan yg menutup paha dan kemaluan (lelaki)
2. Jika hendak menyabun, kreatiflah sikit. WA
Sebagaimana telah kita bahas pada artikel yang telah lalu
(https://muslim.or.id/97774-besaran-nafkah-suami-kepada-istri.html), dapat
kita ketahui bahwa d...
0 comments:
Post a Comment