26 December 2008

Mandi Hadas Tak Baca Bismillah

1.Jika mandi hadas besar yang tak dibaca bismillah terlebih dahulu tetapi terus membaca niat.Adakah sah mandi hadas besarnya?

_________________
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr luna dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam kitab Al-Fiqh Al-Manhaji menjelaskan bahawa Kaifiat wajib mandi ada dua :-

(1) Niat - setiap amalan itu disertakan dengan niat, iaitu menqasadkannya.
(2) Meratakan air keseluruh badan. [Al-Fiqh Al-Manhaji 1/88].

Mandi anda sah tanpa membaca bismillah. Anda tidak perlu membaca atau menzahirkan niat, memadai hanya menqasadkan niat didalam hati.

Ibn Qudaamah didalam al-Mughni (1/217)berkata :

صِفَةُ إجْزَاءٍ , وَصِفَةُ كَمَالٍ , فَاَلَّذِي ذَكَرَهُ الْخِرَقِيِّ هَاهُنَا صِفَةُ الْكَمَالِ . قَالَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا : الْكَامِلُ يَأْتِي فِيهِ بِعَشَرَةِ أَشْيَاءَ النِّيَّةِ , وَالتَّسْمِيَةِ , وَغَسْلِ يَدَيْهِ ثَلاثًا , وَغَسْلِ مَا بِهِ مِنْ أَذًى , وَالْوُضُوءِ , وَيُحْثِي عَلَى رَأْسِهِ ثَلاثًا يُروِّي بِهَا أُصُولَ الشَّعْرِ , وَيُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ , وَيَبْدَأُ بِشِقِّهِ الأَيْمَنِ , وَيَدْلُكُ بَدَنَهُ بِيَدِهِ , وَيَنْتَقِلُ مِنْ مَوْضِعِ غُسْلِهِ فَيَغْسِلُ قَدَمَيْهِ . وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُخَلِّلَ أُصُولَ شَعْرِ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ بِمَاءٍ قَبْلَ إفَاضَتِهِ عَلَيْهِ .
"Disana terdapat 2 cara mandi untuk membersihkan dari janaabah, salah satunya adalah mencukupi, dan yang lain satu ialah cara yang sempurna (kamil). Apa yang di sebut oleh al-Khiraqi adalah cara yang sempurna. Ada dikalangan sahabat kami berkata : Terdapat 10 perkara bagi cara yang sempurna :

1)Niat 2)Baca Bismillah 3)Membasuh tangan 3X 4)Membasuh apa-apa kotoran disana 5)mengambil wudhu' 6)menyiram air keatas kepada 3X dengan memastikan ia sampai ke kulit kepala 7) Menyiam air keseluruhan badan 8 ) memulakan dengan sebelah kanan 9)Mengosok badan dengan tangan, bergerak sehingga ke kaki. 10) Mustahab menyela-yela rambut dan janggut sebelum air mencecahnya."

Mandi yang memadai pula menurut Ibn Utsaimin ialah :

أما الصفةُ الْمُجزِئة فأَنْ يتمضْمَضَ ويستنشِق ويَعُمَّ بدَنَه بالماء ولو دُفعةً واحدةً ولو ينغَمِس في ماءٍ عميقٍ .
"Bagi mandi yang memadai iaitu membasuh mulut dan hidung, kemudian basuh seluruh badan dengan air, walaupun dengan cara berendam didalam air yang dalam sekali gus (mencelupkan diri)".

WA, wassalam.

0 comments:

Post a Comment