28 December 2009

Hadis-hadis Mandi Wajib

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah


عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:


ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:


ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):


. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.


عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:


دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.


عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.


Rujukan:

طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام


Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

11 August 2009

Dalil Tentang Sentuh Perempuan Tak Batal Wuduk

Nak rujukan "DALIL"

Postby Guest what »

salam

Maaf kalau ini soalan ulangan. Cuma saya ingin dapatkan dalil tetang "bersentuhan suami isteri tak batal wuduk". Kalau boleh saya nak dapatkan dalil (hadis/quran) beserta nama kitab yang boleh dirujuki... jazakallah.

wassalam


*************************
Postby Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Bagi memenuhi permintaan saudara, saya letakkan sebahagian daripada artikel saya bertajuk: Bersentuhan Lelaki dan Wanita: Batalkah Wudhuk?

Dalil Mazhab Yang Mengatakan Tidak Batal Wudhuk:

DALIL PERTAMA

عن عائشة رضي الله عنها قالت: فقدت رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات ليلة فالتمسته بيدي فوقعت يدي على قدميه وهما منصوبتان وهو ساجد وهو يقول "اللهم إني أعوذ بمعافاتك من عقوبتك وأعوذ برضاك من سخطك وأعوذ بك منك لا أحصي ثناء عليك كما أنت أثنيت على نفسك"

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a katanya: Aku mendapati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tiada pada suatu malam, lantas aku meraba-raba mencarinya dengan tanganku. Lalu tanganku tersentuh dua kakinya yang tegak ketika baginda sujud sambil berkata “Wahai Tuhanku, aku mohon perlindungan dengan kemaafanmu daripada balasanmu, aku mohon dengan redhamu daripada kemurkaanmu, aku mohon denganmu daripadamu. Aku tidak mampu menghitung pujian ke atasmu sebagaimana Engkau sendiri memuji dirimu”.[1]

* Kedudukan Hadis

Hadis ini adalah sahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim (dengan sedikit perbezaan lafaz). Lafaz di atas adalah riwayat Imam Al-Baihaqi. Kata Imam Al-Nawawi “Sanadnya sahih”.[2]

* Penjelasan Dalil

Aisyah r.a telah tersentuh kaki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan tangannya, sedangkan baginda tetap meneruskan solatnya. Ini menunjukkan sentuhan itu tidak membatalkan wudhu’. Jika ia membatalkan wudhu’ sudah pasti baginda akan berhenti.

* Perbincangan

Hadis ini ditakwil oleh ulama mazhab syafie dengan mengatakan kemungkinan Aisyah menyentuh kaki Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam keadaan berlapik.[3]

Namun takwilan ini dianggap oleh sebahagian ulama sebagai takwilan yang jauh, kerana Aisyah menyentuh tapak kaki Nabi yang sedang sembahyang. Kebiasaannya anggota tersebut terdedah.

Berkata pengarang kitab Al-Lubab “Di dalam satu riwayat yang sahih menyebut bahawa tangannya tersentuh tapak kaki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sedangkan baginda sujud’…Kebiasaannya bahagian ini tidak tertutup terutamanya ketika sujud”.[4]

Di dalam Syarah Sunan Al-Nasai, Syeikh Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti menyebut “Riwayat ini agak jauh untuk ditakwil (dengan berlapik), kerana kebiasaannya kedua-dua kaki terdedah ketika sembahyang sewaktu sujud. Lebih-lebih lagi, pakaian mereka pada waktu itu ialah kain, yang tidak menutup kaki”.[5]

Sebahagian ulama mazhab Maliki pula mentakwilkan dengan mengatakan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak menyedari kakinya disentuh oleh Aisyah kerana terlalu asyik dengan ibadah. Maka di sisi mereka, jika sentuhan berlaku tanpa disedari atau tanpa qasad maka ia tidak membatalkan wudhu’.[6]

DALIL KEDUA

عن عائشة رضي الله عنها قالت أن النبي صلى الله عليه وسلم قبل بعض نسائه ثم خرج إلى الصلاة ولم يتوضأ

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. katanya “Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian baginda keluar untuk solat dan tidak mengambil wudhu’”[7]

* Kedudukan Hadis

Hadis ini adalah antara hadis yang paling masyhur di dalam permasalahan ini. Kata Imam Al-Baihaqi: “Ini adalah hadis yang paling masyhur diriwayatkan di dalam bab ini”[8]

Ia diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain. Ia antara hadis yang diperselisihkan kedudukannya adakah sahih atau dhaif.

Antara yang mendhaifkan hadis ini ialah Imam Tirmizi[9], Imam Baihaqi[10], Imam Nawawi[11], dan Al-Hafiz Ibnu Hajar[12].

Hujahnya ialah hadis ini adalah riwayat Habib bin Abi Thabit, daripada Urwah, daripada Aisyah r.a. Mereka mengatakan Urwah di sini ialah Urwah bin Al-Zubair berdasarkan ada riwayat yang menyebut nama penuhnya (Urwah bin Al-Zubair) seperti riwayat Ibnu Majah. sedangkan Habib bin Abi Thabit tidak mendengar hadis melainkan daripada Urwah Al-Muzani. Dan Urwah Al-Muzani pula adalah majhul.

Antara ulama yang mengatakan hadis ini sahih pula ialah Imam Thabari[13] dan beberapa muhaqqiqin di kalangan ulama mutaakhir.

Syeikh Ahmad Syakir di dalam komentarnya terhadap Sunan Tirmizi telah mengemukakan satu perbahasan yang cukup menarik tentang hadis ini. Kesimpulannya hadis ini adalah sahih dan tiada kecacatan padanya. Apa yang disebut oleh beberapa ulama tentang kecacatannya, sebenarnya tidak menjejaskan kesahihan hadis ini.[14]

Syeikh Nasiruddin Al-Albani juga menghukumkan hadis ini sebagai sahih.[15]

Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin berkata: “Ini adalah hadis yang sahih. Terdapat baginya beberapa syahid (yang menguatkan hadis ini).[16]

* Penjelasan Dalil

Perbuatan cium kebiasannya berlaku dengan sentuhan tanpa berlapik. Ini menunjukkan sentuhan walaupun disertai dengan syahwat tidak membatalkan wudhu’.

Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin berkata: “Perbuatan cium tanpa disertai syahwat adalah satu andaian yang sangat jauh”.[17]

* Perbincangan

Pendokong mazhab pertama menolak dalil ini dengan berhujah bahawa ia dhaif sebagaimana dinukilkan tadi. Jika diandaikan hadis ini sahih, mereka mentakwil pula dengan mengatakan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mencium isterinya dengan berlapik.[18]

DALIL KETIGA

عن عائشة رضي الله عنها قالت إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ليصلي وأنا معترضة بين يديه اعتراض الجنازة حتى إذا أراد أن يسجد غمزني برجله

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. katanya “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sedang bersembahyang, dan aku berbaring di hadapannya seperti pembaringan jenazah. Hingga apabila baginda ingin sujud, baginda mencuitku dengan kakinya”[19]

* Kedudukan Hadis

Hadis ini adalah sahih, riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam Sunan Nasai, disebutkan dengan lafaz yang lebih jelas iaitu مسني maksudnya “baginda menyentuhku”. Riwayat ini juga sahih sebagaimana kata Imam A-Nawawi di dalam Majmuk dan Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Talkhis Al-Habir: “Sanadnya sahih”[20]

* Penjelasan Dalil

Perkataan غمزني di dalam hadis bererti mencuitku. Ia memberi erti Rasulullah menyentuhnya. Kata Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari “ Diambil dalil daripada hadis ini bahawa menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu’”[21]

Manakala lafaz مسني (menyentuhku) adalah lebih jelas di dalam pendalilan ini. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Talkhis: “Hadis ini dijadikan dalil bahawa perkataan اللمس (menyentuh) di dalam ayat ( Surah Al-Nisa’ ayat 43) adalah bersetubuh, kerana baginda menyentuhnya (Aisyah) di dalam sembahyang dan tetap meneruskannya”.[22]

* Perbincangan

Hadis ini juga ditakwil oleh pendokong mazhab pertama dengan beberapa takwilan. Antaranya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyentuh Aisyah dengan berlapik. Kata Imam Nawawi “Inilah yang zahir bagi seseorang yang sedang tidur di atas hamparan.”[23] Ada juga yang mengatakan hukum ini adalah khusus bagi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.[24]

DALIL KEEMPAT

عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم يقبل بعض نسائه ثم لا يحدث وضوءا

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mencium sebahagian para isterinya kemudian baginda tidak memperbaharui wudhu’.[25]

* Kedudukan Hadis

Di dalam hadis ini terdapat perawi yang diperkatakan tentangnya, iaitu Said bin Basyir.

Kata Ibnu Hajar Al-Haithami “Beliau (Said bin Basyir) dianggap thiqah (dipercayai) oleh Syu’bah dan lain-lain. Yahya bin Ma’in dan sekumpulan lagi medhaifkan beliau”.[26]

Di dalam Taqrib Al-Tahzib, Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan beliau dhaif.[27]

* Penjelasan Dalil

Perbuatan cium kebiasannya berlaku dengan sentuhan tanpa berlapik. Ini menunjukkan sentuhan walaupun disertai dengan syahwat tidak membatalkan wudhu’.

Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin berkata: “Perbuatan cium tanpa disertai syahwat adalah satu andaian yang sangat jauh”.[28]

* Perbincangan

Selain hadis ini dipertikaikan kesahihannya, ia juga ditakwil dengan takwilan-takwilan yang sama sebagaimana dalil-dalil sebelumnya.

DALIL KELIMA

عن عائشة رضي الله عنها قالت أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يتوضأ ثم يقبل بعدما يتوضأ ثم يصلي ولا يتوضأ

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. katanya, “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berwudhu’ kemudian baginda mencium selepas berwudhu’ dan kemudian baginda bersembahyang tanpa mengambil wudhu’”[29]

[1] Sahih Muslim bersama Syarah Al-Nawawi (2/212)
[2] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/21)
[3] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/29), ‘Aridhah Al-Ahwazi, Ibnul Arabi (1/105)
[4] Al-Lubab (1/147)
[5] Syarah Sunan Al-Nasai, Al-Syanqiti (2/335)
[6] ‘Aridhah Al-Ahwazi, Ibnul Arabi (1/105)
[7] Sunan Abi Daud (1/234), Sunan Ibni Majah (1/405), Sunan Tirmizi (1/128)
[8] Makrifatul Sunan Wal Athar, Al-Baihaqi (1/376)
[9] Sunan Tirmizi (1/128) Katanya “Aku mendengar Imam Al-Bukhari mendhaifkan hadis ini”.
[10] Katanya “Hadis ini maalul (terdapat kecacatan)” lihat Makrifatul Sunan Wal Athar (1/376)
[11] Kata Nawawi di dalam Majmuk “Ini adalah hadis yang dhaif dengan sepakat para huffaz. Dan antara yang mendhaifkan hadis ini ialah Sufian Al-Thauri, Yahya bin Ma’in, Said Al-Qattan, Ahmad, Abu Daud dan Abu Bakar Al-Naisaburi” Lihat Majmuk (2/28), Khulasah Al-Ahkam, Imam Nawawi (1/137)
[12] Talkhis Al-Habir, Ibnu Hajar (1/199)
[13] Tafsir Thabari (7/73)
[14] (1/134-138)
[15] Sahih Sunan Abi Daud, Al-Albani (1/56)
[16] Al-Syarhul Mumti’, Al-Uthaimin (1/232)
[17] Al-Syarhul Mumti’, Al-Uthaimin (1/232)
[18] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/28)
[19] Sahih Bukhari (m/s:84)
[20] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/27), Talkhis Al-Habir, Ibnu Hajar (1/199)
[21] Fathul Bari, Ibnu Hajar (1/638)
[22] Talkhis Al-Habir, Ibnu Hajar (1/199)
[23] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/27)
[24] Fathul Bari, Ibnu Hajar (1/638)
[25] Sunan Al-Daraquthni (1/337), Majmak Al-Zawaid (1/247)
[26] Majmak Al-Zawaid (1/247)
[27] Taqrib Al-Tahzib, Ibnu Hajar (m/s:374)
[28] Al-Syarhul Mumti’, Al-Uthaimin (1/232)
[29] Sunan Al-Daraquthni (1/334)

25 June 2009

Wuduk Anggota Cedera

Wuduk Anggota Cedera
Disiarkan pada Oct 19, 2007 dalam kategori Fatwa |

Soalan: Anak saya mengalami kemalangan bahagian anggota wuduknya dibalut dalam tempoh 2 minggu. Bagaimanakah cara dia mengambil wuduk dalam keadaan demikian? Apakah dia perlu mengulangi solatnya?.


Jawapan: Dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu menyapu air pada balutan berkenaan. Dia tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka.

Namun begitu oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat daif, ini seperti yang dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-Baihaqi, dan tegaskan lagi oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah, maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.

Apa yang saya rumuskan daripada perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang boleh diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama fekah. (lihat: ‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah, 1/140, cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut ).

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam bab ini terlalu daif maka ada ulama fekah yang berpegang kepada tidak ada apa yang dikatakan sapu atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Kata beliau ketika memberikan alasan pandangannya : “Dalilnya firman Allah (maksudnya) “Allah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya” dan sabda Nabi s.a.w: “Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar kemampuan kamu”. Dengan dalil al-Quran dan al-Sunnah gugur kewajipan apa yang seseorang tidak mampu. Maka gantinya ialah apa yang disyarakkan. Syarak pula tidak wajib diikuti melainkan dengan dalil daripada al-Quran atau sunnah. Tiada dalil al-Quran atau sunnah yang menggantikan basuhan dengan sapuan ke atas balutan patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu dibasuh”.(lihat: Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla,1/316, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ). Tokoh hadith zaman ini yang terkenal al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h.cenderung kepada pendapat ini. (lihat: Al-Albani, Tamam al-Minnah, 133-135, cetakan: Dar al-Rayah, Riyadh ).

Salah satu pendapat atas boleh untuk diamalkan, keduanya lebih mudah untuk pesakit dibandingkan pendapat-pendapat lain. Dia juga tidak perlu mengulangi solat yang dilakukannya apabila dia sembuh. Inilah pendapat yang paling kuat.

16 March 2009

Mandi Wajib Guna Sabun Dan Syampoo

AhlusSunnahMuslim

Salam

Sy ada masalah terlalu lama mandi wajib kerana was-was air tidak terkena ke serata tubuh. Tetapi jika menggunakan syampu & sabun barulah sy yakin air terkena ke serata tubuh badan dan mandi wajib menjadi lebih cepat dan tidak menjadi lama.

Masalahnya baru-baru ini sy merasa tidak sedap hati adakah boleh bersyampu dan bersabun semasa mandi wajib. Adakah nas-nas atau dalil al-Quran atau hadis sahih mengenainya? Harap panel feqh dapat menjawab soalan sy kerana ini masalah penting dalam ibadah sy..Syukran..

************
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

Bismillahi wal hamdulillahi ,

Tidak mengapa jika mandi wajib dengan menggunakan sabun atau bahan pewangi lainnya.Ianya seperti mana yang disebutkan oleh baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang panjang yang diriwayatkan Imam Muslim dalam Kitab Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi Jilid 4 m/s : 15 dan 16 sebagaimana berikut :

……………………….. Kemudian mengambil sepotong kain berwangian (Firshah mumassakah) , seterusnya menggunakannya untuk bersuci………………

Hadis di atas menurut Asy-Syaikh Dr Abd Karim Zaidan sebagai dalil yang menunjukkan bahawa dibolehkan untuk mandi wajib dengan menggunakan sabun atau sebarang wangian badan.Menurutnya juga , menggunakan wangi-wangian ketika mandi wajib adalah sangat digalakkan pada wanita yang mandi selepas suci daripada haid dan nifas.Ini kerana ianya bertujuan agar kemaluan (tempat keluar darah) wanita tersebut berbau harum dan tidak busuk.Malah dengan sebab itu jugalah , ada dikalangan ulama yang tidak membenarkan menggunakan wangi-wangian pada mandi yang bukan mandi haid dan nifas.

Ini kerana , menurut mereka wangi-wangian digunakan untuk menghilangkan bau darah haid yang busuk itu , sedangkan mandi jinabah tidak terdapatnya bau yang sedemikian.

WA

Ruj : Al-Mufassal , Dr Abd Karim Zaidan.

Sembuh Dari Penyakit Gila

AhlusSunnahMuslim

Salam

Adakah dalil al-Quran atau hadis sahih seseorang yg sembuh dari penyakit semacam gila wajib mandi atau apa yg disyorkan oleh al-Quran dan sunnah setelah seseorang itu sembuh dari penyakit semacam gila..?

Harap panel feqh dapat memberikan dalil al-Quran dan/atau hadis sahih.
InsyaAllah,syukran..

************
albaruhiyy
Panel Feqh

Wassalam

Masalah mandi selepas sembuh daripada penyakit gila ada disebutkan oleh ulama. Jumhur ulama mengatakan hukum mandi adalah sunat. Dan ijmak ulama bahawa mandi tersebut tidak wajib.

Antara yang menyebut masalah ini ialah al-Nawawi dalam al-majmuk, kata beliau :

“Berkata (ashab) ulama kami : dan disunatkan bagi orang yang pengsan mandi apabila telah sedar kerana mengikut Rasulullah s.a.w. Ibn Munzir, ibn al-Sabbagh dan lain-lain berkata : Ijmak ulama bahawa mandi tidak wajib ke atasnya. Al-Rafi’i menghikayatkan satu (wajh) pandangan lemah lagi ganjil (syaz) bahawasanya wajib mandi selepas sedar dari gila, dan mereka juga menghikayatkan satu pandangan yang lebih ganjil dari itu iaitu wajib juga mandi selepas sedar dari pengsan.
(al-Majmuk li al-Nawawi 2/26)

Ibn Qudamah juga berkata :

“Fasal : Dan tidak wajib mandi ke atas orang gila dan orang pengsan apabila ia sedar daripadanya tanpa ada mimpi basah. Dan aku tidak mengetahui khilaf dalam permasalahan ini. Ibn al-Munzir berkata : sabit bahawa Rasulullah s.a.w. mandi kerana sebab pengsan, dan mereka bersepakat bahawasanya ia tidak wajib, dan kerana hilang akal itu sendiri tidak mewajibkan mandi. Sedangka berlaku inzal adalah disyaki sahaja. Maka kita tidak menghilangkan keyakinan dengan sebab syak. Namun jika yakin berlaku inzal maka wajib mandi atas kedua-duanya, kerana disebabkan oleh mimpi basah. (al-Mughni 1/357)

Para ulama berdalilkan dengan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Ahmad bin Yunus menceritakan, katanya Za’idah daripada Musa bin Abi Aishah daripada Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah, katanya Aku masuk berjumpa Aishah maka aku berkata : Tidakkah mahu kamu ceritakan kepadaku tentang sakit Rasulullah s.a.w. Jawabnya : Ya, tatkala Nabi s.a.w sakit baginda bersabda : “Adakah orang ramai dah solat”. Kami (sahabat) menjawab : Tidak, mereka sedang menunggumu. Nabi bersabda : “Letakkan kepada aku air dalam bekas”. Lantas kami lakukan, kemudian Nabi s.a.w. pun mandi dan cuba untuk bangun tiba-tiba baginda pengsan. Kemudian baginda sedar dan bersabda : “Adakah orang ramai dah solat”. Kami (sahabat) menjawab : Tidak, mereka sedang menunggumu. Nabi bersabda : “Letakkan kepada aku air dalam bekas”. Lantas kami lakukan, kemudian Nabi s.a.w. pun mandi dan cuba untuk bangun tiba-tiba baginda pengsan. Kemudian baginda sedar dan bersabda : “Adakah orang ramai dah solat”. Kami (sahabat) menjawab : Tidak, mereka sedang menunggumu. Nabi bersabda : “Letakkan kepada aku air dalam bekas”. Lantas kami lakukan, kemudian Nabi s.a.w. pun mandi dan cuba untuk bangun tiba-tiba baginda pengsan. Kemudian baginda sedar dan bersabda : Adakah orang ramai telah solat? (al-Bukhari dan Muslim)

Wallahu A'lam

Tak Mandi Wajib Sejak Baligh

aikido

Salam

waktu saya baligh saya mandi wajib lepastu bile mimpi dan keluar saya tak mandi wajib sebab pd waktu tu saya ingatkan mandi wajib ni skali seumur hidup. Dah lama lah saya tak mandi sampai lepas setahun waktu hari perkahwinan sepupu saya.Aper hukumnyer puasa saya dgn solat saya kene ganti ker.

terima kahis banyak2. Mr. Green

**********
albaruhiyy
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Apa yang saya fahami ialah anda jahil tentang hukum mandi wajib.

Menurut sebahagian besar ulama anda tidak wajib menggantikan semua solat yang telah anda lakukan. Ini kerana anda dimaafkan disebabkan ada uzur jahil.

Cuma anda wajib mandi dan mengulangi solat ketika mana mula2-mula anda mengetahui hukum tersebut.

Ini berdasarkan hadis Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah memasuki masjid. Lantas datang seorang lelaki lalu memberi salam kepada Nabi s.a.w. Kemudian Nabi menjawab dan berkata : “Kembalilah dan sembahyanglah kerana sesungguhnya kamu tidak sembahyang”. Lalu ia terus kembali dan sembahyang semula sebagaimana ia sembahyang, lalu datang semula kepada Nabi dan memberi salam. Nabi menjawab dan berkata : ‘Kembalilah dan sembahyanglah kerana sesungguhnya kamu masih belum sembahyang’ (3 kali). Lalu dia berkata : ‘Dan demi Tuhan yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, aku tidak boleh melakukan yang terbaik dari ini, maka ajarkan daku. Kemudian Nabi bersabda : ‘Apabila anda bangun untuk solat, maka bertakbirlah kemudian bacalah apa yang mudah bersama kamu dari al-Qur’an. Kemudian rukuklah sehingga kamu tenang dalam keadaan rukuk, kemudian angkatlah kepada sehingga kamu berdiri betul (iktidal). Kemudian kamu sujudlah sehingga kamu tenang (tomakninah) dalam keadaan duduk. Lakukanlah demikian dalam semua solat kamu’. (HR al-Bukhari 724, Muslim 367).

Dalam hadis ini, Nabi s.a.w tidak memerintahkannya agar menqada’kan solat yang telah lalu, namun Nabi hanya menyuruhnya qada’ solat ketika itu.

Sesetengah ulama berpandangan anda wajib qada’ kerana jahil dalam bab ini bukan satu keuzuran. Sebabnya ialah kita berada di negara yang mudah untuk mendapat ilmu. Ketika ini punca jahil adalah kerana anda cuai dalam menuntut ilmu.

Maka, untuk lebih berhati-hati, anda boleh menggantikan semua solat anda dahulu. Oleh itu anda perlu menganggarkan jumlah solat yang lepas. Sekiranya terlalu banyak, mudah-mudahan anda tidak berdosa dan hendaklah banyak beristigfar, bertaubat dan banyakkan solat sunat. Firman Allah Taala (alHaj 78)
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
Maksudnya : “Dan Allah tidak menjadikan keatas kamu kesusahan dalam agama”.

Manakala, bab puasa pula, anda tidak perlu qada’ sebab puasa orang yang berjunub adalah sah.

Wallahualam

01 February 2009

Bolehkah Madi Junub Sekali Dengan Mandi Jumaat

Dari seberang http://muslim.or.id/soaljawab/fiqh-dan-muamalah/soal-jawab-bolehkah-mandi-junub-merangkap-jumat.html#more-96

Bolehkah Mandi Junub Merangkap Jumat ?
7 May 2008 Kategori: Fiqh dan Muamalah

Pertanyaan:

Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Ifta’ ditanya: Apakah dibolehkan melaksanakan mandi junub sekali dengan mandi untuk solat Jumaat, mandi setelah habis masa haidh dan masa nifas?

*****************
Jawaban:

Barang siapa yang diwajibkan baginya untuk melaksanakan satu mandi wajib atau lebih, maka cukup baginya melaksanakan satu kali mandi wajib yang merangkap mandi-mandi wajib lainnya, dengan syarat dalam mandi itu ia meniatkan untuk menghapuskan kewajiban-kewajiban mandi lainnya, dan juga berniat untuk dibolehkannya shalat dan lainnya seperti Thawaf dan ibadah-ibadah lainnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Artinya: “Setiap perbuatan itu tergantung pada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan bagian sesuai dengan yang diniatkannya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Karena yang hendak dicapai dari mandi hari Jum’at bisa sekaligus tercapai dengan mandi junub jika bertetapan harinya. (Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah, 5/328)

Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita.

25 January 2009

Tahi Cicak Dan Tahi Merpati

1-Adakah tahi cicak najis,ada ustaz membeitau sy tahi cicak yg kering tidak najis tetapi yg basah adalah najis,betul ke pendapat ni
2-bagaimana pual najis burung merpati yg kebisaannya banyak terdapat didalam masjid cnth masjid umawi dan masjid al-azhar

************************************
thtl
Founder

al-Jawab:

1 dan 2 di atas termasuk Umum al-balwa (perkara2 yg sulit dielakkan), maka ia dima'afkan syara'. walaupun ia najis, tapi kerana ia sesuatu yang sulit dielakkan (umum al-balwa) maka ia termasuk najis2 yg dima'afkan. Semua empat madzhab sepakat dalam hal ini. (Ref: Fiqh Islami wa Adillatuh karya Dr Prof Ustaz Wahbah azZuhaly, Syria, Jld 1) WA

***********
jikalau kita terpijak maka ia tidak membatalkan wudhuk ke?


as'kum,

terpijak najis tidaklah termasuk dalam perkara2 membatalkan wudhu'. (alWajiz fi fiqhis sunnah wal kitabil aziz, Sheikh Abdul Azhim Badawi alKhalafi)

wassalam

Menyapu Atau Membasuh - Wuduk?

ade ke perbezaan antare 'membasuh' tangan dgn 'menyapu' tgn hingge ke siku waktu wuduk??...ade ore ckp kat kewe....kalo basuh tgn tu kene alirkan air dari depan sampai kesiku....jgn just letak air kat pegelangan tangan, then tarik air tu sampai ke siku je...coz itu menyapu katenye and tak sah wuduk...adekah betul term yg digunekan iaitu membasuh (ghasala)??.....mintak penjelasan

***********************************
thtl
Founder

al-Jawab:

Firman ALlah SWT:


فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ

AQT 5:06 (maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku)

Ayat itu dgn jelas memerintahkan kita membasuh bukan sapu.
Perintah menyapu sambungan ayat itu:


وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ

AQT 5:06 (....dan sapulah kepalamu)

Paghsilu adalah basuh, sedangkan wamsahu adalah sapu.

Maka basuhlah muka kamu dan tanganmu sampai dgn siku maksudnya benar2 basuh bukan sapu, kepala pulak, hendaklah sapu bukan basuh.

sekian

thtl utk
Lajnah Fiqh & Penyelidikan AFN

15 January 2009

Sentuh Kemaluan Tak Batal Wuduk

Salam
Kebanyakan jawapan dalam arkib yang saya semak menyatakan batal wuduk jika sentuh kemaluan.

Bagaimana pandangan Ustaz di AAN tentang pendapat Sheik Yusuf Al Qaradhawy dan Sheikh Ibn Taimiyah seperti yang diulas oleh Ustaz Abdul Kadir dari IQ seperti di bawah. Adakah masalah khilaf dalam pendapat ini? Yang mana satu paling menepati sunnah?
------------------------
Jawapan :

Masaalah menyentuh kemaluan, para ulama berbeza pandangan samaada ia membatalkan wudhu ataupun tidak, di bawah ini sebahagian petikan kasar dari fatwa al-Qaradhawi.

Terdapat beberapa pandangan dalam masaalah ini :

1- Tidak membatalkan wudhu. Pendapat ini diriwayatkan dari 'Ali, Ibn Mas'ud, 'Ammar, Huzaifah, 'Imran bin Husain dan Abu Darda' dari kalangan sahabat Nabi saw. Ini juga pendapat Rabi'ah, al-Thauri, Ibn Munzir, Abu Hanifah dan sahabatnya dan satu riwayat daripada Ahmad.

Hujah mereka adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa-ie tentang seorang badwi yang bertanya kepada Nabi saw :

يا رسول الله! ما ترى في رجل مسَّ ذكره في الصلاة؟ قال: وهل هو إلا مضغة منك ـ أو بضعة منك ـ؟

Maksudnya : "Wahai Rasulullah ! Apa pandangan kamu tentang seorang lelaki yang menyentuh kemaluannya ? Jawab Nabi saw : "dan bukankah ia itu tidak lain melainkan seketul daging daripada kamu atau sebahagian daripada kamu ?"

Ibn Hajar di dalam Bulugh al-Maram berkata : Hadith ini dikeluarkan oleh al-Khamsah, dan ianya disahihkan oleh Ibn Hibban. al-Son'ani di dalam Subul al-Salam berkata : "Hadith ini diriwayatkan juga oleh Daruqutni, dan al-Tohawi berkata : Sanadnya Mustaqim tanpa Mutdtarib, dan ianya disahihkan juga oleh al-Tabrani dan Ibn Hazm. Mereka berkata : "Kerana ianya (kemaluan) satu anggota dari badan insan, maka dia tidak membatalkan wudhu dengan menyentuhnya, sama seperti menyentuh anggota yang lain."

2- Membatalkan wudhu. Ini yang zahir dari mazhab Ahmad, demikian juga pandangan Ibn Omar, Sa'id bin Musayyib, 'Ato, Urwah, Sulaiman bin Yasar, al-Zuhri, al-Auza'ie, al-Syafi'ie dan masyhur dari Malik.

Hujah mereka ialah hadith yang diriwayatkan dari Busrah binti Sofwan oleh Malik di dalam al-Muwatta', sabda Nabi saw :

من مس ذكره فليتوضأ
Maksudnya : "Sesiapa yang menyentuh kemaluanya, maka hendaklah dia berwudhu."

al-Tirmizi berkata : Hadith ini hasan sahih. Berkata al-Bukhari : Hadith ini أصح شيء في الباب. Hadith ini juga disahihkan oleh Ahmad.

Sesuatu yang penting untuk diketahui [perkataan al-Bukhari (أصح شيء في الباب) asahhu syai' fi al-bab] tidak memaksudkan kesahihan hadith tersebut, bahkan ia membawa maksud itulah sebaik-baik yang ada, walaupun ia tidak sampai ke darjat sahih dengannya semata-mata.

al-Qaradhawi juga menyebut satu kisah tentang hadith ini yang mana 'Urwah bin Zubair mengingkari hadith daripada Busrah Binti Sofwan ini. al-Qaradhawi berkata :

"Dan termasuk dari hak seseorang untuk dia tawaqquf (berhenti tidak menggunakan) hadith ini (disebabkan adanya keraguan). Bagaimana boleh orang seperti 'Urwah bin Zubair tidak mengetahui hadith ini, dan dia tidak tahu langsung tentang hukum ini (sentuh kemaluan membatalkan wudhu) dan dia terkejut dengannya (dengan pendapat Busrah binti Sofwah tersebut) dan dia mempersoalkannya, sedangkan dia (Urwah bin Zubair) tinggal di Madinah, salah seorang ulama Madinah, salah seorang rawi di Madinah, salah seorang fuqaha' yang tujuh yang terkenal. Bapanya al-Zubair, Ibunya Asma' pemilik dua pengikat pinggang (النطاقين), mak saudaranya 'Aa-isyah, dan dia ('Urwah) seorang yang paling terkenal meriwayatkan dari 'Aa-isyah. Bagaimanakah perkara ini diketahui oleh Busrah seorang sahaja ? tidak sahabat lainnya ? Terutamanya hadith ini tidak diriwayatkan dalam salah satu dua kitab yang sahih, tidak di dalam al-Bukhari dan tidak di dalam muslim. Tambahan pula ulama yang berpendapat batal (batal wudhu dengan menyentuh kemaluan kerana hadith ini) meletakkan syarat jika menyentuhnya tanpa lapik. Sebahagian yang lain meletakkan pula syarat lain, batal jika sentuh dengan tapak tangan kerana itulah alat sentuhan. Sebahagian yang lain meletakkan syarat jika sentuh dengan sengaja, kalau tersentuh, atau terlupa maka tidak membatalkan wudhu. Ditanya kepada Imam Ahmad : "(Perlu) wudhu bagi orang yang menyentuh kemaluan ?" Beliau menjawab : "(jika) seperti ini" sambil dia menggenggam tangannya, yakni jika seseorang itu memegang/menggenggam (kemaluan) dengan tangannya. bahkan sebahagian yang lain meletakkan syarat jika sentuh dengan syahwat. Orang-orang yang berpendapat batal wudhu dengan menyentuh kemaluan ini juga berkata tidak ada beza samaada menyentuh kemaluan sendiri atau orang lain. Berbeza dengan Daud (al-Zahiri) yang berkata adapun yang batal itu yang ada di dalam dalil, kemaluan sendiri. Ulama yang lain membantahnya (Daud), jika batal wudhu dengan menyentuh kemaluan sendiri – walau dalam keadaan ada keperluan ke arah itu, sedang menyentuh kemaluan sendiri itu adalah harus, maka batal wudhu kerana menyentuh kemaluan orang lain itu – dalam keadaan menyentuh kemaluan orang lain itu adalah maksiat – adalah lebih utama (untuk dikatakan batal wudhu). Dan hukum menyentuh kemaluan orang besar ataupun kecil sama di sisi al-Syafi'ie. Berkata pula al-Zuhri dan al-Auza'ie : "Tidak batal (wudhu) menyentuh kemaluan kanak-kanak, kerana harus menyentuh dan melihatnya, berbeza dengan kemaluan orang dewasa.

Pendapat Yang Dipilih Oleh al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi di bahagian akhir fatwanya berkata :

"Dan yang kami pilih (tarjih) ialah pendapat yang pertama, iaitu tidak batal wudhu dengan menyentuh kemaluan. Jika menyentuhnya dengan syahwat (selama-mana tidak keluar sesuatu) hanya disunatkan wudhu sahaja. Kerana sesungguhnya perkara yang termasuk Umum al-Balwa berlaku kepada semua manusia. (jika menyentuh kemaluan membatalkan wudhu) pasti Nabi saw akan menerangkannya dengan penerangan yang menyeluruh, dinaqalkan dari baginda, diketahui di kalangan umat islam (zaman Nabi saw). Tidak dapat digambarkan bahawasanya hukum sebegini hanya khusus diketahui oleh seorang atau dua orang dari kalangan mereka (sahabat Nabi saw), bukan semuanya.

Tidak ada satu hadith yang sahih dalam perkara ini selain hadith Busrah binti Sofwan. Dan yang ajaib, perkara ini yang khusus untuk lelaki dinakalkan dari seoran perempuan. Kalaupun kami berpendapat ia sahih, kami pasti mengatakan : sesungguhnya perkara ini (sentuh kemaluan) padanya mustahab (sunat untuk berwudhu). Ia bertepatan dengan asas yang kami pilih, iaitulah asal dalam arahan-arahan Nabi (selain al-Quran) adalah al-Istihbab (sunat), melainkan setelah tertegaknya qarinah (bukti) yang membawa maksud wajib. (أن الأصل في الأوامر النبوية: الاستحباب، إلا ما قامت قرينة فيه تنقله إلى الوجوب)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata :

"Yang lebih zahir bahawasanya wudhu sesiapa yang menyentuh kemaluan adalah mustahab (sunat) bukan wajib."

Inilah yang jelas dari salah satu riwayat dari imam Ahmad, ini dengan jalan menghimpunkan hadith-hadith dan athar-athar (yang ada tentang wudhu bagi yang menyentuh kemaluan), dengan memahami arahan (berwudhu bagi orang yang menyentuh kemaluan) itu adalah dalam bentuk sunat. Ia tidak berperanan sebagai pembatal kepada sabda Nabi saw "Bukankah ia (kemaluan) sebahagian daripada kamu". Maka memahami arahan berwudhu sebagai arahan sunat adalah lebih utama dari membatalkannya. – tamat petikan fatwa.

wallahu a'lam. Abdul Kadir

*********************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلاوم على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Permasalahan batal wuduk kerana menyentuh zakar adalah khilaf feqah yang muktabar. Perselisihan ini timbul sejak generasi awal lagi, dan berterusan sehingga sekarang.

- Sesiapa yang memilih salah satu pendapat kerana berpuas hati dengan hujah yang dikemukakan ulama, maka sesungguhnya dia telah memilih salah satu pendapat yang muktabar. Sebagaimana kata-kata Imam Auzaie dalam masalah memberi salam kepada orang kafir, "Jika kamu memberi salam (kepada orang kafir), maka ada orang-orang soleh sebelum kamu pernah melakukannya. Dan jika kamu meninggalkannya, maka ada orang-orang soleh sebelum kamu meninggalkannya". (Tafsir Qurtubi 11/112).

Begitu juga dalam masalah membaca Fatihah di belakang imam, telah berkata Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Siddiq, "Jika kamu membaca, maka kamu mempunyai uswatun hasanah (ikutan yang baik) dari kalangan sahabat Rasulullah SAW. Dan jika kamu tidak membaca, maka kamu juga mempunyai uswatun hasanah dari kalangan sahabat Rasulullah SAW". (Jamik Bayan al-Ilm Wa Fadhlih no: 1690).

- Kesimpulan, permasalahan ini adalah khilaf muktabar. Dan setiap pendapat mempunyai hujahan masing-masing. Seorang muslim penuntut ilmu, haruslah mengikut pendapat yang paling diyakini bertepatan dengan dalil-dalil.

Wallahu A'lam.

Wuduk Masa Mandi Hadas

Minta pandangan Ustaz mengenai perlukah
> mengambil wudhu selepas
> mengambil hadas besar..atau ambil wudhu dahulu
> sebelum mandi hadas
> besar.

jawapan:

doc Imran-

Sahih al bukhari, Volume 1, Book 5, Number 248:

Narrated 'Aisha:

Whenever the Prophet took a bath after Janaba he started by washing his hands and then performed ablution like that for the prayer. After that he would put his fingers in water and move the roots of his hair with them, and then pour three handfuls of water over his head and then pour water all over his body.

huraian lebih panjang dalam nayl al awtaar

THTL-
Huraian mengenai kaifiat mandi janabah ini ada dua cara:

1. Cara dari jalur Aisyah ra

Nas hadis riwayat Aisyah ra spt yg disampaikan oleh Doc IM (juga dalam alAlbani, sahih Sunan Abu Daud # 214)

Berwudhu' dgn sempurna sebelum mandi janabah

2. Cara dari jalur Maymunah ra

Juga muttafaq 'alaih dari Maimunah (Bukhari, dicetak bersama Fathul Bari 1/360 no hadis 257, dan sahih Sunan Abu Daud oleh alAlbani no 247

Berwudhu' tapi membasuh kaki dgn sempurna di akhir mandian.

Kedua-dua cara ini dibolehkan dalam rangkan ittiba' arRasul saw.
Inilah pendapat ahli Hadis:
Imam Ibn Hajar dalam Fath alBari: 1/360
Imam alMuhaddith alAlbani, Irwa' alGhaleel
allamah Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah

Haid Dan Istihadah Sepanjang Tahun

Salam

tolong saya..macamana ibadat solat dan lain2 saya. saya mengalami situasi darah haidh dan istihadah yg xputus2 sepanjang tahun.. kalau berhenti pun sekadar 2-3 hari jer. perkara ini dah berlaku hampir 5 tahun. dah jumpa doktor..xde apa2 masalah kesihatn, cuma ketidak seimbangan hormon.

mohon penjelasan bagaimana saya nak jalankan ibadah saya?

*************
Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab

Dalam kes sebegini , saudari perlulah membuat kiraan jumlah hari datangnya haid yang biasa saudari alami sebelum berlakunya kes tersebut.Maka hari selepas itu dihukum sebagai Istihadhah , yang mana pada ketika itu saudari wajib mandi dan bersolat selepas itu sebagaimana maksud sebuah hadis:

“Hendaklah dia menunggu sejumlah siang dan malam ketika dia haid sebulan sebelumnya , iaitu sebelum dia terkena Istihadhah.Hendaklah dia meninggalkan solat sejumlah hari-hari haidnya pada bulan itu.Dan jika hari-hari itu melampauinya , maka hendaklah ia mandi kemudian melekatkan kain tebal ( Maksudnya ialah menyumbat sesuatu yang tebal seperti kain di bahagian farajnya agar darah tidak mengalir ) dan bersolatlah. ( HR An-Nasai )

Hadis di atas membawa maksud bahawa wanita yang mengalami istihadhah dikehendaki mengira jumlah kebiasaan datangnya darah haid serta tempohnya.Kemudian selepas daripada tempoh tersebut hendaklah ia mandi dengan menganggap bahawa tempoh haidnya telah tamat.Seterunya hendaklah ia melakukan solat sepertimana keadaan wanita yang telah suci dari haid.Perlu diingat , wanita yang dalam istihadhah hendaklah memperbaharui wudhuknya pada setiap kali ingin menunaikan solat.

Sekiranya saudari tidak mengetahui tempoh kebiasaan datangnya haid , maka saudari hendaklah mengambil kira tempoh maksimum datang haid bagi seorang wanita iaitu selama 15 hari.Maka selepas itu iaitu pada hari ke 16 adalah dikira sebagai darah Istihadhah.Pada ketika itu diwajibkan saudari mandi dan bersolatlah selam tempoh 15 hari lagi yang bermula pada hari 16 hinggalah ke hari ke 30.Selepas daripada hari ke 30 itu akan dikira semula sebagai hari datang haid dan kiralah sehingga hari ke 15.Pada hari ke 16 akan dikira sebagai istihadhah semula.Begitulah seterusnya.

Secara kesimpulannya , situasi darah istihadhah adalah situasi yang sama seperti situasi selepas suci dari haid.Pada ketika itu saudari wajib melakukan semua ibadah sebagaimana biasa.Cumanya faraj saudari perlulah dicuci dan dikehendaki berwudhuk semula pada setiap kali ingin menunaikan solat.Begitu juga saudari perlulah memastikan bahawa tidak ada darah yang mengalir keluar dari faraj ketika melakukan soolat.

WA

Ruj :

Al-Mufassal fi ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim , Bab Taharah , Bahagian Haid dan istihadhah , As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan

Mengeringkan Sisa Air Wuduk

Pengirim: sdr iman mohamad:
Assalamualaykum..
Saya nk kepastian, adakah terdapat hukum berkenaan mengeringkan anggota wudhu selepas kita berwudhu? Ada yang cakap makruh. Saya ada jgk mencari dalil tntg perkara ni tp xde yg berkaitan. So, mtk tlg share la siapa2 yg tahu ye..bersama dalil..
terima kasih. wassalam.
[Sumber dari Mailing list: alFikrah] June 30, 08

~~~~~~~~~~~~~~~~alJawab
Hukumnya:

Hukumnya boleh saja kerana tiada dalil yg melarangnya. Fatwa Imam Ahmad Ibn Hanbal (siapa lagi yg lebih memahami sunnah melainkan Imam Ahmad), bahawa mengeringkan wudhu' dari angguta wudhu' itu dibolehkan. Ia diamalkan oleh banyak sahabat. (Ibn Qudamah, alMughny: 1/ms 195)

Ditanya kepada Fadhilat Syaikh Muhammad Saleh al-Uthaimiin (RH), beliau juga menjawab: boleh. Memang terdapat dalil, bahawa Maymunah (Ummul Mukminin) pernah membawa tuala kecil kepada baginda saw selepas baginda selesai berwudhu', tapi baginda tidak megambilnya. Kata Ibn Uthaimiin, ini menunjukkan baginda selalu mengeringkan wudhu'nya selepas mengambil wudhu', kalau tidak, masakan isterinya
membawa tuala... cuma ada ketikanya baginda tidak mengeringkan... [Himpunan Fatwa syaikh ibn Uthaimin, 11/ms 93, KSA]
Isu Susulan:

************************************
Pengirim : "Abu Bunyameen"
Ya terima kasih.
Selalunya orang2 tua mengatakan dengan me'lap' wudhu ni, akan hilang nur wudhu tersebut pada hari kiamat. So, Nabi tak
dapat kenal ummat dia (?)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~al-Jawab
Memang benar ada hadith:
"Sesungguhnya ummatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dgn cahaya di wajah, tangan dan kaki kerana kesan bekas wudhu'." [sahih Bukhari, kitab wudhu' # 136]
Akan tetapi hadith itu tidak boleh ditakwil dgn petua orang2 tua. Ini bercanggah
dgn perintah AQ: (terjemahnya)

" 2. 170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat
petunjuk?". sekian

******************************
Susulan 2:
Pengirim: iman mohamad
ok..jadi maksudnye, mmg ada hadis menyatakan tntg kesan wudhu' di akhirat, tp
tiada dalil menghalang mengeringkan wudhu'. Betul x?

~~~~~~~~~~~~~~~~al-Jawab
betul...kita dah jawab kat atas..pendapat Imam Ahmad dan Ibn Uthaimiin.

thtl utk AFN lajnah fiqh dan penyelidikan(AFN-LFP)

Wuduk Dengan Terjun Sungai

Salam

saya nak tanya adalah boleh kita terjun ke laut atau sungai dengan niat hendak berwuduk dan kita terus solat selepasnya..bukankah tertib merupakan rukun wuduk?adakah sah wuduk dalam keadaan tersebut?

*****************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Dalam mazhab Syafie, yang ditarjih oleh ahli tahqiq mereka, sah wudhu' dengan cara menyelam ke dalam air samada dia berada di dalam air seketika supaya wujud tertib antara anggota, ataupun hanya menyelam dan terus keluar daripada air tanpa berada seketika di dalamnya. Kerana dalam keadaan ini, diandaikan berlaku tertib antara anggota wudhu' walaupun dalam beberapa detik. (Majmuk Nawawi 1/448)

- Dalam mazhab Hanbali pula, mereka tidak mengira tertib ketika seseorang menyelam dalam air. Yang dikira ialah ketika keluar daripada air mestilah keluar secara tertib. Jadi, jika dia menyelam, kemudian, mengeluarkan mukanya, kemudian tangannya, kemudian menyapu kepalanya, kemudian mengeluarkan kakinya daripada air, maka sah wudhu'nya. Kerana mereka berpendapat hadas hanya terangkat setelah air berpisah daripada anggota. (Syarh Kabir oleh Ibn Qudamah 1/120).

Wallahu A'lam.

Sapu Minyak Urut

Assalamualaikum ustaz,
Sekiranya di sebelah malam sebelum tidur, saya menyapu atau menggosok minyak urut pada kaki, perlukah kaki itu dicuci dengan sabun/shampoo sebelum mengambil wudhu di waktu subuh? Mungkin air tidak sampai ke kulit. Bagaimana dengan krim atau lotion pula?
Terima kasih.

****************
Bismillahi wal hamdulillah ,

Secara kaedahnya , sebarang benda yang boleh menghalang air dari sampai ke kulit ketika berwudhuk mestilah dihilangkan dahulu.

Sekiranya minyak yang dilumur pada malam tadi telah hilang dan tiada lagi yang booleh menghalang dari sampainya air ke kulit , maka bolehlah sauadara terus berwudhuk.Jika tidak , kaki tersebut wajib dicuci dengan menghilang minyak tersebut terlebih dahulu.Ini kerana sifat minyak itu sendiri yang memang tidak boleh sebati dengan air dan boleh menjadi penghalang kepada sampainya air semasa berwudhuk..

Berbeza dengan lotion atau krim , kerana pada kebiasaannya krim atau lotion akan meresap ke dalam kulit dan ini tidak menjadi penghalang kepada air daripada sampai ke kulit anggota wudhuk..

Sekiranya lotion atau krim tersebut sifatnya sama seperti minyak maka hukumnya adalah sama dengan kes minyak di atas.....

WA

Boleh Berwuduk Ketika Haid

Salam..

Ana pnye mak tnye klo dlm k'daan haidh bleh x amik wudu'?sbb klo mrh kn kte amk wudu' utk redaknnya..ad dalil ke kte x bleh?

TQ

*****************
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Tidak menjadi masalah seorang yang berada di dalam keadaan hadas besar, berjunub dan dalam keadaan haid untuk berwudhuk..bahkan ianya mustahab disunatkan.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ جُنُبًا فَأَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أَوْ يَنَامَ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلاَةِ

Daripada Aisyah r.ha dia berkata: nabi s.a.w. bila dalam keadaan berjunub dan apabila baginda hendak makan atau hendak tidur, baginda berwudhuk sepertimana wudhuk ketika mana hendak solat..

Hadis riwayat Imam Muslim.

maka tidak menjadi masalah seorang wanita yang haidh untuk berwudhuk

wallahu a'lam

Sunnah Mandi Sebelum Subuh

benarkah sunnah rasulullah saw adalah mandi sebelum subuh?

***************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

ٍSoalan yang diajukan agak umum. Adakah yang dimaksudkan ialah mandi Junub, atau mandi sunat Jumaat, atau mandi hari raya, atau mandi biasa untuk kebersiahan dan kesegaran, atau lain-lain jenis mandi.

Kerana dalam Islam, terdapat banyak jenis mandi yang masyruk yg diajar dalam sunnah Nabi SAW. Waktunya berbeza antara jenis-jenis mandi. Ada mandi junub, mandi hariraya, mandi Jumaat, mandi dari haidh dan nifas, mandi selepas memandikan mayat, mandi selepas selepas masuk Islam, mandi selepas sedar dari pitam, mandi ihram, mandi untuk berubat, mandi masuk Mekah, mandi untuk wuquf, dan lain-lain. Waktunya adalah berbeza mengikut tuntutan keadaan.

Selain itu ada juga mandi untuk kebersihan dan kesegaran, yang hukum asalnya adalah HARUS. Mandi seperti ini digalakkan apabila keperluan seperti ketika badan kotor atau berbau. Tidak ada waktu khas, contohnya sebelum Subuh atau lain-lain.

Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan secara umum bahawa Nabi SAW mandi sebelum Subuh. Kecuali jika baginda berjunub pada waktu malam, maka sudah pasti baginda akan mandi sebelum menunaikan solat Subuh.

Wallahu A'lam.

rujukan:
Kitab Sifat Ghusl al-Nabi SAW Wa Ahkam Al-Aghsaal Al-Masyru'ah, oleh: Abu Said Bal'eid.

Lekatan Gam Di Tangan

assalamualaikum,

maafkan saya kerana banyak bertanya kepada panel al ahkam.di sini saya ada dua soalan kepada panel al ahkam.seorang kawan saya bekerja membaiki kasut.setiap kali hendak solat,dia akan berdepan masalah gam kasut yang melekat di tangan.dia mengikis gam tersebut namun masih lagi melekat

ditangannya.persoalannya,bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini?adakah solatnya sah sekiranya gam tersebut masih ada ditangannya?

kedua,masalah memberi salam dalam solat berjemaah.dalam solat berjemaah,sudah menjadi tradisi orang islam di kelantan akan memberi salam pertama sebaik sahaja imam baru melafazkan salam yang kedua.

apakah hukumnya perbuatan tersebut?adakah makmun mendapat ganjaran 27 solat berjemaah?

saya mohon pencerahan kepada panel al ahkam.sekian terima kasih.

**************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Masalah gam.
- Syarak mewajibkan ketika berwudhuk hendaklah diratakan air pada keseluruhan anggota wudhuk. Gam pula adalah satu jirim yang tidak telus air. Maka wajiblah dihilangkan dahulu gam daripada anggotanya sebelum wudhuk. Dan tidak sah wudhuk jika masih ada gam di tangannya. Boleh dirujuk: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35626 {lihat di bawah}...

- Mungkin boleh diatasi masalahnya dengan cara memakai sarung tangan ketika menggunakan gam. (Fatwa Lajnah Daemah: 12137)

2) Masalah memberi salam.
- Ada kelonggaran, samada makmum memberi salam selepas imam memberi salam pertama, atau makmum memberi salam selepas imam selesai memberi salam kedua. Walaubagaimanapun, yang lebih aula ialah pendapat kedua.
- Memilih salah satu pendapat ini tidak menyebabkan hilang pahala jemaah.

Wallahu A'lam

rujukan: Fatwa Islam Question and Answers kelolaan Syeikh al-Munajjid.

***************

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya apakah hukum memakai minyak rambut jenis "wax". Adakah sah jika mengambil wudhu' ketika memakainya?? Saya juga agak keliru dengan hukum "terhalang air dari terkena kulit dan rambut" ketika mengambil wudhu' misalnya jika tangan seseorang terkena dakwat pen atau gris. Saya berharap agar hal ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci.

Sekian.

*****************
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Memakai minyak rambut, tidak menjejaskan wudhu' kerana yang dituntut dalam berwudhu' ialah menyapu kepala, bukannya membasuh kepala. Firman Allah: "...dan sapulah pada kepala kamu". (Al-Maidah: 6).

Dimaklumi dalam bahasa Arab, bahawa ada beza antara basuh dan sapu. Untuk sapuan, tidak disyaratkan meratakan air pada keseluruhan anggota. Tetapi memadai dengan menyapu anggota dengan tangan yang dibasahi air.

2) Permasalahan anggota wudhuk terkena bahan2 seperti dakwat pen, minyak dan lain-lain, sekiranya bahan2 itu jenis tidak telus air seperti cat, lilin, minyak gris, maka tidak sah wudhuk tersebut. Mesti dihilangkan terlebih dahulu. Kerana selagi terdapat bahan2 tersebut pada anggota wudhuk, bererti basuhan anggota itu tidak sempurna.

Nabi SAW pernah memerintahkan sahabat yang tidak meratakan basuhan kaki sekadar satu dirham supaya mengulangi wudhuknya dan solatnya. Direkod oleh Abu Daud (no: 175). Sanadnya dinilai jayyid (baik) oleh Imam Ahmad. (Tanqih al-Tahqiq 1/30).

Tetapi sekiranya ia daripada jenis bahan yang telus air, maka tidak menjejaskan wudhuk. Contohnya dakwat pen, inai, celak dll.

Wallahu A'lam.

Anak Rambut Wanita

Salam

Betulkah ‘sideburn’ wanita iaitu rambut2 yg tumbuh di tepi telinga juga anggota wuduk ? Klu wanita berambut panjang , maknanya kena tarik keluar basahkan ? tq

************
Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Rambut tidak termasuk dalam anggota wudhuk yang perlu dikenakan air terhadapnya.Ini kerana anggota wudhuk pada tempat tersebut sebenarnya adalah kepala , dan Islam menyuruh kita untuk menyapu / membasuh kepala , bukannya rambut sebagaimana yang disalah fahami oleh sebahagian masyarakat .

Dalilnya , firman Allah swt dalam surah al-Maidah , ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ

Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki

Ini bermakna , sekiranya seseorang perempuan itu mempunyai rambut yang panjang , ianya tidak perlu dikeluarkan.Cukup dengan hanya menyapu dibahagian kepalanya sahaja sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di atas.

WA

Baca Basmallah Dalam Tandas

Assalamualaikum

Kebanyakkan bilik air di zaman moden berserta dengan tandas. Setahu saya kita tidak boleh membaca bismillah atau menyebut nama ALLAH di dalam tandas. Jadi bagaimana niat mandi wajib yang perlu kita niat di dalam hati. Adakah sah jika kita tidak menyebut Bismillah dan kerana ALLAH

Wassalam

*****************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Menyebut zikir di tempat-tempat yang tidak layak disebut zikir seperti di tandas-tandas dan bilik air, adalah makruh di sisi kebanyakan ulama. Tetapi jika disebut zikir di dalam hati, ia bukan satu kesalahan.

- Tidak disyaratkan ketika mandi wajib, menyebut Bismillah. Cukup dengan membaca doa ketika masuk dalam bilik air, dan mandi dengan berniat di dalam hati untuk mengangkat hadas. Tidak perlu melafazkan ungkapan niat dengan suara kerana ia tidak dilakuakan oleh para salaf.

Wallahu A'lam.

http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=45222&Option=FatwaId

Teknikal Mandi Wajib

Salam

1) Dalam pelbagai buku fiqh, saya dapati sunnah dalam mandi wajib adalah mengambil wudhu sebelum mula menjirus air ke kepala dan badan untuk diratakan. Dalam masa yang sama, ada dinyatakan jika tangan tersentuh kemaluan ketika proses meratakan air, maka wudhu dikira btal dan kita mesti mengulang wudhu setelah selesai mandi untuk mengharuskan bersolat. Soalan saya, apa rasionalnya wudhu pada awal mandi sedangkan sudah pasti kita akan menyentuh kemaluan untuk memastikan air rata? Dan mengapa perlu dikatakan “ulang wudhu JIKA menyentuh kemaluan” ?

2) Soalan kedua, dalam mandi wajib kita ada memasukkan jari ke rongga2 untuk tujuan meratakan air seperti lubang telinga. Pada bulan puasa, adakah perbuatan ini (meratakan air ke rongga) dikira mambatalkan puasa?

Mungkin soalan ini sedikit rumit dan remeh, tapi saya yakin ia masih penting.
Terima kasih

****************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Pertama: Membasuh bahagian kemaluan boleh dilakukan sebelum mengambil wudhu' sebagaimana sabit dalam Hadis Maimunah Binti Al-Harith yang tersebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Dalam hadis itu Rasulullah SAW memulakan mandi janabah dengan membasuh tangan, membasuh kemaluan, dan berwudhu'. Jadi, waktu meratakan air, tidak perlu menyentuh kemaluan.

Kedua: Jika tidak membasuh kemaluan sebelum wudhu', tidak semestinya semasa meratakan air ke seluruh badan, tapak tangan akan menyentuh kemaluan. Boleh meratakan tanpa meyentuhnya.

Ketiga: Batal wudhuk dengan menyentuh kemaluan juga ada khilaf di kalangan ulama. Ada yang mengatakan tidak batal, dan ada yang mengatakan tidak batal kecuali dengan syahwat. Jadi, ia buakn kesepakatan.

2) Lubang-lubang seperti telinga dan lubang hidung adalah anggota zahir. Tidak batal wudhu' dengan memasukkan air ke dalamnya ketika wudhu', kecuali jika air itu sampai ke bahagian rongga dalam. Maka, memasukkan jari ke kawasan telinga dan dalam lubang hidung tidak membatalkan puasa.

Wallahu A'lam.

Menghadirkan Niat

Salam
Ustaz-ustaz yg dihormati,

Persoalan dalam bab mandi hadas besar.

1. Saya ada membaca dari soalan dan jawapan di dalam ruangan mandi hadas besar bahawa niat mandi wajid sekadar diqasadkan dihati sahaja, saya ingin penerangan lanjut tentang perkara ini.

2. Sehubungan perkara di atas, adakah seseorang itu bangun dari tidur dan sedar kena mandi wajib....itu dah dikira sebagai qasad dihati dan digunakan sebagai niat untuk mandi wajib?

3. Mengqasadkan niat ini perlu dengan penuh lafaz, seperti "aku mandi wajib kerana Allah Ta'ala"

4. Boleh ke mengqasadkan niat mandi wajib ini sebelum masuk tandas, seperti semasa persiapan menukar baju untuk mandi?

5. Sekiranya soalan 4 dibenarkan, boleh ke selepas qasad niat tersebut, kemudian dia buang air besar dan kemudian gosok gigi ataupun buat kerja-kerja lain sebelum mandi hadas besar?

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz-ustaz

Wassalam

*****************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Benar, yang wajib ialah niat di hati. Iaitu niat ketika permulaan mandi, bahawa mandi tersebut ialah untuk menghilangkan hadas besar atau janabah. Dan tidak diwajibkan malah tidak dituntut untuk melafazkan niat dengan suara.

2) Maksud niat ialah: qasad di dalam hati untuk melakukan sesuatu beserta dengan perbuatan tersebut. Ertinya, niat mandi janabah mestilah ketika permulaan mandinya. Jika niat sebelum mandi, contohnya ketika masih di atas katil lagi, ia tidak dinamakan niat. Ia adalah azam.

3) Tidak perlu dengan lafaz di lidah. Kerana hadis-hadis tentang sifat mandi janabah Rasulullah SAW tidak menyebut bahawa baginda melafazkan niat.

4) Sebahagian ulama mengharuskan didahulukan niat sebelum perbuatan mandi mandi wajib. Dengan syarat, antara niat dan mandinya tidak mengambil masa yang lama. Contohnya, mula berniat ketika masuk ke bilik air. Tetapi jika diniatkan terlalu awal, ia tidak memadai. Mesti niat balik ketika mandi atau hampir mandi.

5) Seperti dinyatakan di atas, jika ia memakan masa yang lama, hendaklah diniatkan ketika mandi itu. Jika tidak mengambil masa yang lama, maka memadai dengan niat pertamanya.
Kata Ibn Qudamah: "Diharuskan mendahulukan niat sebelum bersuci dengan kadar masa yang singkat, seperti juga dalam masalah solat. Jika memakan masa panjang, maka tidak memadai".

Wallahu A'lam.

rujukan: Fatwa IslamWeb, Fatwa no: 59853
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?Option=FatwaId&lang=A&Id=59853

Pesakit Buasir

Semasa saya buang air akan ada sedikit bahagian dalam yang terkeluar akibat daripada penyakit buasir, bahagian yang terkeluar itu akan masuk semula dengan sendirinya selepas saya buang air.

1) apakah bahagian yang terkeluar sedikit semasa buang air disebabkan oleh penyakit buasir dikira sebagai anggota zahir semasa mandi wajib?

2) perlukah saya meneran bagi mengeluarkan bahagian yang keluar itu setiap kali mandi wajib?

Mohon pertolongan dan penjelasan tuan

******************
Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab :

Quote:
1) apakah bahagian yang terkeluar sedikit semasa buang air disebabkan oleh penyakit buasir dikira sebagai anggota zahir semasa mandi wajib?

Bahagian yang terkeluar semasa membuang air besar bagi pesakit buasir adalah bukan bahagian / anggota zahir yang wajib dilalui oleh air semasa mandi wajib.Ini kerana , asal anggota tersebut adalah dibahagian dalam tubuh badan manusia dan bukan asalnya adalah anggota zahir.

Quote:
2) perlukah saya meneran bagi mengeluarkan bahagian yang keluar itu setiap kali mandi wajib?

Tidak perlu diteran atau dikeluarkan bahagian tersebut semasa mandi wajib.Ini kerana selain ianya bukan anggota zahir , perbuatan tersebut adalah suatu perbuatan yang menyusahkan dan memberatkan serta membebani pesakit buasir.Ianya juga menyalahi firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 185:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”

WA

Air Baldi Yang Ditadah Paip

Assalamu'alaikum Ustaz.

Difahamkan air dari paip adalah air mutlak. Apakah hukumnya jika seseorang mandi dari baldi yang mana air paip terus masuk ke baldi. Tetapi dalam baldi, air dah bercampur sikit sebab bila mandi sedikit air akan masuk ke dalam baldi. Apakah hukum mandi wajib dari air di baldi ini?

Mohon penjelasan Ustaz

Diucapkan ribuan terima kasih atas jawapan Ustaz

**************
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Mandi wajib tersebut adalah sah berdasarkan sebuah hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Maimunah pernah menceritakan kepadaku bahawa beliau pernah mandi bersama-sama Nabi s.a.w menggunakan air dari satu bekas air

(HR Imam Muslim : 486)

Bayangkan , bila mana Rasulullah saw dan isterinya Saidatina Maimunah ra mandi bersama-sama dalam satu bekas.Sudah tentu air lebihan mandi tersebut akan masuk kembali kedalam bekas mandinya,sebagaimana sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas juga :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w mandi dengan menggunakan air lebihan dari bekas yang digunakan oleh Maimunah

(HR Imam Bukhari : 253 dan Imam Muslim :322)

Kata As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-bassam dalam mensyarahkan hadis ini :

“Hadis ini menjadi dalil bahawa dibolehkan mandi dengan menggunakan lebihan air mandian.

Dan berkata Ibn Abdil Bar dalam ‘Al-Istizkar’ :

“Asal air itu adalah suci dan menyucikan.Kerana Allah swt menjadikannya dalam keadaan suci.Sehinggalah sekiranya terdapat tanda-tanda air tersebut telah tidak suci disebabkan dimasuki oleh sesuatu najis”

WA

Ruj :

Taudhih al-Ahkam min Bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman al-Bassam , Jilid 1 ,bab air.

Minyak Pada Kulit

1) Adakah melumurkan minyak zaitun ke kepala sebelum tidur adalah sunnah nabi?

2) Apa apndangan tuan2 tentang minyak pada kulit yang menghalang air pd waktu wudhu? adakah mana rukhsah yang dibenarkan kerana agak membebankan jika selepas makan ari atau goreng pisang tentunya tangan berminyak dan secara logiknya air xkan sampai ke kulit.

3) andaikan saya memakai minyak zaitun pd malamnya, dan pada pagi esoknya seblelum subuh saya mengambil air wudhu tanpa membasuh kepala dan tangan dengan sabun, adakah sah wudhu? Saya yakin yang minyak zaitun tidak telap air. Saya rs zaman nabi tiada sabun untuk membasuh, jadi sy harap panel dpt jawab dr perspektif sunnah.

Apapun saya yakin fiqh memudahkan umat ini, bukan menyusahkan.

Sekian.

**************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Setakat rujukan kami dalam bab sunnah Nabi SAW dalam menguruskan rambut, tidak tercatat bahawa baginda amalan baginda melumur minyak zaitun sebelum tidur.

Tetapi terdapat hadis menyebut, "Sesiapa yang mempunyai rambut, hendaklah memuliakannya". (direkod Abu Daud no: 4165, dan dinilai sahih oleh Albani dalam Silsilah Sahihah no: 500).

Antara maksud memuliakannya ialah sebagaimana difahami oleh Abu Qatadah r.a. iaitu meminyakkan rambut. (Muwatta Malik no: 3493).

Dalam pada itu, terdapat tuntutan supaya merapikan rambut secara jarang-jarang sekali, tidak selalu.

Dalam hadis Abdullah Bin Mughaffal r.a. bahawa Nabi SAW melarang merapikan rambut kecuali sekali sekala. (Direkod oleh Abu Daud no: 4161, Tirmizi no: 1756, dan Nasaie no: 5055. Dinilai sahih oleh Tirmizi).

2) Yang menghalang air mengenai anggota wudhu ialah jika ada jirim yang menghalangnya. Jadi, jika jirim minyak masih ada pada anggota, mestilah dihilangkan dahulu. Tetapi jika yang ada hanya kesan minyak, ia tidak mengapa. Tetapi hendaklah dipastikan dengan cara menggosok-gosok anggota ketika membasuhnya.
(Fatawa Taharah, Syeikh Uthaimin, hlmn: 147)

3) Yang diwajibkan ketika menyapu kepala ialah sapuan, bukannya basuhan. Dan hukum sapuan atas kepala antara hukum yang dipermudahkan syarak. Kerana itu, sabit bahawa Nabi SAW pernah menyapu di atas serban baginda, dan dimaklumi serban menghalang air mengenai kepala.
(Fatwa Islam QA no: 113647)

Wallahu A'lam.

Basuhan Lebih Dari Tiga Kali

Assalamualaikum

Saya ada kekeliruan apabila dinyatakan oleh seorang ustaz dalam satu kuliah bahawa apabila kita mengambil wuduk lebih dari 3 kali dengan menggunakan air yang mana bil air tersebut di bayar oleh pihak tertentu maka hukumnya HARAM?

Kuliah tersebut berkenaan air mustakmal, namun apabila timbul berkenaan berwuduk, kisah mengenai Rasulullah s.a.w melarang sahabatnya membazir ketika berwuduk telah diperjelaskan sebagai MAKRUH namun terkecuali perkara di atas dengan memberi contoh mengambil wuduk di surau/masjid, rumah oarang dan beberapa tempat dimana air yang digunakan dibayar bilnya oleh pihak tertentu.

Apa pandangan uztaz2 di AAN.

Jazakallah kepada semua panel AAN.

****************
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد


Dalam hal ini , sebenarnya memang terdapat larangan dari Rasulullah saw kepada umat Islam agar tidak membasuh anggota wudhuk melebihi daripada 3 kali, sebagaimana hadis Baginda saw daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash :

هكذا الوضوء ، فمن زاد على هذا فقد أساء وتعدى وظلم

“Beginilah (caranya) wudhuk , maka barang siapa yang menambah daripada ini , sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang keji (tidak baik) dan melampau serta berbuat zalim.”

(Hadis Hasan riwayat : Abu Daud : 135 , An-Nasaie : 1/88 , dan disahihkan oleh Albani dalam Sahih Ibnu Majah : 422)

Imam Ahmad menyebutkan : “Antara kefaqihan seorang lelaki ialah sedikitnya penggunaan air”. (Mukhalafat fi al-thaharah wa al-Solat : 1/34)


Malah dalam satu riwayat oleh Imam Ahmad ada menyebutkan :

إنه سيـــــكــون في هــذه الأمة قــوم يعــتدون في الطـــهور والــدعاء

“Sesungguhnya akan ada pada umat ini suatu kaum yang melampaui dalam bersuci dan berdoa”

(HR Imam Ahmad : 16199 , Abu Daud : 96.Dinilai Sahih oleh Albani dalam Sahih Abu Daud : 1/21)

Maka , secara umumnya , melakukan pembaziran ketika mengambil wudhuk atau aktiviti-aktiviti lain walau dimana sahaja pun adalah dilarang dalam Islam.Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan harta awam yang sepatutnya dijaga dan di gunakan secara berhemah.Ini kerana , penggunaan yang melampaui batas adalah suatu bentuk kezaliman dan penganiayaan terhadap pihak yang bertanggungjawab kepada harta awam tersebut.


WA

Wuduk Bagi Balutan Luka

Salam

Boleh tak mintak tolong panel feqh jelaskan dengan ringkas beserta dalil sedikit berkaitan pelaksanaan " cara mengambil wudhu` @ tayamum mengikut mazhab empat ketika:

1. Anggota yang berbalut
2.Anggota yang cedera tapi tidak berbalut

Dan mintak tolong tarjihkan pendapat empat mazhab..

jazakallah,

******************
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

In sya Allah akan kami cuba menjawab sekadar yang mampu.

Ulama sepakat menyatakan bahawa menyapu di atas balutan kerana patah atau luka ketika berwudhuk atau mandi junub , hukumnya adalah harus.

Dalilnya :

Saidina Ali bin Abi talib r.a berkata :

انكسرت إحدى زندى فسألت النبي (ص) فأمرني أن أمسح الجبائر

“Salah satu pergelangan tanganku telah patah , lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw (cara bersuci). Baginda saw memerintahkan ku supaya menyapu di atas balutannya”

(HR Ibn Majah , Dar al-Quthni , dan al-Baihaqi)

Berikut adalah ringkasan hukum menyapu air di atas balutan ketika berwudhuk / mandi junub :

1. Mazhab Hanafi : Hukum menyapu di atas balutan adalah wajib dan bukannya fardhu.Hukum wajib ini akan gugur sekiranya sapuan di atas balutan itu memudharatkan.

2. Jumhur Ulama (Maliki , Syafie , Hanbali) : Hukum menyapu di atas balutan luka dan sebagainya adalah wajib.Ini kerana seseorang itu wajib menggunakan air ketika berwudhuk atau mandi junub semampu / semaksimum yang mungkin.Sekiranya ia tidak dapat berbuat demikian melainkan terpaksa menyapu dengan air balutan lukanya , maka ia wajib berbuat demikian.

Terdapat syarat-syarat yang mesti diikuti ketika menyapu air di atas balutan luka :

1. Balutan yang tidak boleh dibuka, yang mana sekiranya dibuka akan mengakibatkan kemudharatan atau menyebabkan lambat sembuh.

2. Air tidak boleh di sapu pada tempat luka, kerana akan memudharat / menyakitkan.Sekiranya tempat luka tersebut boleh disapu dengan air , maka pada ketika itu tidak boleh ia menyapu balutan luka , malah hendaklah ia menanggalkan balutan tersebut.Begitu juga dengan anggota yang cedera tetapi tidak berbalut yang mana sekiranya boleh disapu dengan air maka lakukanlah , tetapi jika disapu akan menyebabkan kesakitan maka tidak perlu disapu dan wajib ketika itu dibalut pada tempat tersebut supaya ianya boleh disapu.

3. Balutan itu mestilah tidak melebihi had yang diperlukan.Iaitu tidak melebihi tempat atau bahagian yang sakit.

4. Hendaklah pembalut itu diletakkan pada bahagian luka seseorang yang suci daripada hadas besar dan kecil , iaitu setelah mandi junub atau berwudhuk.Sekiranya ia diletakkan / dibalut pada bahagian anggota pesakit yang dalam keadaan berhadas , maka ia boleh menyapu balutan tersebut tetapi ia wajib mengulangi solat berdasarkan kepada pendapat Mazhab Syafie dan Hanbali.Adapun disisi mazhab hanafi dan Maliki mereka tidak mensyaratkan balutan itu diletakka dalam keadaan suci dari hadas.Sekiranya ia diletakkan dalam keadaan berhadas sekalipun , seseorang itu boleh menyapu balutan tersebut ketika berwudhuk atau mandi junub dan tidak perlu mengulangi solatnya.

Pendapat inilah yang paling logik dan diterima kebbanyakkan ulama , kerana kebiasaannya kejadian luka dan sebagainya terjadi dalam keadaan mengejut atau tanpa disangka-sangka.Maka mensyaratkan suci daripada hadas adalah suatu kesulitan yang bertentang dengan kehendak syarak itu sendiri. (Pendapat yang rajih)

5. Balutan itu mestilah daripada bahan-bahan yang halal dan tidak diharamkan seperti sutera bagi lelaki dan sebagainya.Ini adalah syarat tambahan bagi mazhab Hanbali.

Jumhur ulama dari mazhab Maliki , Syafie dan Hanbali menetapkan seluruh balutan yang termasuk dalam anggota wudhuk dan anggota mandi hendaklah disapu dan tempoh yang dibenarkan untuk menyapu balutan tersebut ialah sehingga luka tersebut sembuh.

Sapuan pada balutan anggota mandi boleh dibuat pada bila-bila masa ketika mandi.Tetapi sapuan pada anggota wudhuk hendaklah dibuat mengikut tertib.Sebagai contoh , sekiranya balutan tersebut pada tangan maka sapuan hendaklah dibuat selepas membasuh muka.

WA

Ruj :

Al-badaie’ , Kasani 1/13
Mughni al-Muhtaj 1/94
Rad al-Mukhtar , Ibn Abidin 1/257

Lap Air Wuduk

Salam

Saya pernah terdengar pandangan yang mengatakan tidak elok jika dilap air wudhuk yakni air yang membasahi badan kita selepas wudhuk. Jika dilap maka muke kita tidak akan berseri-seri di kala hari kebangkitan kelak. Adakah benar pandangan seperti ini atau adakah hadis yang menyatakan dengan sahih mengenai perkara ini?

Mohon penjelasan. Terima kasih.

*****************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Ins Sya-Allah.

Terdapat didalam hadith Imam Muslim rh (riwayat dari Nuaim bin Abdullah al-Mujimir) bahawa pada hari Kiamat nanti umat Muhammad akan datang dengan wajah, tangan dan kaki terang benderang kerana bekas wudhu'. (Terdapat beberapa perbincangan mengenai hadith ini).

Namum demikian tidak ada nas yang mengatakan bahawa tidak dibenarkan seseorang itu mengeringkan anggota-anggota wudhu' dengan tuala dsb. Menurut Ibn Qudamah rh bukanlah menjadi kesalahan mengeringkan anggota wudhu' dengan tuala setelah dibasahkan semasa mandi dan berwudhu'. Ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad, begitu juga Uthman ra., al-Hassan ibn Ali ra., Anas ra. dan ramai dikalangan ulama' yang menggunakan tuala setelah berwudhu' (al-Mughni, 1/195).

Ada dikalangan ulama' yang mengatakan bahawa hukum mengelap / mengeringkan anggota dengan tuala adalah makruh berdasarkan hadith Muslim dari Maimunah ra. dimana Nabi saw pernah diberikan tuala kepadanya dan baginda menolaknya.

Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa Nabi saw mempunyai sebab-sebab tertentu menolak tuala tersebut; kemungkinan ia berkenaan dengan tuala tersebut, atau disebabkan tuala tersebut tidak bersih dsb. Hakikatnya perbuatan Maimunah membawa tuala tersebut menunjukkan adalah menjadi kebiasaan Nabi saw mengeringkan dirinya dengan tuala (Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin, 11/93).

Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. juga menyatakan alasan yang sama, termasuklah beliau mengatakan bahawa kemungkinan peristiwa ini berlaku dimusim panas, dimana semua orang maklum bahawa Hijaz merupakan satu tempat yang amat panas. Dan kemungkinan besar Nabi saw inginkan tubuhnya basah dan beberapa kemungkinan yang lain (Fiqh al-Thaharah, ms 164).

Kata al-Qaradhawi lagi, oleh itu Ibnu al-Munzir meriwayatkan bahawa sebilangan sahabat, tabien, dan jumhur Imam-Imam dan Fuqaha' membenarkannya. Imam al-Nawawi ada mengatakan di al-Majmu', Yang benar dalam Mazhab kami adalah mustahab ditinggalkan, akan tetapi bukanlah dikatakan Makruh (Fiqh al-Thaharah, ms 165).

Kesimpulannya tidak ada nas yang menghalang perbuatan mengeringkan wudhu' dengan tuala, malahan terdapat dikalangan ulama' yang melakukannya. Jika anda berada dinegara yang mempunyai musim sejuk, maka akan kelihatan kepada anda tissue-tissue disediakan di tempat mengambil wudhu' untuk mengeringkan anggota wudhu' semoga dapat mengurangkan kesejukkan. WA.

Sekian, wassalam

Baca Basmallah

Salam

Dulu saya sering diajar di sekolah untuk memulakan setiap amal baik dengan Basmalah untuk mendapat keberkatan. Ironisnya, saya fikir tak semua amal soleh/'ibadat bermula dengan Basmalah. Contohnya, pernah diperbincangkan di AAN ni tentang kemakruhan membacanya ketika berwudhu', maknanya lebih baik tidak dibaca. Satu lagi, kita berniat solat (lintasan hati) dan terus angkat takbir, dsb. Jika begitu:-

i) apakah kethabitan ajaran ustaz/ah tersebut? adakah termasuk bid'ah?
ii) perlukah kita membaca basmalah setiap kali membaca doa-doa ringkas spt. naik kenderaan, masuk tandas, keluar rumah, masuk tidur, dsb??

shukran jazilan

***************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

i) Tidak benar pendapat yang mengatakan Bismillah sebelum wudhuk adalah bidaah. Begitu juga, tidak benar mengatakan membaca Bismillah sebelum wudhuk adalah makruh. Menurut majoriti ulama ia adalah sunat. Malah, ada yang mewajibkan. Dinukilkan pendapat wajib daripada Imam Ahmad. (Al-Inshaf 1/128).

Walaubagaimanapun, hadis yang menjadi sandaran wajib iaitu "Tidak ada wudhuk bagi sesiapa yang tidak membaca Bismillah" dipertikaikan pada kesahihannya.

ii) Doa-doa yang diajarkan oleh baginda sudah disebutkan nama Allah. Contohnya: doa sebelum tidur "Bismikallahumma ahya wa amut" dan lain-lain. Maka tidak perlu dimulakan dengan Bismillah lagi. Cukup dengan doa itu sahaja.

Wallahu A'lam

Kotoran Celah Kuku Batal Solat

Salam
Org tua dulu ada mengatakan bahawa jika ada kotoran pd celah kuku..yakni biasanya sisa makanan yg kita makan boleh menyebabkan solat tidak sah..?Benarkah perkara ini..?Adakah juga tidak sah solat walaupun terdapat sedikit kotoran pd celah kuku..?

Minta penjelasan panel feqh yg arif mengikut dalil al-Quran dan hadis sahih..insyaAllah..

Syukran..

*******************
Salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Sisa makanan yang terdapat di celah-celah kuku tidak termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan solat.

Kami tidak menjumpai mana-mana pendapat yang mengatakan bahawa sisa makanan yang terdapat di celah kuku adalah penyebab kepada batalnya solat.

Mungkin apa yang dimaksudkan ialah sisa makanan yang terdapat dicelah-celah gigi dan semasa solat kita merasa makanan tersebut atau menelannya.Maka jika demikian , solat tersebut batal kerana , makan dan minum dalam solat adalah perkara yang membatalkan solat.

Atau mungkin juga jika kuku yang terlalu panjang menyebabkan sisa makanan yang terlekat dikawasan tersebut akan menghalang air wudhuk dari sampai kepada anggota wudhuk.Maka solatnya tidak sah disebabkan wudhuk yang tidak sempurna.

WA

Adakah Menangis Membatalkan Wuduk

Salam

Sy dpt tau air mata org yg mencium jenazah tidak boleh mengenai jenazah kerana boleh membatalkan wudhu' jenazah.

Adakah dengan menangis juga boleh membatalkan wudhu' si yang menangis? Harap boleh kemukakan dalil al-Quran atau hadis sahih, InsyaAllah..

*****************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Tidak didapati dalam perbahasan fuqaha, bahawa menangis membatalkan wudhuk. Yang ada ialah perbahasan mengenai hukum ketawa dalam solat membatalkan solat dan membatalkan wudhuk menurut sesetengah ulama.

Adapun menangis, tidak ada pendapat yang mengatakan membatalkan wudhuk.

Kata Imam Nawawi, "Perkara-perkara yang membatalkan wudhuk hanya tertentu kepada beberapa perkara. Maka sesiapa yang mendakwa selain daripada itu, hendaklah membuktikannya". (Majmuk 2/61).

Wallahu A'lam

Datang Haid Selepas Jumak

Assalammualaikum uztaz..

bagaimana cara untuk kite mandi wajib sekiranya kite sudah melakukan sex dan selepas itu kite didatangi haid??
2.adakah kite perlu mandi wajib cukup sekali dengan 2 niat atau mandi wajib untuk junub dalam keadaan hiad dan kemudian tunggu selepas habiz haid baru la mndi wajib untuk haid??

****************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Wanita yang berjunub disebabkan jimak, kemudian datang haidh sebelum mandi janabah, adakah wajib mandi junub dahulu ataupun boleh menangguhkan mandi hingga habis haidh?

Terdapat dua pendapat dinukilkan daripada salaf:

1) Wajib mandi junub terlebih dahulu, kemudian selepas habis haidh hendaklah mandi kali kedua. Dinukilkan daripada: Atho', Hasan, Nakhaie, Hakam, Hammad, dan lain-lain.

2) Tidak wajib mandi janabah dahulu, sehingga habis haidh barulah mandi wajib untuk janabah dan haidh serentak. Dinukilkan daripada: Qatadah.

Pendapat yang lebih kuat di sisi sesetengah ulama muhaqqiqin ialah pendapat kedua (wajib mandi sekali sahaja iaitu selepas habis haidh). Kerana mandi wajib ketika haidh tidak memberi apa-apa faedah.

Wallahu A'lam.

Rujukan:

- Majmuk Imam Nawawi 2/150
- Mughni Imam Ibn Qudamah 1/210
- Jami' Ahkam An-Nisaa 1/123

Darah Nifas

Assalamualaikum,

Diharap tuan panel dapat membantu dalam permasalahan saya selepas bersalin.

1. Mandi wiladah hanyalah untuk perempuan yang bersalin tanpa keluar darah dan perempuan yang bersalin dgn kaedah pembedahan (caesarean) ?

2. Mandi nifas adalah untuk perempuan yang bersalin, dan ada darah nifas? Dan mereka tidak perlu untuk mandi wildah?

3. Tempoh maksimum keluar darah nifas adalah 40 hari (spt kata Ummu Salamah r.a) atau 60 hari (seperti kata fatwa mufti brunei) ?

4. Saya telah bersalin dalam lebih kurang 40 hari sebelum Ramadhan, jadi apabila masuk ke 41 hari, saya telah mandi nifas dan berpuasa Ramadhan, walaupun masih ada darah yang keluar. Adakah puasa saya sah, ataupun saya perlu menggantikan puasa saya sehinggalah habis darah keluar?

5. Bagaimana dengan hubungan sulit suami isteri (jimak)? Adakah dibolehkan selepas hari ke 40, ataupun digalakkan tunggu hingga habis keluar darah?

Terima kasih,

***************
Salam

Oleh krn byk sgt soalan, kita jawab satu-persatu. Harap kesuma bersabar dgn jawapan secara peringkat2.

Quote:
1. Mandi wiladah hanyalah untuk perempuan yang bersalin tanpa keluar darah dan perempuan yang bersalin dgn kaedah pembedahan (caesarean) ?

2. Mandi nifas adalah untuk perempuan yang bersalin, dan ada darah nifas? Dan mereka tidak perlu untuk mandi wildah?

Setelah saya meneliti beberapa buah kitab, saya membuat kesimpulan bhw tidak ada nas ataupun ijma’ mengenai mandi bagi kelahiran yg kering. Apa yg jelas, ulama’ ijma’ mengatakan mandi itu wajib jika adanya darah nifas. Ijma’ ini dinukilkan oleh Ibn Munzir, at-Tabari dan selainnya. Adapun mengenai kelahiran yg kering, ulama’ berbeza pendpt mengenainya.

Dalam mazhab Syafi’I terdapat dua qaul. Pendpt yg asah ialah wajibnya mandi. Ini juga pendpt Hanafiah. Kewajiban ini disebabkan bersalin membayangkan adanya nifas yg mewajibkan mandi. Oleh itu bersalin mengambil tempat nifas dari segi mewajibkan mandi spt bertemunya dua kemaluan. Ini juga kerana anak itu adalah air mani yg terproses.( al-Majmu’ 2/170, al-Muhgni 1/154, Mughni al-Muhtaj 1/69)

Pendpt yg sahih dari kalangan Hanbali spt yg dinukilkan oleh Ibn Qudamah dalam al-Mughni adalah tidak wajib mandi krn sesuatu kewajiban itu adalah berdasarkan perintah syara’, sedangkan di sini tidak ada dalil mengenainya. Ia bukannya darah dan ia bukan juga mani. Namun, Imam al-Kharaqi al-Hanbali mengatakan wajib mandi meskipun kering.(al-Muhgni 1/210)

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufashal fi-Ahkamil Mar’ah wal-Bait al-Muslim mengatakan tidak ada nas maupun ijma’ yg menunjuk ke arah wajibnya mandi jika kelahiran yg kering.

Rujukan Lain

Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu
Dr Wahbah al-Zuhaily

Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadah
Sheikh Muhammad Nuruddin al-Makki

Fiqh an-Nisa’
Ibn Taimiyyah

Koleksi Hadis2 Hukum
Prof Hasbi as-Siddiqi

Fiqhus sunnah
Sheikh Sayyid Sabiq

Al-Fiqh al-manhaji
Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji

I’lamul Muwaqqiin
Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Fatawa Islamiyyah

Fathul Bari
Ibn Hajar al-Asqallani

******************
Quote:
3. Tempoh maksimum keluar darah nifas adalah 40 hari (spt kata Ummu Salamah r.a) atau 60 hari (seperti kata fatwa mufti brunei) ?

4. Saya telah bersalin dalam lebih kurang 40 hari sebelum Ramadhan, jadi apabila masuk ke 41 hari, saya telah mandi nifas dan berpuasa Ramadhan, walaupun masih ada darah yang keluar. Adakah puasa saya sah, ataupun saya perlu menggantikan puasa saya sehinggalah habis darah keluar?

Waktu maksima darah nifas menjadi perbahasan ulama' sekian lama. Mereka berbeza pendpt sehinggakan ada yg mengatakan batas maksima nifas itu 60 hari yg juga merupakan pendpt yg asah dalam mazhab syafi'iyyah. Oleh krn perbincangannya terlalu panjang, cukuplah saya lampirkan pendapat yg rajih pada penilaian Dr Abd. Karim Zaidan. Kita lampirkan dahulu hadis2 yg berkaitan:

1. Dari Ummu Salamah ra ia berkata, "dahulu pada zaman rasulullah saw para wanita yg sedang nifas duduk selama 40 hari. dan dahulu kami membubuhi wajah kami dgn al-wars(daun pewarna) dari aal-Kalaf."[HR Tirmidzi]

2. Dari Anas ra, ia berkata, "Rasulullah saw menentukan waktu nifas bagi para wanita adalah 40 hari, kecuali dia telah melihat kesucian sblm masa tersebut."[HR Ibn Majah]

3. Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, "Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat kesucian, maka hendaklah dia mandi."[HR Ibn Adi]

Berdasarkan hadis2 di atas, Dr Abd karim Zaidan memilih pendpt nifas itu 40 hari maksima. Selepas itu, dikire istihadah dan wajib mengerjakan solat, puasa dan lain2. Pendapat ini juga dipilih oleh Imam tirmidzi.

Rujukan

Al-Mufashal fi-Ahkamil Mar'ah wal-Bait al-Muslim
Dr Abd Karim Zaidan

Hukum Dan Persoalan Darah2, Haid, Nifas dan Istihadah
Muhammad Nuruddin al-Makki

Quote:
5. Bagaimana dengan hubungan sulit suami isteri (jimak)? Adakah dibolehkan selepas hari ke 40, ataupun digalakkan tunggu hingga habis keluar darah?

lihat: http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26538&highlight=nifas

Wassalam

Niat-niat Mandi

saya nak tahu niat-niat mandi dalam Islam dengan sebutan yang betul supaya tidak lari maksudnya.

*****************

Jawab:

[U]= Soal-Jawab Ulangan (sudah terjawab sebelum ini dibawah carian Talafuz Niyyat (hukum melafazkan Niat)

Rumusan:
Melafazkan niat baik ketika berwudhu', mandi, Solat, Puasa atau Zakat dan haji adalah dipopularkan oleh kitab2 Madzhab Syafi'iyah khususnya kitab2 yg mutaakhirin (period kemudian).

antarannya : I'anat Tolibin:1/130 (Disunatkan mengucapkan niat supaya lisan dapat membantu hati)

Sunat ini dikeluarkan dari dua dalil:

a. perbuatan lisan membantu hati dalam urusan niat itu diistimbathkan dari ayat: alMaidah ayat 2 ( tolong menolonglah (bantu-membantui) dalam urusan kebajikan dan taqwa)

b. Di Qiaskan dari niat melaksanakan Ibadah haji pada lafaz LabbaikaLlah.
Imam Ibn Qayyim alJawzea, seorang Imam, alhafeedz, ahli Hadis dan Syaikhul Islam dalam Zaad alMa'ad menumpaskan dua dalil ini dgn mudah sekali.

a. Perihal dakwaan lafaz lisan membantu hati dalam berniat bercanggah dgn hadis Umar alKhattab bab Niat (sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya) kalimah "binniyyat" dalam hadis itu yakni Ba' dalam bil niyyat itu memberi isyarat "li as sababiyah" maksudnya amal itu tergantung pada niat BUKAN "lil almusyahabah" maksudnya amal itu diterima kerana disertai dgn niat atau lafadznya.

b. Jika lisan membantu hati ketika berlafaz niat, apa pula yg akan membantu lisan? Ini berlawanan dgn hadis dalam Matan Arba'en bahawa yg menentukan kesejahteraan seluruh badan itu ialah hati termasuk yg membantu lisan ialah sebenarnya hati bukan lisan yg membantu hati.

c. Tidak boleh diQiaskan lafaz Labbaika Haji dgn lafaz Niat utk mandi, wudhu' dan Solat. Ini kerana ibadah spt Mandi, Wudhu' dan Solat diwajibkan di Mekah sedangkan Haji di Medina. Juga tiada pernah Nabi saw berlafaz niat semasa mandi, wudhu' dan solat. (Zaad alMa'ad :1/51)

alImam al Ustaz alSyaikh Muhammad Rasyid Ridha (Tafsir alManar:6/246) menjelaskan dgn lancang kekeliruan mereka yg merekacipta lafaz2 niat ini terutama dari fuqaha' Syafi'iyah yg mendalami falsafah Niyat ini sebenarnya suatu yg anih, jahil akan hakikat niat, mereka telah melakukan bid'ah kalimah2 ALlah dan Rasul-Nya yg tidak dikenali, tidak dikenali di kalangan Salaf, suatu yg berlebih2an dan boleh mengganggu kelancaran ibadah."

Maka hendaklah kembali pada status asal dalam mnasalah niat, tiada lafaz dan Nawaitu dan Usyalli, begitu juga kalimah-kalimah 3 raka'at, 4 raka'at, tunai, qadha, Imam dan makmum....memadai dgn lintasan hati sahaja. WA

Potong Kuku Dalam Hadas Dan Oral Seks

Assalammualaikum.....

Saya nie baru je berumur se tahun jagung... lebih2 lagi dalam bab agama nie ilmu pengetahuan saya masih cetek...saya ingin mencari kepastian... berkenaan dalam perkara ini:

1) macam mana kalau seseorang itu memotong kuku, janggut, atau sebahagian yg ade di tubuh badan nye... semasa dia sedang dalam keadaan belum mandi wajib, perlukah kuku, janggut, atau sebagainye yang sudah dipotong dibasuh sekali, semasa tuan nye mandi wajib...?

2) sekiranye boleh atau tak boleh?, diharap ianya dapat dihurai kan dengan teliti, dari segi hukum dan sebagainye..?

3) apakah hukumnye isteri mengulum kemaluan suaminye?

*****************
Wassalam

Jawab:

Ahlan, alAhkam memberi ruang kepada semua tak kira yang baru atau lama.

1. Larangan memotong kuku dan bulu sebelum mandi itu berasal dari alImam alGhazali rh. alMarhum Gurubesar alAzhar, Syaikh alImam Sayyid Sabiq merumuskan pendapat ini tidak ada sandaran pada dalil alQur'an atau asSunnah atau athar sahabah (Fiqh Sunnah)

2. Tidak perlu mencurahkan usaha mentarjeeh pendapat ini (alGhazali) kerana laranganya tidak ada baik dari alQur:an atau asSunnah.

3. Oral seks sebenarnya meliputi apa jua rangsangan seks dgn menggunakan mulut ke atas pasangan masing-masing. Ini adalah digalakkan dan Islam mengiktiraf seks oral sebagai cumbuan sebelum jima'. Akhirnya seks oral hanya terbatas pada perbuatan wanita mengulum kemaluan lelaki yg diistilah oleh industry porno, internet dan filem biru sebagai Blow job. Dengan tersibarnya industri lucah VCD, maka seks luar batasan ini semakin tersibar dan semakin ramai manusia ingin mencubanya. Kalau kita meneliti dalam kitab2 fiqih tidak kita ketemui larangan terhadap aktiviti seks yg dimaksudkan itu. Setelah saya meneliti pendapat2 fuqaha' yg masih hidup hari ini, rata-rata mereka berpendapat MAKRUH melakukannya (Islam Online) Alasan utama: Mencontohi susila Nabi saw melalui Aisyah ra, bahawa Aisyah menjelaskan beliau (Aisyah) tidak pernah melihat kemaluan Nabi saw), Nabi juga menyarankan adegan seks tidak bogel 100%, tetapi hendaklah dibawah selimut. (Albani, Adabul Zifaf), WA

Berjimak Tanpa Keluar Mani

saya ingin kepastian, jika kita menjima' isteri tapi berhenti sebelum mengeluarkan air mani.. apakah kita kena mandi junub?
dan bagi isteri, apakah setiap kali suami memasukkan zakar, dia wajib mandi junub..? Atau hanya bila isteri itu klimaks sahaja..? terima kasih.

**************

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah kita cuba menjawab soalan Nevland ini dengan kemampuan yang ada.

Apabila 2 kemaluan bertemu, iaitu melalui persetubuhan, walaupun tidak keluar (ejekulasi) mani, dikenakan (WAJIB) mandi, kerana sabda Nabi saw : "Apabila dua kemaluan bertemu, dan hujung kepala zakar tidak kelihatan, wajib mandi, samada keluar (mani) atau tidak" {{إذا التقى الختانان وغابت الحشفة ، فقد وجب الغسل ، أنزل أو لم ينزل }} - Riwayat Abu Daud, didalam Sahih Sunan Abi Daud, 209)

Didalam kes diatas, wajib mandi bagi suami dan isteri, walaupun belum klimaks atau pun sebelum berlaku sebarang ejekulasi (keluar mani).

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1. Dr. Mustafa Bugho [etc]. Fiqh Al-Manhaji - I. cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000. ms 73-74.

Batal Atau Tidak Wuduk Menyentuh Wanita

1. Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil2 atau yang seangkatan dengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri tidak batal air sembahyang?

2. Rasulullah pernah mencium 'Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki 'Aishah tetapi beliau terus beribadat. Apa komen Ustaz?

3. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit [selain telapak tangan] dan apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?

4. Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mzhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. 

Adakah ini sah ???

so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ?? Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii ? Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?

Saya harap soalan saya ini tidak menganggu ketenteraman saudara. Saya dahului bantuan saudara dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Wassalam

**************

Jawab:
assalamualaikum,

JAWAB 1. Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaunajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Syafi'i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat).Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhukjika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapatkelazatan ketika bersentuhan.

Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Mengapa mereka berselelisih pendapat?

Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala:
"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.

(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)

JAWAB 2. Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi'i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha'if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:

1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).

Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi'i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja
diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam
keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk

JAWAB 3. Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.

Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi’I menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.

Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj):

Soal: apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?

Jawab: Menurut Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.

Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.

JAWAB 4. Perkara ini menyangkut masalah taklid dan talfiq. Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.

Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya.

Seperti seseorang itu mengkut pendapat Imam Syafi’I tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.

Apa hukum bertaklid?
Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:

1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang qath’I dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-ma’lum minad din bid-dharurah’. Contohnya ialah hukum tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.

Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.

2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti masalah yang kita telah bincangkan di atas mengenai hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk diketahui – Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang seumpama ini.

Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam Syafi’I, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.

Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.

Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).

Bertaklid kepada mazhab-mazhab
Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab Syafi’I, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia ini rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafi’i.

Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?
Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya Syafi’I dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab Syafi’I, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.

Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.

Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab Syafi’I dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.

Taklid yang diharamkan ialah:
1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.

Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat Syafi’I dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.

Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.

Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.

Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua maslah yang berbeza – Wuduk dan sembahyang.

Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.

Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.

Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafi’i. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.

Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat Syafi’I telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.

2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.

Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.

Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

Ittiba’
Ialah menerima pendapat oranglain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.

Ittiba’ adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.

Feqhul Muqaran
Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi salah satu dari subjek di kuliah syariah al-Azhar.

Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan mengambil semua pendapat ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya. Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat rumusan, pendapat manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya (tarjih). Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.

Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat sebelum ini, di mana para ulamak mengumpul semua pendapat dari semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia dibincangkan. Akhir sekali ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab Hanafi, maka tarjih itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah seterusnya.

Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan semakin diterima oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, lujnah fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.

Banyak kebaikkan dari feqh ini ialah:

1. Dapat mengetahui dalil dan hujah dari semua pihak.
2. Menghindarkan fahaman taksub mazhab – Dapat bertolak ansur dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
3. Dapat beramal dengan hati yang lebih tenang kerana hujahnya kukuh.

Bagaimana kita di Malaysia?
Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan mazhab Syafi’i. Namun sudah tidak dalam semua cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafi’i. Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam – Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan amat sulit sekali.

Di Malaysia, menurut pendapat saya, yang terbaik ialah feqhul muqaran. Tetapi ia hendaklah dijalankan secara beransur-ansur tanpa kekerasan dan paksaan.

Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat Syafi’I, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulamak tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya akan menerima.

Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab Syafi’I – jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima, mereka akan cela dan bid’ahkan. Saya percaya, ini akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi.

--------------------
Soal: Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???

Jawab: Boleh. Lihat penjelasan di atas tadi.
Cuma, seperti yang saya katakan, bahawa kita masih dalam persekitaran `kuat Syafi’I’. Oleh itu hati-hati ketika beramal dengan mazhab lain terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda menyentuh suami, lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah membatalkan wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan sebagai sesat.

Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka bisa menerimanya? Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat.

Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi hati-hati. Maksud hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang lebih besar lagi, iaitu fitnah perpecahan. Sebab orang-orang sebelum kita telah melalui zaman berkenaan.

Kadangkala kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan tidak batal wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal dengan pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka yang melihat sudah tentu tersentak dan pelik. Mereka akan berkata begitu dan begini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka secara kasar serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan menerima pendapat kita?

Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata: “Memang, orang yang berada di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan dimusuhi.” Padahal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing mereka agar mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat mereka agar memusuhi kita.

Sebagai contoh lain, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu tidak najis. Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini Maliki. Bila kita buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya “tidak najis ke?”, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan membelasah orang yang bertanya itu dengan hujah berapi-api dari al-Quran dan sunnah….

Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan yang mereka berfikiran terbuka dalam masalah mazhab.

Dan alhamdulillah, semakin ramai yang terbuka, terutamanya dengan adanya usaha-usaha dari pelbagai pihak termasuk dari aL-AHKAM sendiri.

--------------------------------------------------------------------------------
Soal: so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ??
Jawab: Boleh. Lihat penjelasan mengenai taklid, talfiq dan ittiba’.

Soal: Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii?
Jawab: Tidak. Lihat juga penjelasan yang sama di atas.

Soal: Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?
Jawab: Mereka berbeza hanya dari segi furuk sahaja tidak pada usul. Semua mazhab menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan hukum yang pertama. Dan al-Sunnah sebagai yang kedua. Dan dua perkara lagi yang mereka sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma’ dan qiyas. Selepas itu, mereka berbeza. Berikut ini adalah sumber pengambilan hukum dari 4 mazhab:

Mazhab Hanafi:
1. Al-Quran
2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak.
3. Fatwa2 sahabat
4. Qiyas
5. Istihsan
6. Adat dan `uruf masyarakat

Mazhab Maliki:
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)
4. Qiyas
5. Mashlahah mursalah / Ishtishab

Mazhab Syafi’I
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Ijma’
4. Qiyas
5. Istidlal

Mazhab Hanbali
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Fatwa-fatwa sahabat
4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah
5. Hadis Mursal dan Dha’if
6. Qiyas

Di atas adalah perbezaan pengambilan sumber hukum antara mazhab-mazhab. Perbezaan ini bukanlah pada dasarnya.

Dasar yang mereka sepakati adalah al-Quran dan Sunnah, sedangkan sumber-sumber lain tidak kira apa sekalipun, mestilah tidak lari dari prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh al-Quran.

Untuk rujukan lanjut, saya cadangkan agar saudara/ri merujuk buku-buku Usul fikah. Di sini saudara/ri akan didedahkan dengan pembahasan mengenainya dengan lebih luas lagi. Dan, buku-buku Usul Fikah sudah ada yang ditulis atau diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.

Perbezaan di dalam furu’ fikah… Terlalu banyak sekali. Antaranya ialah yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Namun ia hanyalah perbedaan dari sudut cabang sahaja bukan sudut dasar.

Sebagai contoh, ayat al-Quran: "Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)

Dalam ayat ini, mana yang dasar dan mana yang furu’?
Dasarnya ialah -> Semua mazhab bersepakat mengatakan bahawa ayat di atas adalah mengenai menyentuh perempuan batal wudhuk.

Furu’nya ialah -> Sentuh yang bagaimana? Apakah maksud `sentuh’ itu jimak atau semata-mata sentuh atau sentuh dengan syahwat atau bagaimana? Mereka berbeda pendapat dalam menafsirkan masalah `sentuh’. Nanti dalam menafsirkan lafaz `sentuh’, mereka menggunakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Inilah juga yang dinamakan sebagai: Dalil qath’I sedangkan dilalahnya zhanni.
Iaitu dalilnya qath’I sebab ia adalah ayat al-Quran. Satu dalil yang memang benar-benar kuat. 100% perlu diyakini. Sedangkan dilalahnya zhanni.

Dilalah ialah -> Ayat ini menunjukkan atas hukum apa? Atau apa yang ditunjuk oleh ayat ini? Atau ayat ini menunjukkan maksud apa? Zhanni kerana ia masih perlu dibahas dan diselidiki penafsirannya.

Perselisihan begini adalah lumrah dan mesti berlaku. Ia juga menunjukkan betapa luasnya feqh Islami. Betapa bijaksananya Allah Taala di dalam hukumNya. Betapa tidak terjangkaunya ilmu manusia terhadap apa yang Allah ada.

Itulah dia bukti keagungan al-Quran. Keindahan sastera al-Quran. Kerana al-Quran bukanlah suratkhabar atau majalah. Al-Quran adalah Kalam Allah yang Qadim. Mukjizat yang terus hidup hingga ke hari ini. Kitab perundangan yang sesuai pada setiap zaman.

-----------------
Akhirnya.. Sebagaimana biasa, kami menyeru agar jangan sampai berlaku pertelingkahan sesama kita hanya disebabkan masalah `sentuh perempuan: Batal wuduk atau tidak’.

Sebarkan...!

Rujukan:
Al-Quran
Tafsir al-Qurtubi
al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, Dr Muhamad Bakar Ismail
Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh – Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh al-Islami – Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh – Muhamad Abu Zahrah
Usul Feqh – Abdul Wahab Khalaf
Usul Feqh – Muhamad Khdari Bek
Subulus Salam – Al-Shon’ani