26 December 2008

Mandi Wajib Dan Was-was

assalammualaikum
saya ingin bertanya

1. saya mandi wajib pd sblh pagi dan yakin telah menyempurnakan semua rukun. keesokannya sewaktu saya sedang istinjak saya terlintas adakah bhgn dubur saya tekena dgn air.saya cuba ulangi apa yang saya buat sewaktu mandi wajib sebelum itu dan selepas itu saya yakin ia telah dibasahi. soalanya adakah perlu saya mandi semula kerana meragui mandi saya yang awal?

2. adakah perasaan was-was atau meragui ibadah yang kita lakukan menyebabkan ibadah itu tidak sah.

terima kasih atas perhatian saudara semua.wasslam

-----------
Quote:

1. saya mandi wajib pd sblh pagi dan yakin telah menyempurnakan semua rukun. keesokannya sewaktu saya sedang istinjak saya terlintas adakah bhgn dubur saya tekena dgn air.saya cuba ulangi apa yang saya buat sewaktu mandi wajib sebelum itu dan selepas itu saya yakin ia telah dibasahi. soalanya adakah perlu saya mandi semula kerana meragui mandi saya yang awal?

2. adakah perasaan was-was atau meragui ibadah yang kita lakukan menyebabkan ibadah itu tidak sah.


Kaedah fiqh mengatakan "al-yakin la uzaalu bil-syak" iaitu 'yakin tidak dibatalkan dgn keraguan'. Imam Suyuthi menyebut bhw kaedah ini menjadi 3/4 dr hukum fiqh. Maka berdasarkan kaedah ini, mandi sdr adalah sah. Keraguan tidak boleh memberi apa2 impak ke atas satu2 ibadah yg telah yakin terbina.

Ketahuilah juga bhw was2 itu mainan syaitan. WA.

Wassalam

_________________
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz g@y@t diatas repons diatas.

Nabi saw telah memberi 2 tips utama didalam mencegah bisikan (waswas) syaitan ini :-

1. Kembali kepada Allah dengan memohon pertolongan darinya. Firman Allah swt :-

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Surah al-A'raaf : 200]

Terdapat banyak sekali hadith2 Nabi saw mengajar kita berdo'a dan memohon perlindungan Allah dari hasutan2 syaitan, contohnya do'a sebelum masuk tandas, do'a sebelum berjima', do'a semasa berhenti disesuatu tempat. Kesemua do'a2 ini mengajar kita memohon perlindungan Allah swt dari gangguan2 syaitan. Begitu juga dengan bacaan2 al-Mi’wadhatayn seperti : surah al-Falaq dan surah al-Naas.

2. Apabila berlaku waswas tersebut, hendaklah tidak melayannya, dan menyibukkan diri kita melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Syiekh Ibn Taimiyah rh telah memberi tipsnya didalam kitab Dar’ al-Ta’aarud, 3/318, katanya :-

وهذا الوسواس يزول بالاستعاذة وانتهاء العبد وأن يقول إذا قال لم تغسل وجهك : بلى قد غسلت وجهي . وإذا خطر له أنه لم ينو ولم يكبر يقول بقلبه : بلى قد نويت وكبرت . فيثبت على الحق ويدفع ما يعارضه من الوسواس ، فيرى الشيطان قوته وثباته على الحق فيندفع عنه ، وإلا فمتى رآه قابلا للشكوك والشبهات مستجيبا إلى الوساوس والخطرات أورد عليه من ذلك ما يعجز عن دفعه وصار قلبه موردا لما توحيه شياطين الإنس والجن من زخرف القول وانتقل من ذلك إلى غيره إلى أن يسوقه الشيطان إلى الهلكة

"Waswas ini boleh ditolak dengan cara memohon perlindungan dari Allah dan tidak melayannya, dimana jika Syaitan berkata : 'Anda tidak membasuh muka anda (didalam wudhu'), katakan, 'Ya, aku telah membasuh mukaku'. Jika dia merasakan bahawa dia tidak berniat ketika solat atau tidak mengucapkan takbir, maka hendaklah dia berkata didalam hatinya, 'Ya Aku telah melakukan Niat dan berkata Allahu Akbar.' Dia hendaklah berpegang teguh kepada kebenaran dan melawan waswas yang datang terhadapnya, agar Syaitan melihat betapa kuatnya dan teguhnya dia berpegang kepada kebenaran, dan ia (syaitan) akan meninggalkan dirinya berseorangan. Jika tidak, apabila Syaitan melihat bahawasanya dia dapat dipengaruhi dan memberi repons kepada waswas, dia akan menambahkan lagi waswas sehingga dia tidak dapat mengawal hatinya dari menerima bisikan syaitan dari kalangan Jin dan Manusia, dan dia akan menghasut dari dari satu amalan kepada amalan yang lain sehingga Syaitan memandunya kearah kematian".

Beberapa perkara yang lain yang boleh anda lakukan adalah :-

1. Mempelajari amalan2 Islam (terutama ibadat)yang benar datang dari al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Perkara bid'ah yang dilakukan didalam ibadat akan mengundang banyak lagi waswas; contohnya Lafaz Niat, dilakukan berkali2 sebelum melakukan solat, cuba melalukan Niat ketika takbir al-ihram. Dengan mengetahui syarat shahih didalam sesuatu ibadat dapat mempertingkatkan lagi keyakinan didalam ibadat. Contohnya : Aku telah melakukan Solat sepertimana yang dilakukan oleh Nabi saw, dan syaitan tidak boleh menghasut ibadat solat aku. Syaitan akan kalah dengan ilmu pengetahuan Islam yang tulen, Insyaallah.

2. Mempelajari doa2 khusus dari hadith Nabi saw yang shahih didalam bab2 memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan.

3. Sentiasa menyibukkan diri kita dengan berzikir kepada Allah swt; dengan kata lain, sentiasa mengingati Allah swt.

4. Sentiasa mendekat diri dengan jemaah dan memilih kawan2 yang alim dan soleh.

5. Sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.

Demikianlah beberapa tips yang boleh dilakukan agar dapat menghilangkan bisikan syaitan dan mempertingatkan keyakinan kepada Allah swt. Wallahu A'lam.

wassalam

10 comments:

Anonymous said...

sekiranya saya yakin bahwasanya waktu pagi ketika mandi hadas besar saya terlupa mambasuhi sebahagian agggota..namun perasaan itu tersadar waktu ketika malam ketika saya ingin mandi biasa..adakah saya harus mandi semula hadas besar ataupon dengan mencuci bahagian tersebut sahaja telah memadai(disertai niat mandi junub)?

Anonymous said...

Saya Nak Tanya Bagaimanakah Cara-Cara Mandi Wajid Dengan Betul...?

Admin said...

Cara mandi wajib yang betul - http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2009/01/cara-mandi-wajib-yang-betul.html.

Anonymous said...

assalamualaikum, saya seorang perempuan dan nak bertanya, kalau saya dah mandi wajib dan saya dah keluar dari bilik air, tiba2 ade cecair yg keluar dari kemaluan saya, adakah mandi wajib saya sah dan adakah saya perlu mandi wajib semula...terima kasih

Admin said...

W'salam
ya mandi wajib anda adalah sah tidak perlu ulang semula mandi. Cuci dan boleh terus solat. WA

Anonymous said...

Salam.
Saya sering was-was bila mandi wajib, saya selalu rasa tidak sempurna mandi wajib saya. Bila mandi wajib, saya selalu rasa air tak kena sepenuhnya pada rambut. Tapi, saya dah membasahkan rambut cukup lama. Rasa ragu tetap ada. Adakah saya boleh praktikkan konsep tidak ada ragu selepas yakin seperti di atas? Sedangkan sukar sekali saya nak rasa puas/yakin..

Saya harap pihak admin dpt mmberi jawapan secepatnya.

pencari ilmu said...

assalamualaikum.
sy ingin bertanya adakah selaput dara itu dikira sbg najis?
jika selaput dara itu pecah samada akibat dpd aktiviti lasak ataupun persetubuhan, adakah darah yang keluar dikira sebagai najis? perlukah mandi hadas?
berapa lamakah pendarahan pecah dara pd kbiasaannya?
apakah hukum sekiranya setelah mandi hadas (persetubuhan) , namun masih terdapat saki baki darah trsebut selepas beberapa jam kemudian?
adakah ibadah sah & diterima?
adakah batal puasa seseorg trsebut pd hri itu jika dia berpuasa?
persoalan ini kebanyakan org tdk tahu. bantulah sy dlm memahami persoalan ini dengan lebih jelas di sisi agama islam.

Anonymous said...

adakah sah jika sy mandi wajib dengan was-was.bagaimana boleh sy peroleh rasa keyakinan apabila melakukan ibadah?

Anonymous said...

salam..adakah sah mandi wajib saya apabila saya merasakan was was sama ada saya sudah meratakan air ke seluruh badan atau tidak dan saya mula membasuh semula badan yang dikatakan tidak rata.Adakah sah mandi wajib saya?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya ingin menanyakan satu soalan. Adakah alat-alatan mandi seperti shampoo & sabun mandi itu perlu digunakan ketika mahu mandi wajib? Kerana saya ada terbaca bahawa alat-alatan tersebut adalah bukan termasuk dalam syarat sah mandi wajib.Minta diperjelaskan.

Post a Comment