28 January 2010

Apakah Kena Baca Salawat Pada Cucian

Postby g@y@t »

assalamualaikum,

Soalan saya ini bolehlah dikira perkara asas didalam bidang fekah iaitu melibatkan bidang taharah,soalannya ialah semasa saya belajar dahulu guru saya mengatakan pakaian yang sudah dibasuh hendaklah dibilas sebanyak 3 kali dan pada bilasan yang terakhir hendaklah membaca salawat untuk membersihkannya dari segi syarak, baru-baru ini saya ada membeli mesin membasuh automatik yang mana ianya akan membilas sendiri, soalan saya apakah hukum saya memakai pakaian tersebut semasa sembahyang dan bagaimanakah cara menyelesaikannya.



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Alhamdulillah, inilah jawapan ringkasnya:

Pakaian yang terkena najis jika dibasuh menurut syarat-syaratnya boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang. Dan sah sembahyangnya.

Antara syarat-syaratnya ialah membasuh (mengalirkan air) menggunakan air mutlak dan hilang sifat-sifat najis (bau, warna dan rasa). Dimaafkan jika tidak dapat menghilangkan sifat-sifat berkenaan. Itu sahaja..

Tidak disyaratkan pakaian yang sudah dibasuh perlu dibilas sebanyak 3 kali dan pada bilasan yang terakhir hendaklah membaca salawat untuk membersihkannya dari segi syarak.

Adakah Dadah Najis

Postby g@y@t »

Adakah najis dadah seperti heroin, ganja dan sebagainya dikira sebagai najis dalam kontek Islam yang mana sekiranya dibawa semasa solat adakah sah solat tersebut?



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawab:

Dadah dan yang sejenis dengannya termasuk tembakau adalah suci. Sama juga bila diharamkan emas dan sutera untuk lelaki, kedua-duanya bukan najis. Tidak ada dalil menunjukkan benda-benda itu adalah najis.

(Rujukan: Imam al Syun'ani, Subulus Salam, Jld 1, ms 43-44)

thtl for al_ahkam online

Serangga Mati Dalam Bekas Air

Postby g@y@t »

Assalamualaikum ...

Bagaimana hukum seseorang itu meminum air yang di dalamnya terdapat seekor atau beberapa ekor semut atau kerengga mati dalam bekas air (samada segelas atau satu teko atau cerek)? Adakah air itu najis atau haram diminum kerana semut itu tergolong dalam kategori bangkai. Kalau tidak haram/najis bagaimana cara mengeluarkan semut tersebut.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawapan

Alhamdulillah inilah jawapannya:

(1) Berikut ini saya terjemahkan secara bebas beberapa petikan dari kitab al-Iqna’ karya Muhamad al-Khatib al-Syarbini:

["….Air mutanajis ialah air yang dimasuki oleh najis yang dapat dilihat dengan pandangan mata, di mana air itu kurang dari dua kolah, samada air itu berubah ataupun tidak. Dalilnya ialah terdapat hadis tentang air dua kolah, dan hadis:
"Apabila salah seorang dari kamu bangun dari tidur, maka jangan dia mencelup tangannya ke dalam bekas air sehingga dia mencucinya terlebih dahulu sebanyak tiga kali. Kerana tidak diketahui di mana tangannya itu berada (ketika tidurnya)."

Rasulullah s.a.w. melarang memasukkan tangan ke dalam bekas (terhadap orang yang bagun tidur) kerana dikhuatiri ada najis. Dan dapat diketahui di sini bahawa jika tidak ada kebimbangan akan mengubah sifat air, maka tidak menjadi apa-apa masalah mencelup tangan ke dalamnya.".] (Lihat: Juz.1, m/s 21)

Kata al-Khatib al-Syarbini lagi:

["…Manakala air yang sampai ukuran dua kolah atau lebih, ia akan menjadi najis jika najis yang masuk itu mengubah salah satu dari sifat-sifat air."] (Lihat: Juz.1 m/s 21)

Dapat kita simpulkan bahawa air yang dimasuki najis itu:

Jika kurang dari dua kolah akan menjadi najis. Samada air itu berubah ataupun tidak.

Jika air itu dua kolah ataupun lebih, maka perlu dilihat. Jika air itu berubah, maka najislah hukumnya. Jika tidak, maka air itu tetap suci.

(2) Kita teruskan melihat apa yang ditulis oleh al-Khatib al-Syarbini lagi:
["Dikecualikan dari najis di atas ialah bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya secara semulajadi (asal kejadian). Ia dapat diketahui dengan mengoyakkan anggota badannya ketika hidup, seperti penyengat, kala jengking, cicak, lalat, kutu dan kutu anjing. Tidak seperti ular, katak dan tikus (Ia adalah binatang yang mengalir darah).

Jika ia (yang tidak mengalir darah) masuk ke dalam air atau sebagainya, maka ia tidak menajiskannya. Tetapi dengan syarat ia tidak dimasukkan dengan sengaja dan tidak mengubah sifat air berkenaan.

Alasan mengapa ia tidak menajiskan air? Kerana sukar untuk menjaganya, juga kerana terdapat hadis riwaya Bukhari:

"Apabila lalat terjatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka benamkanlah, kemudian buangkan. Kerana salah satu dari sayapnya mengandungi racun." Iaitu sebelah kirinya. Dan terdapat di dalam satu riwayat lain, "..dan sayapnya yang satu lagi adalah penawar."] (Lihat: Juz. 1, m/s 22)

(3) Kembali kepada soalan saudara, jika semut atau kerangga itu masuk ke dalam air berkenaan dengan tidak disengajakan serta tidak mengubah salah satu dari sifatnya, maka ia masih tetap suci.

Maksud sifat air ialah rasa, bau dan warnanya.

Begitulah secara ringkas jawapannya berdasarkan mazhab Syafi’i.

Wallahu a’lam.

Baju Yang Digigit Anjing

Postby g@y@t »

Saya nak tanya sikit pasal najis ni. Kisahnya macam ni. Beberapa tahun lalu, ada sehelai baju saya telah digigit anjing. So lepas tu baju tu telah diambil balik oleh kakak saya dan dia kata dia akan menyamak baju tersebut. Saya tak ingat, seminggu atau dua minggu lepas tu saya dapati baju itu ada dalam campuran baju-baju yang dah dibasuh. Bila saya tanyakan pada dia samada dah samak ke belum, dia kata belum. Lalu saya ambil keputusan untuk membuang sahaja baju tersebut. Soalan saya
ialah :

1. Sekiranya baju tersebut tidak disamak dan dibasuh bercampur dengan pakaian lain, adakah najis itu 'berjangkit' dengan baju-baju yang lain?

2. Sekiranya jawapan nya ialah 'ya', adakah seterusnya baju-baju lain juga akan 'menjangkiti' baju-baju yang lain pula dan pemakai-pemakainya yang lain ?

3. Saya sangat musykil dengan jangkitan najis ini sebab terdapat sangat banyak kemungkinan yang kita boleh terkena dalam aktiviti seharian kita seperti makanan dari pasar dan sebagainya.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawapan

Oleh kerana kes ini telah berlaku beberapa tahun lalu; maka apa yang sudah berlalu lantaran kejahilan kita maka dima'afkan oleh syara'. Najis anjing (terutama jilatannya) adalah termasuk najis berat dan jumhur fuqaha' (ulamak feqah) berpendapat ia perlu di basuh dengan air tanah.

Maka berhati-hatilah untuk masa depan.

Kedua: kemungkinan jangkitan najis anjing di pasar? Apa yang ghaib dari kita tak usah di risaukan. Selagi belum nyata dan pasti ia adalah najis anjing atau babi, maka tak perlu dirisaukan. Selalunya pasar yang menjual daging khinzir di pisahkan dari ruang jual-beli umat Islam dan barangan yang mendapat cop halal JAKIM adalah bebas dari bahan yang haram.

sekian
thtl for al ahkam online

Apakah Ukuran Bekas Untuk Air Mutlak?

Postby g@y@t »

Apakah ukuran bekas untuk air mutlak ?



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawab
Oleh: Tuan Hasan Tuan Lah

Tidak ada ukuran bekas untuk air mutlak, air mutlak ialah air yg suci lagi menyucikan atau bebas najis. Jika ia satu cawan atau satu tangki, ia adalah tetap air mutlak. Jika air musta'mal bercampur dengan air mutlak, tapi nisbahnya kurang daripada air mutlak, ia tetap suci lagi menyucikan. (Ibn Qudamah, al Mughni:jld 1, ms 20-21)

Jika najis termasuk kedalam bekas air mutlak, maka masuklah kita ke dalam permasalahan air dua kolah.

Tapi menurut Imam Malik, Ibn Abbas, Awza'iy, Thauri, air mutlak tetap boleh digunakan jika masih tidak ada perubahan warna, bau atau rasa. Ini adalah bab khilafiah, tapi sila rujuk perbahasan air dua kolah yang disiarkan oleh ahkam online sebelum ini (paparan May 98) Ruj: Ibn Qudamah al Hanbali (al Mughni), Jld 1, ms 20-25.

sekian

Alkohol Dalam Minyak Wangi

Postby g@y@t »

Assalamu'alaikum,
Disini saya ingin mendapat kepastian pihak al-ahkam menyelesaikan masalah yang telah lama berlaku dikalangan umat islam, iaitu persoalan mengenai hukum memakai minyak wangi yang bercampur dengan alkohol kemudian dibawa bersembahyang adakah sembayang itu sah atau pun sebaliknya, diharap pihak tuan dapat menjawapnya berserta
hujah-hujahnya, sekian wassalam.



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawapan

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Ia merupakan salah satu daripada masalah baru yang begitu hangat dibincangkan. Mungkin agak sukar kita menemui perkara ini di dalam kitab-kitab fikah klasik.

Berhadapan dengan masalah baru begini, para ulamak semasa hendaklah berijtihad untuk menentukan hukumnya. Begitu juga dengan masalah yang memang biasa berlaku dahulu, telah dikeluarkan hukumnya, dan telah juga diamalkan oleh umat Islam. Namun, oleh kerana pengetahuan manusia tentang sains dari masa ke semasa berkembang, maka ia bisa berubah seiring dengan perkembangan ilmu manusia. Dahulu satu-satu masalah itu, boleh jadi hukumnya haram kerana pengetahuan manusia ketika itu tidak dapat menyingkap hakikatnya. Namun sekarang ini oleh kerana ilmu mereka bertambah tentang sesuatu, dan dapat menyingkap hakikatnya, maka ia bertukar menjadi halal.

Seperti masalah alkohol di dalam perfume, boleh jadi ulamak dahulu menghukumkannya sebagai haram kerana pengetahuan ketika itu tidak dapat menyingkap hakikat alkohol. Bagaimana ia terjadi, prosesnya bagaimana, apakah ia sama dengan alkohol yang terdapat pada khamar.. Dan seterusnya. Kita yakin, seandainya ulamak dahulu tahu sebagaimana yang orang sekarang tahu, sudah tentu mereka juga akan berfatwa seperti ulamak-ulamak hari ini fatwakan.

Ulamak-ulamak dahulu menfatwakan alkohol yang terdapat pada perfume adalah najis, sebagaimana najisnya khamar/arak. Manakala ulamak-ulamak sekarang mengatakan sebagai suci tidak najis. Masing-masing berijtihad berdasarkan hasil kajian yang mereka perolehi.

Bagaimana.. Dahulu kata najis. Sekarang ini boleh jadi suci pula?
Bagaimana hukum itu boleh berubah? Itulah dia yang dinamakan fikah. Ia berkembang, tidak statis. Ia menunjukkan keluasan feqh islami. Ia adalah bukti keadilan hukum Allah. Betapa, hukum Islam ini sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Feqh Islami sejak dahulu lagi sememangnya telah siap sedia berhadapan dengan sains modern hari ini. Malah sains yang bakal
mendatang.

Umar r.a. menegaskan: "Perbezaan hukum ijtihadi adalah disebabkan perbezaan lingkungan/persekitaran dan daerah."

Kata Mahmasani di dalam Falsafah al-Tasyri' Fil Islam: "Oleh kerana kepentingan mutlak yang menjadi dasar dari segala hukum, sebagaimana telah kami jelaskan sebelumnya, maka hukum mestilah berubah sesuai dengan perubahan zaman dan perubahan lingkungan masyarakat, Benarlah Ibnu al-Qaiyim ketika dia mengatakan bahawa fatwa berubah dan berbeza sesuai dengan perubahan zaman, tempat, situasi, niat dan adat kebiasaan."

Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan bahawa mujtahid yang berijtihad, jika betul, dia akan memperoleh dua pahala. Jika salah, dia akan memperoleh satu pahala (HR Bukhari & Muslim). Konsep ijtihad inilah yang dapat mencairkan kebekuan/kejumudan, sehingga ia boleh mengalir ke mana-mana sudut tanpa halangan.

Feqh Islam tidak hanya bergayut-gayut di teks-teks syarak yang tidak banyak jumlahnya. Bayangkan, ayat-ayat al-Quran cuma berapa ayat sahaja.. Cuba bandingkan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia. Hatta jika kita tambah dengan teks-teks hadis, ia tidak mungkin juga mampu menampung keperluan masalah manusia yang semakin hari semakin bertambah.

Agama-agama lain sudah lama tewas. Ideologi-ideologi modern pula, dapat kita saksikan di depan mata kita sendiri.. Satu demi satu tumbang. Yang tinggal.. Yang unggul. Yang tiada duanya, hanyalah syariat Islam.

Senjata ampuh syariat Islam ialah al-Quran dan al-Hadis. Sekalipun al-Quran dan al-Hadis tidak menyebut segala-gala secara terperinci, tetapi keumumannya yang sempurna melengkapi segenap apa sahaja. Mau apa.. Semuanya ada. Teks-teksnya yang ringkas tetapi mengandungi 1001 macam pengajaran dan ilmu.

Itulah tanda Islam ini agama kebenaran. Kesesatan agama-agama lain terbukti dengan kegagalannya menghadapi cabaran zaman. Mereka terpaksa merubah isikandungan syariat agama mereka sehingga ke peringkat dasarnya.

Jadi, dengan ini ternafilah sebahagian dari orang yang berfikir bahawa Islam hendaklah di pinggirkan di masjid. Tertolaklah sistem yang tidak membenarkan Islam itu masuk ke kerusi-kerusi pemerintahan, kaunter-kaunter bank, ruang-ruang mahkamah, jalur-jalur penghubung dengan dunia luar dsbnya.

Mereka yang berpendapat bahawa Islam adalah begitu, adalah manusia yang diberi akal tetapi tidak digunakan. Hatinya telah tertutup manakala jiwanya penuh dengan kegelapan. Lebih gelap dari malam yang tidak berbintang.

------------------------------
Ulamak-ulamak Islam tidak pernah berhenti bekerja untuk menggali hukum dari al-Quran dan al-Sunnah. Mereka tidak pernahnya jemu untuk terus berijtihad terhadap masalah yang tidak terdapat di dalam kedua sumber di atas, berdasarkan ketetapan yang telah digariskan oleh keduanya.

Berikut ini adalah sebahagian dari hasil kajian mereka terhadap hukum alkohol:
************************
FAWTA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
-----------------------------

Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam. Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).

---------------------------------------------------------------------------------
Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.

2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab "AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah

1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)

2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:

a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

*****************
Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat (Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
--------------------------------

Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.

Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?

Jawaban:
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:

Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).

Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.

Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:

Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.
-----------------------------

Kesimpulan
----------
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.

Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah telah membabitkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.

Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan ketokohan para ulamaknya.

Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu pengetahuan umum lainnya.

Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?

Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)

Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi (terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab berkenaan.

Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita kepada mana-mana pandangan mazhab sebelum ini.

Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan hujah dan fakta yang jelas. Bukan
desas-desus dan khbar-khabar angin.

Seperkara lagi ialah, masalah alkohol di dalam perfume ini adalah masalah khilafiyah. Jumhur ulamak bersepakat menyatakan bahawa khamar dan jenis-jenis arak yang lain adalah najis. Kemudian mereka berbeda pendapat pula mengenai apakah kandungan alkohol yang ada pada benda-benda selain arak juga termasuk najis atau tidak?

Sebagaimana yang sering AL-AHKAM serukan, janganlah pula kita berkelahi hanya kerana masalah alkohol dalam perfume itu najis ataupun tidak.. Tidak tentu juga, kerana khuatir juga, nanti satu kampung berkelahi sebab masalah ini.

Sekian adanya. Wallahu a'lam.
Sebarkan...!

zain y.s.

Hukum Bulu Kuching

Postby g@y@t »

Assalamualaikum wrh wth

Terima kasih kerana memberi saya sedikit ruang untuk bertanya.
Saya difahamkan oleh seorang rakan bahawa bulu kucing adalah najis. Dan apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu. boleh kah saya memdapat penjelasan lanjut memandangkan saya juga ada membela kucing di rumah.



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JAWAB:

Alhamdulillah inilah jawapannya:

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.

Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

SOAL: Apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu?

JAWAB: Wuduk anda tidak batal. Kerana najis tidak boleh membatalkan wuduk. Najis akan menyebabkan sembahyang kita tidak sah, jika kita membawanya. Kerana salah satu dari syarat-syarat sah sembahyang ialah tubuh, pakaian dan tempat mestilah bersih dari najis.

Harap dapat difahami.

Sekian. Wassalam.

Talipinggang dan Wallet Kulit

Postby g@y@t »

Assalamua'laikum...

Tali-pinggang & "wallet" kulit, apakah hukumnya memakainya semasa sembahyang. Sekiranya najis, bagaimana untuk membersihkannya.

Sekian


Hukum Makan Perut Ikan

Postby g@y@t »

Assalamualaikum wbt

Di sini saya ingin bertanya soalan iaitu apakah hukumnya memakan perut ikan, jikalau haram, bagaimana dengan ikan masin/jeruk/pekasam yang mana semasa proses pembuatannya ada yang tidak membuang perutnya, apakah hukumnya?

Sekian teriam kasih



Tulang Taring dan Kulit Khinzir

g@y@t »

Assalamualaikum

Saya mohon kerjasama dari pihak tuan utk membantu saya dalam hukum bagi soalan yang saya kemukakan. Kerjasama tuan saya ucapkan berbanyak terima kasih.

1. Apa kah hukumnya menggunakan bahan dari binatang yang halal dimakan untuk digunakan sebagai perhiasan atau pun pakaian. Contoh nya kulit dijadikan ikat pinggang atau kasut, atau tulang diukir untuk menjadi sudu atau penumbuk lesung dan sebagai nya.


Alkohol Yang Wujud Dalam Tapai

g@y@t »

Assalamu'alaikum,

Fatwa telah dikeluarkan di negara ini yang mengatakan tapai itu halal.
Saya menyoalkannya kepada sebuah pertubuhan Islam antarabangsa melalui internet yang mengatakan bahawa ia haram. Menurut seorang ahli biokimia, alkohol dari pemprosesan tapai itu tidak berbeza dengan pemprosesan `sake' (sejenis arak Jepun). Apakah dalil-dalil fatwa yang menghalalkan tapai ini ?


****************************************************
Jawapan:

Kita akan dalil sains untuk membuktikan tapai adalah halal. Pertama kita akan menjelaskan di manakah persamaan dan perbedzaan pengeluaran sake dan tapai.

Pertama: Proses Pembuatan khamar `sake' (Arak beras Jepun)

Sake diperbuat daripada beras biasa dan beras koji yang dibasuh, direndam dan dimasak dengan wap, kemudian disejukkan. Beras koji dan tindakbalas ragi (yeast) akan menukar beras kepada gula dan seterusnya kepada alkohol. Proses fermentasi (pemeraman) ini berlangsung dalam 20-25 hari.

Kedua: Proses pembuatan Tapai

Bahan utama tapai juga beras (beras pulut) dan setengah tempat ialah ubikayu (Kelantan). Setelah dimasak, beras atau ubikayu itu disejukkan dan dimasukkan serbuk yeast (ragi). Ia boleh dimakan sebaik saja, tapai itu berair dan selalunya dalam satu setengah hari atau dua hari. Rasanya manis sekali.

Bahan yg menukar kanji beras dan ubikayu menjadi gula ialah yeast (ragi). Dalam ragi ada dua jenis enzim: invertase dan zymase yang menukar kanji menjadi gula dan seterusnya menjadi alkohol (bahan utama dalam khamar)

Dari perbandingan di atas, jelaslah bahawa tapai ialah makanan manis (halwa) kerana ia belum lagi bertukar menjadi alkohol; sebab proses penukaran gula menjadi alkohol memerlukan masa yang lebih lama. Tujuan fermentasi di atas bertujuan untuk makanan bukan minuman.

Manakala Sake ialah khamar (arak) kerana tujuan fermentasinya ialah bukan untuk dimakan tapi untuk di minum dan ia mengambil produk penghujung fermentasi iaitu alkohol; sedangkan tapai yang dimakan ialah kanji yg bertukar menjadi gula.

Inilah dalil-dalil yang menjadi dasar fatwa Majlis Agama Islam Kelantan dan Tuan Guru MB Kelantan yg memfatwakan tapai adalah halal.

sekian
thtl

Barangan Dari Kulit Khinzir

g@y@t » Jun 13th, '03, 15:09

Assalamu'alaikum

Soalan saya begini:

1) Apakah hukum menyentuh barangan yang dibuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti berus cat, kasut, beg dan sebagainya oleh sebab pada mulanya kita tidak mengetahui yang barangan tersebut diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir kerana tiada label dan hanya mengetahui setelah dengan lebih dekat?

2) Adakah orang menyentuh barangan yang diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti soalan di atas diwajibkan menyamak tangan atau pakaian mereka yang tersentuh?


*******************************************
Jawaban:

Pertama: Hukum barangan kulit drpd khinzir.

Jumhur fuqaha' (Syafi'iy, Maliki, Hanbali dan Hanafi) mengharamkan kulit khinzir walaupun sesudah disamak (tanning process) kerana ia tergolong dalam najis berat (mughalazzah)(Fatwa Prof.Mutawalli Sya'rawi (anta tasal wa Islam yujib).

Fatwa Majlis Tertinggi Urusan KeIslamam Mesir dalam kitab: al Muntakhabu minas Sunnah jilid 9, menjelaskan haram menggunakan kulit khinzir walaupun setelah disamak kerana haramnya babi ialah pada lafaz umum ayat alQur'an iaitu haramnya khinzir kerana zatnya ('ain).

Fuqaha' yg membolehkan ialah Imam Syaukani (Nailool Awthor), Zahiri (Ibn Hazm, alMuhalla) dan Imam Abu Yusof (madzhab Hanafi). Perselisihan fuqaha' ini disebabkan ada nas hadis yg saling berlawanan. Imam-imam yg mengharuskan memanfa'atkan kulit khinzir juga menggunakan dalil hadis yg kuat drpd Muslim. "Kulit apapun jika di samak, maka menjadi suci".

Ulamak-ulamak yg mengharamkan kulit khinzir secara mutlak menggunakan kaedah nasakh (membatalkan) semua hadis yg membolehkan penggunaan semua kulit; manakala fuqaha' yg membolehkan kulit khinzir di samak menggunakan kaedah tarjih utk memperkuatkan hadis riwayat Ibn Abbas yg membolehkan sebarang kulit disamak dan di manfa'atkan.

Kedua: Hukum bulu khinzir:
Ia haram secara mutlak pada madzhab Syafi'iy, namun pendapat terkuat pada Imam-imam besar yg lain ia adalah suci (Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid); Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) dan Prof Qardhawi (halal & haram) juga berpendapat bulu babi tidak najis. Imam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa, Jld 21, pg 102) juga berpendapat semua bulu adalah suci.

--------------------
Mengenai soalan ke 2:

Soalan: Adakah orang menyentuh barangan yang diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti soalan di atas diwajibkan menyamak tangan atau pakaian mereka yang tersentuh?

Jawab: Tidak perlu menyamak kerana najisnya babi ialah jilatannya. Inilah pendapat terkuat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah (Rahbawi, solat 'ala madzhaahi arba'ah); jika anda memilih ijtihad Imam yg mengatakan kulit babi dan bulunya suci, maka tidak perlu berbuat apa-apa. Jika anda memilih pandangan Imam yg berpendapat haramnya kulit babi dan bulunya, maka jika bersentuh dalam keadaan sama-sama kering tidak perlu samak. Tapi untuk kesempurnaan dan menghilangkan was-was, maka basuhlah tangan anda.

sekian
thtl
------------
Rujukan:
1. Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
2. Bidayah al Mujtahid, Ibn Rusyd
3. Prof Dr H Mahmud Yunus, Hukum Perkahwinan Menurut Empat Madzhab
4. Prof Ali Hassan Ahmad, Universitas Islam Tapanuli, Indonesia, alHadithul Fiqhiyah

Tulang Binatang Tak Boleh Dibawa Solat

g@y@t »

Assalamualaikum,

Saya ingin mendapat penjelasan beberapa kekeliruan:

1- Apakah benar tulang binatang yang disembelih tidak boleh dibawa dalam sembahyang. seperti tulang unta yang dibuat tasbih.

2- Bagaimana pula bulu/kulit binatang yang disamak.

3- bagaimana pula gelitin binatang halal yang diproses utk dibuat gambar sebagai contoh. apakah benar ia tidak boleh dibawa dalam sembahyang.

sekian. Jazakallah


***********************************************************
Jawapan

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

(1) Binatang yang halal dagingnya

Menurut pendapat seluruh ulamak: Binatang yang halal dimakan dagingnya akan menjadi suci seluruh bahagiannya dengan sembelihan kecuali darahnya yang mengalir.

Ini bermakna, binatang yang boleh dimakan dagingnya seperti lembu, kambing dan sebagainya, jika selepas disembelih mengikut syarak, segala bahagian dari tubuh badannya adalah suci. Bulunya, kulitnya, dagingnya, lemaknya, tulangnya, tanduknya, giginya dan sebagainya adalah suci.

Perincian ringkas mengenai pendapat mazhab adalah sebagai berikut:

Syafi'i

  • Semua binatang (yang hidup) adalah suci kecuali anjing dan babi.
  • Susu binatang yang halal dimakan
  • Telur binatang sekalipun dari binatang yang haram dimakan dagingnya. dan dari yang telah mati.
  • Bangkai binatang laut adalah suci, kecuali buaya, katak dan ular (binatang dua alam).
  • Bulu binatang yang halal dimakan adalah suci samada ia dicabut semasa hidup atau selepas disembelih. Tetapi, yang dicabut selepas mati (tidak disembelih) adalah najis.
  • Bulu yang tercabut/tanggal dari binatang yang tidak halal adalah najis.
  • Dimaafkan sedikit bulu yang najis selain dari bulu anjing dan babi.

Hanafi
  • Semua bahagian dari anggota binatang yang di dalamnya tidak ada aliran darah melainkan babi adalah suci. Samada yang masih hidup atau yang telah menjadi bangkai. Samada yang halal dimakan atau yang haram. Anggota yang tidak ada aliran darah ialah seperti tulang, paruh, kuku, bulu dan sebagainya.

Maliki
  • Semua benda yang hidup adalah suci .
  • Binatang yang halal dimakan yang mati sebab sembelihan adalah suci (semua bahagian badannya).
  • Binatang yang tidak halal, menjadi najis selepas mati.
  • Rambut dan bulu adalah suci sekalipun daripada babi.
  • Lebihan binatang yang halal dimakan adalah suci, seperti tahi merpati, ayam selagi ia tidak menggunakan benda najis sebagai bahan makanannya.

Hanbali
  • Bangkai binatang darat adalah najis kecuali yang tidak mengalir darahnya seperti belalang.
  • Bangkai binatang laut adalah suci.
  • Air kencing binatang yg halal dimakan adalah suci.
  • Bulu dan seumpamanya daripada semua binatang yang halal dimakan adalah suci.

(2) Pertanyaan saudara/ri:

Apakah benar tulang binatang yang disembelih tidak boleh dibawa dalam
sembahyang. seperti tulang unta yang dibuat tasbih.
Berdasarkan pada kenyataan di atas (1), tulang binatang yang halal dimakan yang mati sebab sembelihan adalah suci. Ini pendapat seluruh ulamak. Apabila ia suci maka bolehlah dibawa dalam sembahyang.

Pertanyaan kedua,
Bagaimana pula bulu/kulit binatang yang disamak?

Semua kulit binatang yang disamak adalah suci, kecuali daripada babi dan anjing atau peranakkan keduanya. Tidak kira samada binatang itu halal dimakan atau tidak.

Baiklah, satu masalah telah selesai, iaitu mengenai kulit yang disamak. Ia suci, dan boleh dibawa dalam sembahyang.

Bulunya pula... Menurut Syafi'i, kalau ia dari binatang yang halal dan mati secara sembelihan, maka ia adalah suci. Kalau dari binatang yang tidak halal, atau dari yang jenis binatang halal dimakan tetapi mati tidak dengan sembelihan, maka bulunya adalah najis.

Kalau suci, boleh dibawa dalam sembahyang, manakala kalau najis tidak boleh.

Menurut Hanafi pula, bulu binatang kecuali babi adalah suci, tidak kira ia dari jenis binatang halal atau tidak. Bulu dari binatang yang masih hidup atau yang telah mati.

Saya kira soalan kedua juga sudah terjawab.

Pertanyaan ketiga, bagaimana pula gelitin binatang halal yang diproses utk dibuat gambar sebagai contoh. apakah benar ia tidak boleh dibawa dalam sembahyang.

Gelatin yang diperolehi dari binatang yang halal, jika disembelih secara syarak adalah suci.

Kami berharap jawapan ini dapat difahami dengan baik serta memperolehi beberapa maklumat baru yang berguna.

Wallahua'lam...

Rujukan
1. Fathul Wahab, vol 1, Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari
2. Kifayatul Akhyar, vol 1, Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhamad al-Husaini
3. Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuhu, vol 1, Dr Wahbah al-Zuhaili

Beza Air Kencing Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan

g@y@t » Jun 13th, '03, 15:00

kenapa air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun ke bawah dan hanya minum air susu ibunya dihukumkan sebagai najis mukhaffah sedang bayi perempuan yang serupa kedaaannya tidak dihukumkan begitu?


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawab

Alhamdulillah inilah jawapannya:

Ulamak Syafi'i dan Hanbali mengatakan bahawa air kencing kanak-kanak lelaki yang belum memakan apa2 makanan selain dari susu hendaklah dibersihkan denhan merenjiskan air ke atasnya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Dibasuh air kencing kanak-kanak perempuan dan direnjis air kencing kanak-kanak lelaki." (HR al-tarmizi)

Kanak-kanak ini hendaklah berusia dua tahun ke bawah.

Menurut Maliki dan Hanafi, kencing kedua-dua kanak-kanak ini wajib dibasuh. Alasan mereka ialah hadis:

"Basuhlah air kencing, kerana banyak azab kubur itu datang daripadanya." (HR Daruquthni & Hakim)

Masalah: Apa bezanya antara keduanya?

Jawab: Kanak-kanak lelaki sering didukung, maka diberi keringanan hukum air kencingnya. Air kencingnya juga lembut, berbanding dengan kanak-kanak perempuan yg menyebabkan ia tidak melekat pada tempat kencingnya.
(Lihat: Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, vol. 1, hal.159)

Imam Ibnul Qaiyim al-Jauziyah menyebutkan:
["Dan adapun mengenai membasuh baju dari kencing kanak2 perempuan dan merenjis dari kencing kanak2 lelaki apabila ia belum lagi diberi makan (melainkan susu), maka padanya terdapat 3 pendapat ulamak:

Pendapat pertama: Kedua-duanya hendaklah dibasuh dengan air.

Pendapat kedua: Kedua-duanya hendaklah direnjis dengan air.

Pendapat ketiga: Di bezakan (antara lelaki dan perempuan). Dan inilah pendapat yang berdasarkan sunnah. Dan pendapat ini bertepatan dengan kebagusan syariat, kesempurnaan hikmat dan maslahatnya.]

(Lihat: I'lamul Muwaqqi'in, Ibnul Qaiyim al-Jauziyah, vol.2, hal. 59)

Katanya lagi:
["Perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan ada tiga wajah, iaitu:

Pertama: Lelaki dan perempuan lebih banyak mendokong kanak-kanak lelaki, maka berlakulah `umumul balwa' (sesuatu yg banyak berlaku & sukar dielak) dengan kencingnya. Ini amat menyukarkan untuk membasuhnya.

Kedua: Kencing kanak-kanak lelaki tidak hanya pada satu tempat sahaja, malahan di sana dan sini. Maka sukar untuk membasuh tempat yang terkena kencing. Ini berbeza dengan kencing kanak-kanak perempuan.

Ketiga: Kencing kanak-kanak perempuan lebih kotor dan berbau busuk berbanding kencing kanak-kanak lelaki...."]
(ibid.)

Sekian. Wallahu a'lam.
zain y.s.
B.Mertajam

Pelihara Anjing Untuk Menjaga Rumah

g@y@t »

Di sini saya ingin mengutarakan satu persoalan daripada seorang kenalan saya di sini.

Kawan saya ni merupakan seorang wanita Melayu yang berkahwin dengan orang Jepun (Muslim). Alhamdulillah, sepanjang dia di Jepun (baru 2 tahun) tiada masalah besar yang menimpa.

Tetapi dengan takdir Allah, pada minggu lepas rumahnya telah dimasuki pencuri dan ini merupakan satu perkara yang amat luar biasa di Jepun. Jepun pada lazimnya merupakan sebuah negara yang amat selamat untuk didiami.

Setelah kejadian itu, suami kepada wanita tadi telah mengutarakan satu cadangan kepadanya. Dia telah mencadangkan agar mereka memelihara seekor anjing besar dengan TUJUAN KESELAMATAN.

Soalannya :
(1) Apakah hukum memelihara seekor anjing untuk tujuan keselamatan ?
(2) Jika boleh, apakah perkara2 yang perlu diketahui mengenainya seperti bagaimana jika tersentuh haiwan tersebut atau bagaimana jika kita menyentuhnya dengan sengaja dan sebagainya.

Wassalam.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawab

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Malaikat tidak masuk rumah yang terdapat di dalamnya anjing atau patung." (HR Bukhari & Muslim)

Sabdanya lagi:
"Barangsiapa yang memelihara anjing, kecuali anjing penjaga ternakan dan anjing untuk berburu, nescaya amalannya akan berkurangan setiap hari dua qirath." (HR Muslim)

Di dalam satu riwayat lain:
"...kecuali anjing untuk berburu dan anjing penjaga ternakan."

Di dalam satu riwayat lain:
"...kecuali anjing penjaga ladang, kambing atau untuk berburu."

Di dalam satu riwayat lain:
"...akan berkurangan amalannya (pahala) setiap hari satu qirath."

-------------
Dapat diambil pengajaran dari hadis di atas:

1. Haram memelihara anjing melainkan jika ada keperluan.

2. Pengecualian ke atas anjing untuk berburu, penjaga ladang dan ternakan adalah menunjukkan bahawa dibenarkan jika anjing itu dapat mendatangkan faedah. Oleh itu anjing polis adalah dibenarkan, diqiyaskan kepada pengecualian dalam hadis.

----------
Menurut al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim (juz 10, hal. 236), Menurut mazhab Syafi'i haram memelihara anjing tanpa hajat/keperluan. Dibenarkan membela anjing untuk perburuan, penjaga ladang/tanaman dan ternakan.

Apakah hukum memelihara anjing untuk menjaga rumah, tangga atau jalan? Menurut pendapat yang kuat, boleh hukumnya kerana diqiyaskan 3 jenis anjing yang dikecualikan di dalam hadis serta beramal dengan illah (sebab hukum) yang dapat difahami iaitu wujudnya hajat (keperluan).

------------
Masalah: Apakah hukum memelihara seekor anjing untuk tujuan keselamatan ?
Jawab: Dibenarkan jika ada keperluan untuk berbuat demikian.

------------
Pandangan kami, jika tidak ada satu keperluan yang benar-benar mendesak tidak perlu memelihara anjing kerana banyak masalah hukum yang terpaksa dipelihara seperti jilatannya, bulunya dsbnya. Adakalanya kita lalai terhadap itu semua hingga menyebabkan jilatannya dsbnya tidak dicuci 7 dengan air dan sekali darinya dengan air dan tanah.

Sekian. Wallahu a'lam.

Rujukan:
Syarah Sahih Muslim
Ahsanul Kalam, Syeikh Athiyah Saqr.

22 January 2010

Mencuci Telaga Yang Haiwan Mati Didalamnya

mujahidah »

Di sini saya ingin bertanya; sekiranya ada binatang mati di dalam perigi, bagaimana cara utk kita menyucikan air perigi tersebut sehingga dapat dogunakan tanpa was2? Apakah boleh kita sekadar mengeluarkan bangkai binatang tersebut dan menggunanya seperti biasa walaupun air tersebut sedikit keruh?

Sekian, Terima kasih.


Mani Masih Keluar Selepas Solat

akuhambaAllah »

Assalamualaikum!

Syukur kepada Allah atas usaha tuan membangunkan laman web ini untuk faedah umat Islam. Saya do'akan semuga Allah memberi balasan yang baik atas usaha tuan. Terasa agak lambat bagi saya menemui laman web ini.

Kemusykilan:
Kerapkali selepas bersama dengan isteri saya, selepas mandi junub dan menunaikan solat (biasanya solat Subuh), kadang-kadang masih keluar cecair lekit daripada kemaluan saya. Walaupun pada awalnya saya memang yakin bahawa saya telah membersihkannya. Adakah sah solah saya atau saya perlu ulangi solah tersebut? Wassalam


Terpijak Bangkai Anjing Dijalan

AHelmi »
salam

Terima kasih kerana menjawab soalan saya. Harap maaf sekali lagi kerana ada soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Harap dimaafkan dan ditegur bila ia berlaku.

Situasinya ialah kerana terpijak kesan di jalan raya yang cenderung menunjukkan itu adalah kesan bagkai/darah anjing yg dilanggar berhampiran dengan tempat itu. Saya sebelum itu telah membasuh selipar dan terus memakainya tanpa menantinya kering. Ada kemungkinan memijak kesan itu pada ketika tapak selipar basah.


Membersihkan Najis

AHelmi »

salam

Harap panel sudi menerangkan kemusykilan saya dalam hal ini kerana dalam buku-buku biasa perkara ini disentuh secara umum sahaja. Saya rasa pengetahuan ini perlu untuk mengelak was-was, lebih-lebih lagi jika hidup dalam komuniti bukan Islam tetapi banyak berinteraksi dengan orang bukan Islam.

1. Menyemak kembali soalan-soalan terdahulu, saya membaca yang sebarang najis pada tapak kasut akan disucikan oleh tanah. Menyemak buku fiqh shafi'e yang sederhana dan buku biasa tidak diterangkan pula hal ini pada ketika menyentuh najis mughalazah.


Najis Tahi Burung Pada Pakaian

hatibatu »

Assalamua'laikom ustaz,

1] Sehelai seluar yg terkena tahi burung se waktu di jemuran kemudian tahi burung yg sudah kering itu jatuh dalam longgokan pakaian ketika hendak menggosok. Adakah saya perlu membasuh semula longgokan pakaian tersebut?

2] Apakah yg perlu saya lakukan jika sering berulang membaca niat ketika hendak berwuduk dan bersolat. Masalahnya saya tidak dapat mendengar dalam hati akan sebutan "ta'ala'. adakah disah jika niat itu dibaca sebagai "...kerana allah" tanpa ada sebutan 'ta'ala'


Alkohol Dalam Badan

menj »

Assalamualaikum;

Terdapat kajian sains yang membuktikan bahawa hati (liver) mereka yang mengalami penyakit obesiti (masalah kegemukan) akan menghasilkan alkohol di dalam badan. Berikut adalah laporan hasil kajian ini:


Cucian Dalam Mesin Basuh

rizal1039 »

salam

Adakah sesuatu pakaian solat itu suci setelah dibasuh bersama-sama dengan pakaian yg lain contohnya apabila kita membasuh dengan menggunakan mesin basuh. Adakah pakaian solat yg dibasuh itu bersih digunakan utk solat? Perlukah kita membilasnya dengan air mutlak sekali lagi keatas pakaian solat itu kerana dikhuatiri mengandungi najis yg lain. adakah, ada najis yg lain?. Minta penjelasan dr ustaz.


Ubat-ubatan Yang Tiada Logo Halal

AHelmi »

salam

Terima kasih kerana memberi peluang saya bertanya. Tuan, bagaimana status ubat-ubatan yang diambil kini kerana rasanya tak kelihatan logo halal pada kebanyakan ubat?


Kertas Yang Diperbuat Dari Najis Gajah

cikgu73 »


assalamualaikum wmt wkt ahli-ahli panel yang dihormati sekelian

Adakah kertas yang diperbuat daripada 90% najis gajah najis dan membawanya di dalam solat menyebabkan solat batal

wassalam


Najis Air Mazi

menj »

Assalamu alaikum,

Saya ingin merujuk kepada jawapan Sheikh THTL di link ini berkenaan dengan air mazi yang ditelan. Setahu saya, kalau mengikut pengetahuan sains air mazi bukannya berasal daripada kawasan-kawasan "takungan najis" seperti usus besar/kecil ataupun pundi kencing, tetapi daripada kawasan yang sama dengan penghasilan air mani, iaitu di skrotum. Juga, saya pernah terbaca sebuah hadis di mana Ali r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai samada beliau perlu mandi hadas besar ketika keluar air mazi, dan Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa ia tidak perlu. Jadi saya keliru dengan jawapan Sheikh THTL kita. Tapi saya akui bahawa pengetahuan fiqh saya agak lemah, jadi saya mungkin tersilap. Harap diperjelaskan, dan jazak Allahu khayran.


Adab Minum Air Zam-zam

intifada_72 »

Assamualaikum,

Adakah sunat minum air zam zam sambil berdiri?


***************************************
kamin »

wa'alaikumussalam sdr intifada_72.

Ulama banyak berbicara mengenai adab-adab yang mustahan (yg disarankan) apabila meminum air zam-zam dan diantara ialah :Menghadap Ka'bah mengucapkan Bismillah berhenti sejenak mengambil nafas sebanyak 3 kali memuji (tahmid) Allah setelah habis minum dan duduk semasa minum, sebagai seseorang melakukannya apabila meminum minuman yang lain. Merujuk kepada Hadith dari Ibnu Abaas (r.a.) yang berkata :

"Saya memberi Nabi saw Air ZamZam untuk minum semasa beliau berdiri" (riwayat Al-Bukhari, 3/492)

Menurut Sheikh Mohmammad Saleh Al-Munajid bahawa hadith ini bermaksud :"dari perbuatan tersebut adalah dibenar [minum sambil berdiri], dan larangan minum berdiri bermaksud makruh".

Sebagai tambahan, ulama juga menyaranan agar seseorang yang mimum Zamzam menrenjiskan sedikit di kepala, muka dan dadanya, melakukan do;a yang banyak apabila meminumnya, dan minum dengan maksud mendapat munafaat dunia dan akhirat, sebagaimana sabda Nabi saw :

"Air Zamzam adalah untuk tujuan apa-apa ianya diminum" (Riwayat Ibnu Majah, 2/1018; Al-Maqaasid al-Hasanah oleh al-Sakhaawi, ms. 359).

Wallahu'alam

wassalam

Hadis Tentang Air Zam-zam

MicroScript »

Assalamualaikum Warah MatulLah,

Mohon Hadis tentang Air Zam Zam.


************************************
thtl »

wassalam

Jawab:

1. alBukhari (alSahih: # 3364)," Asal Zam-zam ialah bila Jibrail AS menghentakkan sayapnya ke bumi dan dari matairnya telah memberi minum akan Ismail AS dan ibunya (Hajar)" (sabda Nabi saw)

2. Sahil alJami' (no 3302)
"Air terbaik di muka bumi ini ialah zam-zam, ia spt (sejenis) makanan dan penyembuh kepada penyakit2."

3. Silsilah alSahihah lil Albani (# 883)
"Nabi biasa membawa air zam-zam dalam bekas yg kecil atau besar, di gunakan utk menyiram dirinya, berwudhu' dan air minum; juga menyiram dan memberi minum orang yg sakit."

4. Silsilah alSahihah lil Albani (no 2685)
"salahseorang sahabt berkata," Kami memberikan nama zam2 alSyabbaa'ah (kepuasan) kerana ia banyak berjasa kepada keluarga kami di kala kehabisan bekalan dan mencukupi bagi bayi-bayi."

5. Ibn Majah (Sunan# 3062) Hadis hasan (Albani)
" Air Zam-zam itu bagi apa yg ia niatkan." WA

Tahi Cicak dan Sarang Labah-labah

VHoutenJr »

Assalamualaikum…

Najiskah tahi cicak? Bagaimana pendapat para ulama’ ttg masalah ini?

Bagaimana pulak dgn sarang labah-labah dengan rambut (manusia/ haiwan)? Ttg masalah ni… saya tak pernah timbul masalah ni… sehinggalah pada suatu hari seorang hamba Allah bertanyakan kepada saya ttg najiskah sarang labah-labah tersebut.? WA
Image



***************************************
thtl »

wassalam

Jawab:

1. Tahi cicak adalah najis kerana apa yg keluar dari binatang yg tidak halal dimakan. (Syafi'iyah), Dima'afkan kalau sukar dielakkan kerana ia berada di atas spt najis burung (Hanafiah). Fiqh Islami

2. Sarang-sarang labah2 tidak najis. Binatang/serangga yg tidak ada darah mengalir tidak najis begitu juga sarangnya. Fiqh Sunnah

3. Rambut dan bulu haiwan. najis menurut Fiqh Syafi'iy, tidak menurut sepakatan ahli Hadis kerana tidak ada dalil yg menajisinya. (Fiqh Sunnah menukilkan hadis Ibn Munzir dan Ibn Abi Hatim dari Ibn Abbas mengenai komentar Ibn Abbas terhadap ayat 145 surah alAn'am, di mana hanya bangkai yg najis, tapi tidak bulu, kulit, dan tulangnya). WA

Roti Canai Telur Bernajis?

kaklong »

Assalamualaikum Wbt Tuan Panel ,

Soalan saya kali ini berdasarkan petikan mailing-list yang saya terima baru-baru ini . Saya sertakan sekali di bawah ini untuk rujukan pihak tuan.

--------------------------------------------------------------
RAHSIA ROTI CANAI
(diedit untuk jimat ruang)
Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai dan murtabak.

Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat Roti canai ini berminyak tangannya, apabila dipesan "Roti telor satu"...maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai.Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih dahulu??..

Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan.


Wallahuaqlam
Hamba Allah

------------------------------------------------------------------------------------
Saya yakin ramai di kalangan umat Islam yang minat makan roti canai dan murtabak. Tambahan pulak di bulan puasa ni , dan saya juga yakin yang ramai juga umat Islam kita yang setiap hari mengambil info hukum-hakam Islam drp web tuan .

Soalan yang berkaitan juga : ? Bagaimana pula hukum kita yg memakan roti ? sedangkan di masa kita membelinya kita pun tak tahu samada bahan-bahan yg digunakan untuk membuat roti itu (termasuklah telur ayam ) itu dibasuh ataupun tidak ? .

Oleh itu saya memohon sangat-sangat pihak tuan agar dapat menerangkan hukum sebenar masalah di atas secara penerangan yang boleh memuaskan hati kami selaku umat Islam drp golongan awam.

Segala susah-payah pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan ? Semoga Allah membalas jasa-baik kalian ?.

Wassalam wbt .


********************************************
Jawapan:

thtl »

Jawab:

Ini adalah contoh maklumat yg datang dari sumber yg fasiq, tidak bertanggungjawab dan bertujuan menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam. Banyak sekali surat layang beredar dalam saluran cyber (internet) dalam pelbagai isu dan isu roti canai bernajis ayam adalah salah satunya. Perbuatan menyibarkan surat layang tanpa rasa tanggungjawab adalah suatu yg dikesalkan. Maksud rasa tanggungjawab ialah orang yg menyibarkan berita itu hendaklah membuat survey terhadap pengusaha2 roti canai dikawasan yg disyaki dan membuat lapuran kepada pihak berwajib dan bukannya suatu tuduhan umum yg boleh menyebabkan pengusaha roticanai yg menjaga kebersihan gulung tikar.

Isu utama dalam industri makanan (terutama restoren) ialah kebersihan dan pihak berwajib sedang berusaha keras membuat pemantauan dan memberi kesedaran terhadap pemilik premis makanan supaya menjaga kebersihan bukan sahaja dari najis ayam tapi dari semua aspek termasuk kesihatan penyedia makanan.
Pengguna juga perlu peka dalam memilih restoren dan pastikan tempat makan itu mempunyai sijil A (di lembah kelang) merupakan sijil kebersihan yg paling memuaskan.

Adapun mengenai roti canai dan murtabat : ia terpulang kepada pengguna sendiri dalam melihat sepintas lalu keadaan premis makanan, telur2 dan mamak atau penebar roti itu sudah diketahui tahap kebersihannya.

Adapun najis tahi ayam itu adalah khilaf. Sebahagian besar ulama' tidak menajiskan najis ayam, antaranya sebahagian Hanafiah, Maliki, Zahiri, sebahagian hanbaliah (alBada'iy, 1/62) dan pentahqeeq ulung Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa 21/62) dan Imam Syawkani, nailool Awthor, 1/50. Menurut mereka, tiada dalil mengenai kenajisan tahi ayam.

Tapi ia najis di sisi Syafi'iyah. WaLlahu a'alam

21 January 2010

Adakah Minyak Rambut Membatalkan Wuduk

ADN »

jika kita memakai minyak rambut, adakah sah air sembahyang kita



***********************************
thtl »

Jawab:

Merapikan rambut dengan minyak rambut (hair cream) dan menyisirnya bukanlah amalan di zaman kita sahaja bahkan pada tamaddun purbakala sebelum tamaddun Islam lagi. Tidak ada larangan dari nas atau amaran Nabi saw mengenainya. Maka ia termasuk perkara yg dima'afkan. Dalil: HR Daruqutni," Ia mendiamkan beberapa hal sebagai rahmat untukmu, tanpa lupa, maka jangan kamu tercari-cari." (anNawawi-mengatakan hadis hasan). HR Muslim, Ahmad, nasa'iy dan Ibn Majah dari Abi Hurairah ra," biarkanlah terhadap apa yg aku tinggakan untumu." dalil alQur'an," hai orang2 beriman, janganlah kamu bertanyakan tentang sesuatu, jika ia jelas bagimu akan meyulitkanmu." AQ 5: 101 WA

Mencuci Pakaian Yang Terkena Najis Anjing

AHelmi »

Assalamu'alaikum

Terima kasih kerana memberi ruang utk saya bertanya. Harapan saya ialah saudara dpt menjawab kemusykilan saya..

1. Sehelai seluar yang terkena sentuhan anjing/najis anjing direndam dalam air bersama-sama pakaian lain, adakah pakaian2 lain itu turut dikategorikan bernajis mughalazah?

2. Bagaimana pula jika air rendaman itu tidak bertukar warna dan tiada 'ain najis pada seluar yg dikhuatiri bernajis itu?

3. Adakah org yg menyentuh air rendaman itu turut dikategorikan sebagai yg dicemari najis mughalazah dan perlu disucikan?

4. Adakah akan berbeza keadaan suci atau tidaknya situasi2 di atas sekiranya yg mencemari seluar itu ialah najis khinzir/sentuhan khinzir?

Terima kasih, wassalam.


**************************************
thtl »

wassalam

Jawab:

JKK juga kpd anda kerana memilih Ahkam sebagai portal Fiqh anda.
Pendapat Syafi'iyah dalam najis/taharah adalah paling keras di antara Imam-imam mujtahidin yg lain dan ini mempengaruhi worldview pentaklid madzhab ini terhadap najis dan cara membersihkannya. Madzhab Malik pula paling sederhana. Maka tidak ada cara untuk mengendurkan kekerasan ini melainkan orang yg selama ini bertaklid dgn madzhab Nusantara membuka pintu gerbang ilmu fiqh kepada pendapat Imam2 yg lain juga.

1. Seluar yg terkena sentuhan anjing dalam keadaan kering tidak menajisi seluar itu. Jika seluar itu terkena najis anjing (tahi atau kencingnya), jika ia sedikit tidak menjadi hal jika direndam dgn pakaian kotor yg lain.

2. Jika tiada pertukaran warna dan tiada 'ain najis, maka tidaklah dihukum najis keatasnya

3. Orang yg menyentuh rendaman itu harus berbuat demikian kerana hendak membasuhnya (basuhan tangan) dan dengan aktiviti basuhan itu sudah tentu ia kembali menjadi suci dgn penggunaan detergen dan bilasan air mutlak.

4. Khinzir dikategorikan sama dgn anjing dan perbahasannya sama spt 1-3 di atas. (Prof Dr Hasbi Siddiqiey, Hukum Fiqh Islami Jld 1, PT Rizki Putra Semarang Id) WA

Ragu-ragu Tentang Najis

AHelmi »

Assalamu'alaikum

1. Ikhlas saya katakan yg saya selalu berasa ragu2 dlm byk perkara, mungkin kerana ilmu yg amat sedikit. Dalam perjuangan menentang rasa ragu2, saya sering terperangkap dalam beberapa suruhan agama. Seingat saya ada hadith dari Rasulullah s.a.w. yg menyatakan bahawa sebaiknya mengelakkan perkara yg syubhah. namun ada juga dlm islam seingat saya tentang bagaimana perasaan ragu2 itu hanyalah godaan syaitan dan setiap kali kita berjaya melawannya, maka akan meningkatlah keimanan kita. Jadi bagaimana perlu kita seimbangkan antara kedua suruhan itu agar kita tidak terlalu terpengaruh dgn rasa ragu2 hingga menjadi terlalu penakut dan tidak terlalu bersikap yakin hingga mungkin melakukan perkara yg haram?

2. Baru2 ini ada list yg dikeluarkan yg dikatakan dipersetujui badan agama di Malaysia tentang makanan yg haram kerana mengandungi bahan dari khinzir. salah satu contoh ialah produk Maggi dan sabun Fab. Ini amat mengejutkan kerana pada label Maggi sendiri ada tanda Halal. Kini saya ragu2 dengan kesucian Maggi dan sabun Fab dan mengelakkannya. Dan pada masa yg sama saya ragu2 akan kesahihan list itu kerana sekiranya perkara ini benar kenapa tidak dimaklumkan oleh rakyat melalui media masa?

Dengan keraguan saya itu, adakah perlu saya menyucikan bhgn tubuh bdn saya yg pernah menyentuh makanan Maggi dan sabun Fab (seperti mulut dan tangan) dan pakaian yg pernah terkena makanan Maggi dan dibasuh dgn sabun Fab?

Dan jika ya, bagaimana perlu saya mengenalpasti pakaian yg mana benar2 perlu disucikan kerana saya tak ingat mana baju yg pernah dibasuh dgn sabun Fab dan yg pernah disentuh Maggi?

Kini saya hanya meyakinkan diri (walaupun kdgkala rasa ragu2, saya hanya menyatakan yg itu hanya bisikan syaitan) yg tidak perlu disamak. Bagaimana jika sebenarnya ianya perlu disucikan, adakah saya perlu mengqada' solat2 saya sebelum ini?

3. Bagaimana pula dgn hukum persentuhan tidak langsung antara tubuh dgn anjing/khinzir? Contohnya tersentuh rumput yg pernah dilalui anjing/khinzir?

Bagaimana pula jika rasa ragu2 sama ada rumput itu pernah dilalui anjing/khinzir? Contohnya baru2 ini saya ternampak najis anjing di atas rumput dan mengelakkannya. Namun saya tak dapat mengelak dari bergeser dgn rumput2 sekitar. Walaupun tidak ada najis di rumput, itu, saya was was kerana mungkin anjing itu pernah bergeser dgn rumput itu sebelum ini. Perlukah saya menyucikan kulit kaki dan seluar yg terkena rumput itu?

Kini saya hanya meyakinkan diri (walaupun kdgkala rasa ragu2, saya hanya menyatakan yg itu hanya bisikan syaitan) yg tidak perlu disucikan. Bagaimana jika sebenarnya ianya perlu disucikan, adakah saya perlu mengqada' solat2 saya sebelum ini?


4. Selepas baligh, saya masih belum menjaga solat dan akibatnya banyak solat yg telah saya tertinggal. Alhamdulillah kini telah diberi hidayah dan sejak beberapa tahun amat teliti tntg penjagaan solat.

Perlukan saya mengqada' kesemua solat itu atau hanya cukup bertaubat nasuha?
Bagaimana dgn solat di masjid? kerana ada pandangan menyatakan solat di rumah adalah tidak sah dan wajib menunaikannya di masjid?

Wassalam


*******************************************
thtl »

wassalam

Jawab:

1. Bukan anda seorang yg mengalami perasaan was-was. Bahkan ia fenomena biasa di kalangan awami hingga fuqaha' menulis kitab2 yg tebal untuk membantu kita keluar dari gejala was-was ini. Allah swt sendiri menurunkan surah khas (Tiga Qul) khusus menangani wabak was-was ini. Lihat surah anNas.

Hadis yg anda maksudkan itu ialah hadis # 6 dari Matan arba'een anNawawiyah dari Nu'man bin Basyir ra, "bahawasanya yg halal itu jelas/nyata, yg haram itu jelas dan di antara keduanya adalah urusan yg samar2.." hingga seterusnya. Jadi berpandukan hadis ini kita dapati jalan keluar dari was-was yakni ambil yg halal bayyin sahaja dan tinggalkan yg haram dan yg belum jelas kedudukannya (samar2). dunia yg terbentang luas di hadapan kita ada tiga option halal yg nyata, haram yg nyata dan yg samar. Maka Muslim hanya ambil yg halal nyata sahaja kecuali dharurat/terdesak, maka yg syubhat boleh dipertimbangkan.

2. Mengenai surat layang dalam bentuk e-mails, circular, cakap2 kedai kopi adalah informasi bakul sampah (junkmails info). Ia tidak ada autoriti melainkan kita guna sistem Bukhari-Muslim untuk cek sumber berita itu. Jika sumber berita itu diragui, maka sijil Halal terhadap barangan itu masih halal bayyin. Setiap produk yg dicertifikasikan Halal, tetap kekal halalnya kecuali ada dalil atau maklumat yg rajih untuk membatalkan kehalalannya.

3. Apabila kita melihat anjing dan babi sahaja dan mula merasa was dgn apa yg dilalui dan disentuh oleh binatang itu adalah suatu sindrom was-was yg kronik. Anjing menurut jumhur yg perlu diawasi ialah jilatannya sahaja (yg perlu dibasuh 7 kali), babi pula ialah haram memakannya sahaja. Selain itu tidak perlu dirisaukan. Tanah adalah suci dan apa jua yg terkena padanya akan menjadi suci dgn sendirinya Fiqh Sunnah

4. Solat yg luput baik dgn sengaja atau tidak sengaja sejak akil baligh hendaklah diqadha' menurut jumhur. Madrasah Salafiy pimpinan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani, muridnya Ibn Qayyim alHafidz menetapkan solat yg luput secara sengaja tidak boleh qadha' sebab hukumnya tidak ujud. Memadai dgn taubat nasuha dan membanyakkan solat nawafil (sunat) (Ibn Qayyim, Ahkam asSolat)

Solat berjama'ah di mesjid adalah fardhu kifayah kpd ahli sebuah qaryah) dan ia memiliki kelebihan 27 X ganda dari solat sendirian. Solat di rumah sah menurut jumhur. Solat di mesjid berjama'ah (kpd mukallaf) jatuh hukum sunnat mu'akkad (solat yg diberati syara'). (Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny, 2/3-4). Jika masih ragu kembalilah semula kpd Ahkam Online untuk pejelasan yg lebih.

Rumusan:
Penawar mujarab bagi was-was ialah belajar. Tidak ada penyakit yg dapat disembuhkan iaitu kejahilan melainkan dgn belajar. Kejahilan (tiada informasi/ilmu pengetahuan) adalah induk kepada penyakit was-was. WA

Najis Tersentuh Anjing Kering

cikgu73 »

Assalamualaikum Wmt Wkt, tuan panel

Sekiranya tangan kita tepegang najis anjing yang kering, kemudiannya tangan kita memegang baju yang basah, adakah baju tersebut menjadi najis..saya pernah terbaca dalam buku feqah Syafie..jika anggota kering memegang najis kering tidak najis tetapi jika sebaliknya ia jadi najis.. adakah itu benar?



*****************************************
thtl »

Jawab:

Dalam bab najis ada tiga aliran:

ahli Kufah (hanafiah) yg paling ringan mengenai najis

ahli Hijaz atau hadis, sederhana pendiriannya

manakala aliran Syafi'iyah paling ketat di antara semua aliran itu. Maka tidak hairanlah orang Malaysia yg mengikut pendapat Syafi'iy dan ashabnya amat rigid dan keras sekali dalam urusan taharah dan najasah (najis). Cara untuk mengendorkan sikit aliran ini ialah menjengok kitab2 madzhab Malik, Hanbali dan Hanafi dan membuat check and balance dari terus bertaklid dgn pendapat Syafi'iyah sahaja.
Adapun menyentuh apa jua najis dalam keadaan kering tidaklah menajiskan apapun kerana najis itu tidak berjangkit dlm keadaan kering. Tidak ada dalil yg mendokong pendapat yg mengatakan kenajisannya. Prof Hasbi Siddiqiey, Kuliah Ibadah, PT Pustaka Rizqi Putra, Semarang, ID

Air Kolam Renang Diminum Anjing

ismawea »

Saya ingin mendapatkan pandangan drp panel mengenai hukum air kolam renang yang telah diminum/dijilat oleh anjing yang berkeliaran. Haruskah saya menyamak dengan air tanah selepas setiap kali mandi di kolam renang tersebut?



************************************
thtl »

Jwb:

Peringatan: tiada istilah samak dalam taharah. Samak atau tanning hanya ada dalam industri kulit sahaja. Dalam istilah fiqh taharah; kalimah yg sesuai ialah ghusl atau membersihkan najis.

Air kolam renang yg dijilat anjing tidak najis kerana air yg berada dlm bekas (container) melebihi dua kulah adalah suci.

Dalil: Syaikh Nasiruddin Albani, Tamamul Minnah mempertahankan bahawa hadis2 mengenai air dua kulah tidak semuanya dha'ef. WaLlahu a'alam

Samak Tersentuh Makanan Yang Ada Khinzir

MicroScript »

Assalamu'alaikum Warah Matullah

Adakah jika kulit kita tersentuh makanan cina yang ada babi atau minyak babi - wajib di samak?
Adakah jika dibasuh dengan sabun sudah memadai bagi mengganti samak (7kali tanah) ?


JazakaLlah


*************************************
thtl »

Jwb:

1. Kalimah 'samak' sering digunakan untuk najis anjing dan babi. Maka mulai sekarang kita ingin memperbetulkan penggunaan istilah samak dalam taharah. Sebenarnya istilah samak tidak ada dalam bab taharah najis, melainkan ia hanya digunakan dalam industry tannery (kulit) untuk dijadikan barangan kegunaan spt beg, talipinggang dan purse. Jika kita menggunakan kalimah samak untuk jilatan anjing dan babi akan mendatangkan konotasi kesulitan dan kepayahan yg amat sangat. Ini kerana untuk menyamak kulit mentah menjadi barangan siap adalah suatu proses yg rumit. maka istilah yg releven untuk najis anjing-babi ialah membersih atau menghilangkan najis juga spt najis yg lain,

2. Jika tersentuh makanan yg berasaskan khinzir, maka hendaklah dibasuh dgn air sebanyak 7 kali dan salah satunya ialah dgn tanah. Ini adalah pendapat Syafi'iyah. Saya tidak cenderung dgn pendapat ini (Syafi'iyah) bahkan pendapat Malikiah lebih rajih kerana nas hanya menyebut anjing dan tidak babi. Adapun mengqiaskan babi dgn anjing adalah tidak sah menurut malikiah. Namun saya akur dgn sensitiviti umat Islam Nusantara yg sudah menerima qias kenajisan anjing dan babi sebagai sama. Maka jika diterimapakai pendapat Syafi'iy dan Ahmad, maka menggunakan basuhan air tanah dalam tujuh basuhan itu dianggap wajib dan tidak boleh diganti dgn sabun. (Fatwa Indonesia, M Quraisyi Syihab)

Vaksin Dari Unsur Haram Terpaksa Digunakan

kitabhikam »

A'salam wr kth

Baru ini saya terbaca ttg kerajaan menghalalkan penggunaan vaksin yang diperbuat dari unsur haram pada asalnya dan menjadi harus apabila melalui suatu proses dan unsur yang haram tadi telah menjadi halal kerana ia telah menjadi satu unsur yang lain, khususnya vaksin untuk kegunaan jemaah haji.

Ini juga termasuklah masalah bangkai dan subjek haram yang lain. kalau macam tu arak apabila diproses menjadi air sirap maknanya boleh diminumlah yek.. pelik. Saya minta tuan buat penjelasan wallahua'lam


****************************************
thtl »

Jawab:

1. Isu Vaccine Meningitis bakal haji ke Arab Saudi.

Penyakit meningitis (Code W 135) adalah suatu penyakit berjangkit yg mudah berlaku dalam keadaan penuh sesak spt musim Haji, maka keperluan kepada vaccine dalam kuantiti yg banyak secara serentak (bukan sahaja bakal Haji dari Malaysia bahkan dari seluruh dunia) adalah termasuk isu dharurat. Dalam keadaan dharurat, maka vaccine dari punca haram itu dibolehkan. Setakat ini Majlis Fatwa kebangsaan belum memutuskan hukumnya secara pasti dan dijangka ia akan dilakukan dalam masa terdekat. Adapun teknologi penghasilan vaccine adalah suatu proses yg canggih dan rumit dan bahan2 asal sudah tentu akan berubah sifatnya dan ini menepati pula keharusannya dalam madzhab Hanafi (Imam Ibn Abidin). Kita tunggu keputusan majlis fatwa dahulu samada mereka akan menggunakan pendapat Hanafi.

2. Hujah anda dalam isu berkaitan: apakah harus memproses bangkai atau subjek haram yg lain menjadi bahan lain untuk kegunaan, cth: memproses arak menjadi air sirap TIDAK boleh dikaitkan dalam isu memproses Vaccine. Ini kerana vaccine itu bahan yg perlu dan umat Islam tidak ada kepakaran untuk menghasilkannya. Dalam keadaan biasa umat Islam tidak boleh memproses bahan haram atau bangkai menjadi bahan kegunaan hariannya (jika ia ada pilihan). Ini kerana Allah menjadikan seluruh isi bumi dan langit ini kepada manusia dan (khususnya) umat Islam hendaklah hanya memakan/mengguna yg halal dan baik2 sahaja kecuali kes2 dharurat spt kes vaccine meningitis ke Arab saudi. Adalah suatu kebodohan bagi umat Islam memproses arak untuk dijadikan sirap ros sedangkan perisa rose boleh dihasilkan dari pelbagai sumber bersih dan suci termasuk roselle. WaLlahu a'alam

20 January 2010

Hukum Dakwat Printer

mfuzi »

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin bertanya mengenai dakwat inkjet printer yang biasa digunakan untuk refill.

Adakah ia dikira sebagai bahan yang menghalang air ketika bersuci. Kerap kali apabila menggunakannya, ia akan terkena tangan dan tidak keluar apabila dicuci.

Apa yang harus saya lakukan, adakah wudhuk dan mandi hadas saya sah jika kesan dakwat itu masih ada?

Harap penjelasan dari al-ahkam...

terima kasih


***************************************
pendekar »

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara dan berikut adalah jawapannya dengan taufiq dan hidayah daripada Allah Ta’ala :

Majoriti Ulama’ Fiqh telah memutuskan bahawa syarat-syarat sah wudhuk itu ialah :

1 – Air wudhuk yang suci itu hendaklah mengenai semua anggota-anggota tubuh yang wajib dikenakan air wudhuk . Hatta , kalau ada sebesar lubang jarum pun kawasan tersebut yang tidak dikenai air wudhuk , maka wudhuk itu dikira tidak sah.

2 - Menghilangkan apa-apa sahaja benda yang boleh menghalang air daripada sampai dan mengenai anggota-anggota wajib wudhuk. – seperti cat , lilin , lemak, dakwat yang dipastikan ianya sememangnya menghalang air wudhuk itu disebabkan ianya dibuat daripada jenis yang tidak telus air ( water resistant ) dan cat kuku wanita.

3 – Tiada perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhuk itu berlaku di masa seseorang itu sedang berwudhuk – contohnya berlakunya haidh , nifas dan air kencing.

4 – Bagi tayammum pula , hendaklah dilakukan setelah masuknya waktu solat. Dan perkara ini tidak diakui oleh ulama’ Fiqh Mazhab Hanafi.

Oleh itu , andainya saudara memang dapat memastikan bahawa dakwat printer itu ( dengan mengetahui kandungan dakwat tersebut ) – ataupun dapat dipastikan oleh pakar kimia (chemist) – ianya benar-benar boleh menyebabkan air sembahyang itu tidak mengenai anggota-anggota wajib wudhuk , maka hendaklah ianya dihilangkan terlebih dahulu – contohnya dengan menggunakan spirit dan seumpamanya.

Dan andainya masih ada kesan dakwat printer itu setelah diusahakan untuk menghilangkannya dengan bersungguh-sungguh ( tidaklah secara sambil-lewa sahaja ) maka tidaklah mengapa kerana kejadian seperti itu termasuk di dalam apa yang disebut oleh Istilah Syarak sebagai “ Umum Al-Balwa “ (Úãæã ÇáÈáæì) iaitu kesulitan yang dimaafkan oleh syarak . Dan Islam itu diturunkan untuk memudahkan umatnya , bukannya menyulitkan umatnya.



Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

Sepatu Terpijak Najis Anjing

nsko »

Assalamualaikum

Saya terpijak najis anjing dan ada kesan di tapak kasut saya. Tetapi tiada kesan di atas karpet yang di pijak. Perlukah saya samak karpet yang tiada kesan itu?

JZKK


*********************************************
thtl »

Jawab:

Tidak perlu.

Dalil:

HR Abu Daud dari Abi Hurairah ra," jika salah seorang kamu terpijak najis dengan sepatunya, maka tanah dapat mensucikannya."

HR Abu Daud dan Ahmad dari Abu Sa'eed ra," bila kamu terlihat kotoran pada (bawah) sepatu kamu, gosoklah ke tanah dan kemudian ia boleh dipakai semasa solat." Fiqh Sunnah

Celak Mata Dan Bekas Darah DiPakaian

Tudung putih »

Assalamualaikum Ustaz...

Saya nak tanya...

1) Kalau sewaktu berwuduk, celak mata tidak padam sepenuhnya...adakah wuduk itu sah?

2) Darah pada pakaian telah diusahakan bersungguh-sungguh untuk membersihkannya tetapi masih terdapat sedikit kesan berwarna. Adakah sah solat sekiranya pakaian ini digunakan ketika bersolat.

Itu sahaja setakat ini...
Sekian, trimas

Assalamualaikum


*********************************************
thtl »

Jawab:

1. Celak dan inai sudah digunakan sejak sebelum Islam lagi dan tiada perbahasan fuqaha' bahawa ia menghalang air wudhu', kecuali ia menggunakan bahan2 baru yg tidak telus air (water resistant) Jika ia menggunakan bahan semula jadi, maka tiada masalahnya (Dr Zaydan, alMufassal, Jld 1)

2. Kesan itu termasuk `umum albalwa' (kesulitan yg dima'afkan) sesuai dgn sifat Islam yg mempermudah dan tidak mempersukar. (Ibid) WaLlahu a'alam

Adakah Bulu Kuching Najis?

mahrani »

Assalamualaikum...

Seperti yang diketahui hukum bulu kucing yang gugur itu adalah najis. Rumah saya ada memelihara beberapa ekor kucing jadi kadangkala kucing tersebut tidur di atas sajadah. Setelah menggunakan sejadah tersebut saya dapati terdapat beberapa helai bulu kucing melekat. Jadi bagaimana keadaan solat saya samada sah atau tidak?


*************************************
thtl »

Jawab:

Apa yg diketahui umum tentang kenajisan bulu kucing itu adalah berlawanan dengan amalan salaf assoleh. Ibn Abbas ketika mentafsirkan ayat 145 : surah alAn'am menjalaskan yg diharamkan ialah dari sudut memakannya, tapi tidak haram pula bulunya, kulit, tulang, gigi dan rambutnya." (Ibn Munzir dan Ibn Hatim). Maka bulu kucing itu tidak najis. Fiqh Sunnah

User avatar
thtl

Bekas Najis Anjing Dijalanan

nexium »

Assalamu'alaikum wbt...

Saya ada terbaca dalam kitab feqh syafi'e (tak ingat namanya) mengatakan sekiranya ada najis mughallazah di jalanan dan ketika itu hujan dan terkena percikan hujan yang terkena najis ke seluar kita, maka perlu samak dan tidak dimaafkan seperti najis2 yang lain...

Adakah pendapat ini sahih dan kuat? Sekiranya benar, amatlah sukar bagi kami yang tinggal di Eropah yang mana selalu hujan dan tahi anjing ada di merata2 tempat di jalanan. Boleh tak kami ambil pendapat mazhab lain yang tidak memaafkan perkara ini? Sekian, terima kasih... wassalam


*************************************
thtl »

Jawab:

Islam telah mengangkat belenggu dan kesukaran yg dikenakan pada agama-agama yg terdahulu. Tidak dituntut dalam agama kita meneliti setiap jenis najis di jalanan atau menganalisa najis yg terpalit pada pakaian kita dan ditentukan jenis najisnya.
Islam tidak menghukum sesuatu yg ghaib dari pandangan kita dan tidak dituntut pula kita menyelidikinya.

Mengenai najis anjing di Eropah, adalah tidak benar mengatakan najis anjing bersepah di merata-rata tempat kerana kita tahu masyarakat Eropah adalah sebuah masyarakat yg amat mengutamakan kebersihan jauh lebih tinggi dari negara-negara Timur. Bandarayanya begitu bersih dan jalan dan pavementnya disapu setiap hari dan saya sendiri pernah ke USA dan Eropah dan saya tidak dapati dakwaan anda itu ada kebenarannya.

Hukum yg benar ialah bila anda terkena jilatan anjing sahaja yg perlu dibasuh 7 kali dan anda tidak disuruh untuk meneliti najis di jalanan. WaLlahu a'alam

Air Musta'mal Menghilangkan Najis

Abu Ahmad Didat »

Assalamualaikum:

Adakah air musta'mal boleh digunakan untuk membasuh najis. Dalam mazhab Syafie dan Hanbali; air musta'mal tidak boleh digunakan untuk menyucikan najis

Manakala dalam mazhab Maliki dan Hanafi ia boleh digunakan untuk menyucikan najis.
Boleh tak huraikan dan yang mana satukah pendapat yang kuat. Bagi pendapat saya sekiranya air musta'mal tidak dapat digunakan untuk menghilangkan najis seperti mana dalam qaul jadid dalam mazhab Syafie; sedangkan tiga sifatnya masih belum berubah, kemungkinan akan menimbulkan kesukaran. Contohkan air dalam sebuah timba yang dimasuki air basuhan pertama ketika berwudhuk. Tentu tidak dapat digunakan untuk menghilangkan najis. Harapan pihak Al Ahkam dapat memberi penjelasan.

WASSALAM


******************************************
thtl »

Jawab:

Pendapat yg mengatakan air mustakmal itu suci lagi menyucikan lebih rajih. Kita kemukakan dalilnya:

a. HR Muslim dari Ibn Abbas ra," Nabi saw pernah mandi dengan air lebihan (mandian) Maimunah."

b. HR Asyhab Sunan, " Nabi mandi dari bekas mandian isterinya selepas mandi junub, Nabi mandi dari takungan air itu."

c. HR Abu Daud dari Aisyah ra, "aku mandi bersama Nabi saw dari satu bekas (air), sedang kami dalam keadaan junub."

d. HR alBukhari dari Anas, Anas menceritakan 80 orang sahabat merwudhu' dari satu bekas air yg kecil.

e. Fathul Bari 1/274, Nabi saw mengajar sahabat berwudhu' dari satu bekas dengan mencelup tangannya dalam bekas itu.

Kitab Fiqh Sunnah juga membenarkan pendapat yg mengatakan air mustakmal itu suci dan boleh digunakan untuk berwudhu', mandi dan menyucikan najis. WAllahu a'alam

Air New Water Singapura

Abu Ahmad Didat »

Assalamualaikum wrt wbh:

Merujuk kepada masalah di atas saya harap pihak Al Ahkam dapat memberi jawapan yang lengkap demi mengelakkan kekeliruan yang berlaku berikutan beberapa fatwa yang dikeluarkan.

Pertama: fatwa dari Mufti Singapura yang menfatwakan air itu suci

Kedua: fatwa dari mufti Perak yang menfatwakan air itu tetap najis (Utusan Malaysia 18.8.2002, Ahad)

Kemungkinan pihak Al Ahkam boleh mendapatkan penjelasan dari pihak yang berautoriti untuk dipaparkan kepada umum


***********************************
thtl »

Jawab:

1. Ini isu yg tidak urgent dan tidak perlu difikirkan buat masa ini sehingga ia menjadi realiti dan air itu betul-betul akan di gunakan di Republik Singapura ekoran kegagalan rundingan air dengan Malaysia.

2. Ia masalah Singapore, jika mereka dalam dharurat dan Muftinya telah memfatwakan suci, maka sudah tentu fatwa itu terpakai untuk rakyat Islam Singapura. Apa yg kita Ahkam dan Mufti Perak ingin jelaskan lagi.

3. Jika air Newater ini akan digunapakai di Malaysia kerana semua air kita sudah tercemar, barulah kita akan mengkaji fatwa Mufti Perak itu. Buat masa ini Ahkam tetap berpegang dengan kaedah asal terhadap kesucian air: kekal dengan baunya, rasa dan warnanya dan kita tambahkan lagi jika kajian mendapati ia suci dengan bantuan teknologi seperti sulingan, distillation dan reverse-osmosis yg terbukti mampu mengembalikan ketulinan dan kemutlakan air dalam bentuk asalnya.

Setakat ini, kita biarkan keadaan ini kerana mengambil nasihat Umar alKhattab ra, "jika ia benar-benar terjadi, kembalilah semula kepada kami dan kami akan menjelaskan hukumnya." Allahu a'alam.

Solat Dengan Pakaian Terkena Najis

cikgu73 »

Assalamualaikum Tuan Panel Al-ahkam

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan-soalan saya yang lepas- saya masih ada persoalan :

1.Bolehkanh dalam syarak seseorang yang pakaian nya terkena najis- dan oleh kerana tiada pakaian yang suci... dia bersoalat dengan niat menghormati waktu.. disebabkan tak sepat pulang ke rumah

2.Apakah dalil - Hadis Nabi... yang menetapkan kita jika tak pasti tentang satu-satu hadis

Wassalam


***************************************
pendekar »

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

1 – Perbahasan mengenai perkara ini cukup panjang di dalam kitab-kitab Fiqh dan fatwa-fatwa, namun sebagai ringkasannya ialah :

a – Asal-Usul Solat, mestilah di dalam keadaan berpakaian suci drp sebarang najis adalah wajib disebabkan firman Allah Ta’ala: Ertinya : “ Dan hendaklah engkau menyucikan pakaian kau “ ~ Al-Muddatsir : Ayat 4.

b - Asal-Usul Solat, wajib dilakukan di dalam waktunya yang ditentukan, maksudnya kalau solat zuhur, mestilah dilakukan di dalam waktu zuhur, bukannya di waktu selainnya ( kecuali apabila adanya halangan ataupun sebab-musabab yang mengubah kewajipan asal ini ).. Dalil wajibnya ialah : Ertinya : “ ..Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas mukminin “~ An-Nisaa’ : Ayat 103.

c - Oleh itu, andainya seseorang itu berada di dalam situasi yang digambarkan oleh saudara penyoal itu, maka hendaklah dia tetap melakukan solatnya walaupun di dalam keadaan berpakaian yang tidak suci kerana menghormati waktu dan kemudian apabila dia mendapati pakaian yang suci hendaklah dia mengerjakan semula solat tadi.

d - Solat untuk menghormati waktu itu menurut sebahagian pendapat, adalah Bid’ah di dalam beribadat, namun menurut pemerhatian saya, ianya bukanlah bid’ah kerana beramal dengan ayat 103, Surah An-Nisaa’ yang kita jelaskan di atas. Tambahan pula, terdapat pula beberapa hadis Saidina Rasulullah s.a.w yang memerintahkan para sahabat (r.a) menunaikan kembali solat fardhu yang sudah pun mereka kerjakan disebabkan beberapa sebab.

***********************
2 – Dalilnya ialah hadis Saidina Rasulullah s.a.w :

(( “ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang sengaja berdusta dengan namaku, maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka “.)) Riwayat Imam Al-Bukhari (rh) - ( Kitab Ilmu : 108 ) / Imam Muslim (rh) : Muqaddimah Hadis ke-4 / Imam Ibnu Majah (rh) – Muqaddimah – Hadis ke-34 / Imam Ahmad (rh ) – Musnad , halaman 365 – Juzuk ke-2.

Daripada hadis ini, para ulama’ telah membuat istibath ( keputusan ) bahawa untuk mengelakkan seseorang itu daripada berdusta dengan sengaja ke atas ( sengaja berdusta dengan menggunakan nama ) Saidina Rasulullah s.a.w sebagai mana berikut :

I – Kalau kita masih belum meyakini kesahihan sesuatu hadis itu ( apakah martabat hadis itu ) maka hendaklah kita menyatakan “ terdapat di dalam sebuah riwayat “ , bukannya berkata : “ terdapat di dalam hadis Saidina Rasulullah s.a.w “.

II – Jika kita terlupa teks hadis ataupun terjemahan sesebuah hadis dengan lengkap, maka untuk mengelakkan jenayah berdusta dengan menggunakan nama Baginda Rasulullah s.a.w, maka kita dianjurkan untuk menyebut beberapa kalimah yang boleh memberi kefahaman bahawa apa yang akan kita sampaikan itu adalah PENGERTIAN drp hadis Saidina Rasulullah s.a.w, dan ianya BUKANNYA hadis yang betul-betul ( exactly ) keluar drp lisan Saidina Rasulullah s.a.w yang amat mulia itu.

Contohnya dengan menyebut :

AU KAMA QAL : Ertinya : “ Ataupun seumpama itu sabda Baginda Nabi s.a.w”.

FI MA MA’ANAHU : Ertinya : “ Secara pengertiannya adalah … “.

***********************
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.


RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1- FIQH AL-ISLAMIY WA ADILLATUH : Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily
Jilid I , halaman 731 –734 ( Cetakan ke-4 : 1997 ) ~ Darul Fikr.

2- AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM : ‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr
Jilid –IV , halaman 103 ( Cetakan Darul Ghad Al-‘Araby ).

3- Penerangan Lisan Drp Syeikh Solleh Hamdi As-Sisi.


Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

Najiskah Beberapa Perkara ini?

hatibatu »

Assalamua'laikom

1. Sahkah wuduk jika ada tahi mata? adakah tahi mata itu najis?

2. Perlukah bersolat semula jika air sembahyang atau peluh masuk ke dalam mulut ketika sedang solat?

3. jika di celah2 kulit tapak kaki yang pecah ada kesan kekotoran hitam perlukah kaki itu diberus, direndam dalam detergent sehingga kekotoran hitam itu hilang atau hanya disental dengan sabun sahaja walaupun kekotoran hitam itu masih ada?

4. saya mengalami masalah kulit mati yang banyak dan setiap kali selepas mandi jika saya tidak menggarunya maka kulit2 mati itu akan keluar macam daki bila saya lap dengan tuala(Untuk pengetahuan Tuan, jika saya menggosok diseluruh badan saya kulit mati itu takkan keluar tapi dengan menggarunya maka bergentel2 keluar macam daki). boleh tak jika saya ignored kulit mati tersebut maknanya saya hanya menyabun saja badan saya tanpa perlu menggaru sekiranya saya mandi hadas besar? ini disebabkan jika saya garu maka kulit tubuh saya akan bebalar dengan garis2 merah akibat digaru.
5. Jika selepas mencukur dan keluar darah sedikit akibat dari cukuran tersebut kemudian mandi hadas besar dan darah tersebut masih keluar. ada kah sah mandians aya itu?


********************************************
pendekar »

Berikut adalah jawapan-jawapan bagi setiap soalan saudara, mengikut ilmu pengetahuan saya yang sedikit yang dianugerahi oleh Allah Ta’ala :

1- Sah wudhuk anda , kerana tahi mata bukanlah najis . Bukan setiap yang kita panggil “tahi” itu najis , seperti “tahi hidung”, “ tahi lalat “, “ tahi miyak “ dan “ Kueh tahi itik “ (sejenis kueh yang popular di Pantai Timur).

2- Tidak perlu anda solat semula kerana peluh ataupun bekas air sembahyang (wudhuk) masuk ke mulut anda. Lainlah, kalau anda sengaja “meneguknya ataupun menelannya” di dalam solat.

3- Selagi ianya tidak menyebabkan air sembahyang anda itu TERHALANG drp sampai @ mengenai ke anggota-anggota tubuh badan yang wajib berwudhuk, maka ianya adalah SAH.

Islam itu mudah wahai saudara ! Islam tidak sampai “memberat-beratkan” umatnya untuk berbuat demikian (rendam kaki dlm detergent) , Jadi, cukuplah sekadar menghilangkan apa-apa yang menghalang air sembahyang mengenai anggota tubuh badan yang wajib berwudhuk.

Dan pada pandangan saya, kekotoran hitam itu, TIDAKLAH MENGHALANG air wudhuk mengenai anggota tubuh badan yang wajib berwudhuk, KECUALILAH kalau kekotoran hitam itu benar-benar boleh menghalang air wudhuk drp sampai ke anggota badan yang dituntut berwudhuk, seperti kekotoran hitam yang disebabkan oleh gris ataupun cat hitam.

4- Sebagaimana di dalam Kitab-Kitab Fiqh (menurut pengetahuan saya yang sedikit ini) tidak menyebut bahawa ketika mengambil air sembahyang, kita diwajibkan menggaru-garu daki tubuh-badan kita ataupun memastikan daki-daki tersebut tiada, maka, tidak perlulah anda berbuat demikian terhadap kulit yang mati itu. Cukuplah sekadar membasuhnya ataupun menyabunnya (ketika mandi) , apatahlagi dengan menggarunya, lebih menyusahkan diri anda. Silalah anda jangan memberat-beratkan diri ataupun menyusahkan diri anda sendiri dengan apa yang tidak dituntut oleh agama Islam yang menganjurkan kemudahan kepada umatnya.

5- Ya ! Sah mandian tersebut kerana darah yang keluar akibat bercukur itu, bukanlah sesuatu yang anda sengajakan dan bukannya di dalam jumlah yang banyak sehingga boleh membatalkan wudhuk anda.

Saranan : Demi menghilangkan lagi rasa sukar dan perasaan was-was anda di dalam menjalankan urusan kehidupan anda menurut neraca agama Islam, dan untuk lebih memahami tuntutan Islam ini, anda disarankan agar sentiasa mendekati majlis-majlis pengajian Islam (di masjid-masjid, di surau-surau ataupun di mana-mana sahaja). Semoga anda sentiasa diberkati Allah Ta’ala dan dimudahkan urusan anda. Amin.

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.


Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

Air Perigi dan Air Paip

Al ansar »

1. Jika air perigi tidak sampai kadar dua kolah seperti mana yang ditetapkan oleh fuqahak Syafiei, apabila mengalir ke dalamnya air musta'mal, maka adakah air itu masih dikira masih air mutlak, dan jika air perigi itu dimasukki najis adakah ia masih suci?

2. Soalannya agak jarang berlaku tapi sebagai penyelesaian hukum saya harap ustaz dapat jelaskan. Begini, seorang jemaah telah mendengar seorang pengacara agama dalam radio memberi fatwa kepada masalah ini; jika air dalam sebuah bekas dialirkan melalui bawah bekas tersebut, jika timba.........air tadi dimasukkan melalui bahagian sebelah bawah dengan menggunakan paip air. walaupun air dalam timba itu tidak mencukup dua kolah, hukumnya tetap air mutlak, tidak musta'mal. Hujjah beliau (pengacara) sebab air dalam paip masih banyak macam air mata air. Jelas dari jawapan yang diberikan, boleh berwudhuk dalam bekas tersebut dengan jumlah air yang kurang dari 2 kolah walaupun dimasuki air musta'mal basuhan pertama kerana air dalam paip masih masih banyak lagi.

Soalannya adakah logik jawapan ini? Ini kerana yang diambil kira adalah jumlah air dalam bekas tersebut bukan jumlah air yang masih dalam paip.

3. bagaimana pula dengan masalah air perigi yang dicemari bangkai binatang hingga mengubah warna, rasa, dan bau air tersebut. Setahu saya air itu bernajis dan perlu ditimba airnya dengan kadar yang ditetapkan, jika merujuk kepada kaedah yang dipakai oleh pengacara tersebut maka air perigi tadi tidak najis sebab air mata dalam perut bumi masih banyak. Saya yakin pengacara itu pun bersetuju bahawa air perigi itu bernajis, tambahan pula jika jumlah air dalam perigi tersebut tidak mencukupi 2 kolah, minta penjelasan daripada ustaz.



**************************************
thtl »

Jawab:

1. Air perigi sebenarnya hanya berada dalam kitab-kitab klasik sahaja. Begitu juga konsep sukatan air dua kulah, juga hanya berada dalam kitab-kitab lama yg tidak diketahui lagi oleh generasi kini apakah isipadunya dalam cubic metre. Hadis yg digunapakai oleh Syafi'iyah mengenai dua kulah ialah hadis mudhtarib (sanadnya bersimpang siur) maka hadis ini ditolak oleh ahli hadis dan tidak boleh dijadikan dalil hukum (Ibn Abdil Barr, tahqeeqan Sayyid Sabiq)

Jika masih ada yg menggunakan perigi/telaga atau sumur, maka air telaga masih dianggap suci/mutlak selagi mana sifat air itu (rasa, warna atau bau) tidak berubah. Dalil: HR Ahmad, Syafi'iy, Abu Daud, anNasa'iy, dan atTermidzi dari Abu Sa'eed alKhudry ra," ditanyakan orang kpd Nabi saw, bolehkah kita berwudhu' dari telaga Budha'ah (telaga utama Medina)? Sabda baginda," air itu suci lagi menyucikan, tiada apa yg dapat menajisinya."

2. Ini menggunakan konsep `fountain' dan ia termasuk air yg mengalir, maka tidaklah dapat dinajisi selagi mana sifat mutlak air (rasa, warna dan bau) masih kekal.

3. Bangkai binatang yg berada dalam telaga yg merubah sifat mutlak air perigi (bau-rasa-warna), hendaklah di timba airnya. Jika dulu menggunakan timba dan berbedza-bedza mengikut madzhab, ada kata 20 timba, ada kata 30, ada kata 40 dan ada kata 50 timba, mereka berselisih pula dgn saiz timba. Zaman kita ni senang guna pam sahaja dan timba sehingga kering. Allahu a'alam