30 December 2008

Mandi Wiladah

Salam

maaf sbb saya hantar PM... sebenarnya saya tak tahu b/mana nak buat posting soalan kat forum alahkam ni.

soalan saya.
setahu saya mandi wiladah dilakukan selepas habis nifas (maksudnya selepas darah nifas kering)..

baru2 ini saya terima satu email yg mengatakan, orang yg bersalin wajib mandi selepas melahirkan anak... maksudnya lepas selesai bersalin perlu mandi wajib, kemudian selepas darah nifas kering perlu mandi wajib sekali lagi.

soalan saya, adakah wanita yg melahirkan anak perlu mandi wajib ababila selesai bersalin, dan mandi lagi sekali apabila darah nifas kering atau mandi wajib sekali sahaja( iaitu selepas darah nifas kering)..

Wassalam

drpd jentayue


_________________
Tiada dalil mengenai mandi wiladah.

Hadith riwayat al-jamaah kecuali an-nasa'ie meriwayatkan bahawa perempuan hendaklah melakukan ghusl dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin samada anak itu hidup atau mati

Imam At-tirmizi menyebut, “di kalangan para sahabat dan generai tabiin dan generasi tabi’ tabiin sepakat mengatakan bahawa wanita selepas melahirkan anak hendaklah ia tidak bersolat selama 40 hari kecuali darahnya berhenti. Sekiranya darahnya berhenti mengalir sebelum tempoh itu (40 hari), hendaklah ia melakukan ghusl (mandi) dan melakukan solat.”

Hadith S.A.W hanya menyebut mandi sekali sahaja selepas keringnya darah nifas.

Mandi wiladah merupakan term kpd mereka yg keguguran/bersalin melalui melalui pembedahan/anak mati. Ia masih dlm lingkungan mandi nifas.

Mengenai mandi dua kali (mandi nifas dan mandi wiladah) datang dari fatwa mufti brunei. Tiada dalil disertakan mengapa perlunya mandi 2 kali(dlm Irysad Hukum Edisi tahun 2000).

Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah?

WA

_________________
Wassalam

Tarjeehan:

Mandi Wiladah = Mandi disebabkan illat bersalin ini adalah satu pendapat yg masyhur dalam Syafi'iyah, antaranya dalam Kitab-kitab popular mereka yg berikut: Fathul Mu'ien, Kifayatul Akhyar dan alGhoyah wa taqreeb. Ini dinamakan mandi wajib kerana bersalin kemudian kena pula mandi kerana tamatnya Nifas (40 hari). Tidaklah kita berminat utk memanjangkan kenapa mereka berpendapat demikian. Tapi spt kata Ust Zayed, mandi yg asah di sisi Jumhur ialah mandi Nifas sahaja. Jika bersalin tanpa darah atau bersalin secara Caesar tanpa ada darah, maka di sisi Hanbaliah dan fatwa2 semasa spt Lajnah Daimah KSA tidak wajib mandi sebab illat mandi ialah adanya Nifas (bila kering nifas, barulah mandi)

Tafsiran mandi wiladah dan nifas ini adalah khilaf pada tafsiran illat (sebab) mandi bagi wanita: samada kerana bersalin atau kerana darah Nifas.

Pilihan kami: Illat mandi bagi wanita bersalin ialah adanya darah nifas. WA

Niat Wuduk Semasa Mandi Wajib

assalamualaikum,
1. apakah niat wuduk masa mandi wajib?

2. apakah kita tidak perlu mengambil wuduk sekali lagi sekira hendak menunaikan solat selepas mandi wajib tersebut?

-----------
1. Niat wudhu adalah sama pada semua keadaan samada dari perkara sunat hinggalah perkara wajib.

2. Tidak perlu sekiranya wudhu' itu masih sah/tidak batal (Nailul Awtar, Syaukani)

Dari Aisyah R.A, apabila melakukan mandi junub selepas melakukan jimak, baginda akan memulakan dgn membasuh tangan. Kmdn baginda S.A.W akan menuangkan air dari tgn kanannya ke tgn kiri dan membasuh alat sulitnya, kmdn baginda S.A.W akan berwudhu’, lalu mengambil air sambil meletakan jari-jarinya di hujung akar rambut utk memastikan bahawa kulit kepala itu ara, kmdn menjiruskan air ke atas kepala sebanyak 3 kali dan kemudiannya menjiruskan air ke seluruh tubuhnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rujukan;
Fiqhus Sunnah Jilid I, Sayyid Sabiq
Fiqh Islami, Wahbah zuhaili

_________________
Wassalam
Jawapan atas Jawapan:

Kita menyusun kembali jawapan sdr Zayed

1. Niat wudhu’ semasa mandi wajib
Ini khilaf fiqhi. AlQadhi Abu Bakar Ibn Arabi (syarh Sunan atTermidzi) berpendapat ijma’ fuqaha’ (suquti) bahawa Niat wudhu’ dimansuhkan dan Niat Janabah sudah memadai.

Ijma’ ini dibantah oleh Abu Tsaur dan Daud Zahiri yg mewajibkan wudhu’ walaupun mandi.

AlMuhaddith Albani (Tamamul Minnah) juga membantah ijma’ ini dan menetapkan amalan yg Sunnah ialah Nabi saw berwudhu’ sebelum mandi janabah. Dalilnya: HR Syaikhan dari Aisyah ra “ RasuluLLah saw jika mandi janabah, membasuh kedua tangannya dan berwudhu’ spt wudhu’nya solat dan kemudian barulah mandi..”

Menjawab soalan anda: Niat wudhu’ tidak wajib menurut ijma’ (nukilan Ibn Arabi)
Berwudhu’ diwajibkan menurut tahqeeqan Albani (yakni sebelum Mandi)
Perbahasan tentang niat itu sudah dipaparkan sebelum ini. Ia hanya lintasan hati dan bukannya lisan.

2. Tidak perlu berwudhu’ lagi menurut ijma’ sukuti
Dalilnya: HR Ahmad, Abu Daud, anNasa’iy, atTermidhzi, Ibn Qudamah alMaqdisi: alMughny 1:122, Imam syaraf anNawawee, alMajmoo’: 2: 195; Sunan Ibn Majah 1:20
“ Adalah RasuluLlah saw tidak lagi berwudhu’ selepas mandi janabah.”
Hadis ini dinilai Mauquf oleh Albani, hanya athar dari Ibn Umar ra.

Pada pendapat kami, ikutilah Sunnah Muhammad saw dalam Mandi Janabah, yakni berwudhu’ sebelum Mandi. Cuma ditangguhkan membasuh kaki kerana ia dilakukan sebagai penyudah.

(tahqeeq Dr Abdul Karim Zaydan, alMufassal) juga dari tatacara oleh alImam Ibn Qudamah alMaqdisi: alMughni: 1/217). Juga Prof Hasbi Siddiqiey, Hukum2 Fiqh Islam: Jld 1, Masalah 69. WA

Bagaimana Tidur Boleh Membatalkan Wuduk

Ana ada sedikit kemusykilan...

Bagaimana tidur yang membatalkan wuduk?

wa

---------
Salam

Tidur yang nyenyak itu membatalkan wudhu'. Dalil2nya adalah

Sabda baginda saw yg diriwayatkan oleh Ali yang bermaksud, "Mata itu adalah pengawal dubur, maka dengan kerana itu sesiapa yang tidur, mka dia wajib berwudhu'."[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah]

Dari Shafwan bin Assal r.a, "Rasulullah saw. memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka sepatu selama tiga hari tiga malam, kecuali bila junub, tetapi agar membukanya di kala buang air besar atau kecil dan jika tidur.”[Hadis riwayat Ahmad, Nasa’i dan Turmudzi yang menyatakan sahnya]

Dari Muawiyah, "Mata itu adalah pengawal dubur. Jika dua mata telah tidur, maka terlepaslah kawalannya."[Hadis riwayat Ahmad]

Kembali kepada persoalan VHoutenJr:

Quote:
Bagaimana tidur yang membatalkan wuduk?

Ulama' berbeza pendapat mengenai perkara ini. Secara umumnya terdapat dua pendapat iaitu:

Mazhab Hanafi dan Syafi'i berpendapat, tidur dalam keadaan rapat papan punggungnya ke tempat duduk tidaklah membatalkan wudhu'. Mereka berdalilkan kpd hadis berikut:

Hadis riwayat Anas yang bermaksud, “Pernah para sahabat Rasulullah saw. menunggu waktu utk sembahyang isya', lalu mereka terlena sambil duduk, kemudian mereka bangun melakukan shalat tanpa wudhuk. [Hadis riwayat Syafi’i, Muslim, Abu Daud dan Turmudzi]

mazhab maliki dan hanbali pula berpendapat, tidur yg sebentar ataupun ringan tidak membatalkan wudhu'. Dalil mereka:

Hadis riwayat Anas yang bermaksud, “Para sahabat Rasulullah saw. menunggu-nunggu waktu isya hingga larut malam, hingga kepala mereka berkulaian, kemudian mereka melakukan shalat tanpa wudhuk lebih dahulu.

Hadis riwayat Ibnu Abbas katanya, "Aku telah bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah, lalu baginda bangun drpd tidur Baginda dan aku juga turut bangun di sebelah rusuk kiri BAginda, lalu baginda memegang tanganku dan menempatkan aku di sebelah rusuk kanan Baginda. Apabila aku terlelap, Baginda telah sembahyang sebyk 11 rakaat."[Hadis Riwayat Muslim]

Kesimpulannya, menurut Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Fiqh Islami jilid 1, tidur dalam keadaan mengiring yang tidak rapat papan punggungnya, sama ada di dalam sembahyang atau lainnya boleh membatalkan wudhu' tanpa khilaf lagi di kalangan fuqaha'. WA.

Wassalam

Rujukan

Fiqh & Perundangan Islam Jilid 1
oleh Dr Wahbah al-Zuhaili

Fiqh Islamiyyah Volume 2
oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad
(Fatwa Sheikh Ibn Baz)

Niat-niat Mandi

saya nak tahu niat-niat mandi dalam Islam dengan sebutan yang betul supaya tidak lari maksudnya.

---------------
Jawab:
[U]= Soal-Jawab Ulangan (sudah terjawab sebelum ini dibawah carian Talafuz Niyyat (hukum melafazkan Niat)

Rumusan:
Melafazkan niat baik ketika berwudhu', mandi, Solat, Puasa atau Zakat dan haji adalah dipopularkan oleh kitab2 Madzhab Syafi'iyah khususnya kitab2 yg mutaakhirin (period kemudian).

antarannya : I'anat Tolibin:1/130 (Disunatkan mengucapkan niat supaya lisan dapat membantu hati)

Sunat ini dikeluarkan dari dua dalil:

a. perbuatan lisan membantu hati dalam urusan niat itu diistimbathkan dari ayat: alMaidah ayat 2 ( tolong menolonglah (bantu-membantui) dalam urusan kebajikan dan taqwa)

b. Di Qiaskan dari niat melaksanakan Ibadah haji pada lafaz LabbaikaLlah.
Imam Ibn Qayyim alJawzea, seorang Imam, alhafeedz, ahli Hadis dan Syaikhul Islam dalam Zaad alMa'ad menumpaskan dua dalil ini dgn mudah sekali.

a. Perihal dakwaan lafaz lisan membantu hati dalam berniat bercanggah dgn hadis Umar alKhattab bab Niat (sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya) kalimah "binniyyat" dalam hadis itu yakni Ba' dalam bil niyyat itu memberi isyarat "li as sababiyah" maksudnya amal itu tergantung pada niat BUKAN "lil almusyahabah" maksudnya amal itu diterima kerana disertai dgn niat atau lafadznya.

b. Jika lisan membantu hati ketika berlafaz niat, apa pula yg akan membantu lisan? Ini berlawanan dgn hadis dalam Matan Arba'en bahawa yg menentukan kesejahteraan seluruh badan itu ialah hati termasuk yg membantu lisan ialah sebenarnya hati bukan lisan yg membantu hati.

c. Tidak boleh diQiaskan lafaz Labbaika Haji dgn lafaz Niat utk mandi, wudhu' dan Solat. Ini kerana ibadah spt Mandi, Wudhu' dan Solat diwajibkan di Mekah sedangkan Haji di Medina. Juga tiada pernah Nabi saw berlafaz niat semasa mandi, wudhu' dan solat. (Zaad alMa'ad :1/51)

alImam al Ustaz alSyaikh Muhammad Rasyid Ridha (Tafsir alManar:6/246) menjelaskan dgn lancang kekeliruan mereka yg merekacipta lafaz2 niat ini terutama dari fuqaha' Syafi'iyah yg mendalami falsafah Niyat ini sebenarnya suatu yg anih, jahil akan hakikat niat, mereka telah melakukan bid'ah kalimah2 ALlah dan Rasul-Nya yg tidak dikenali, tidak dikenali di kalangan Salaf, suatu yg berlebih2an dan boleh mengganggu kelancaran ibadah."

Maka hendaklah kembali pada status asal dalam mnasalah niat, tiada lafaz dan Nawaitu dan Usyalli, begitu juga kalimah-kalimah 3 raka'at, 4 raka'at, tunai, qadha, Imam dan makmum....memadai dgn lintasan hati sahaja. WA

Potong Kuku Dan Rambut Dalam Hadas Besar

Assalammualaikum.....

Saya nie baru je berumur se tahun jagung... lebih2 lagi dalam bab agama nie ilmu pengetahuan saya masih cetek...saya ingin mencari kepastian... berkenaan dalam perkara ini:

1) macam mana kalau seseorang itu memotong kuku, janggut, atau sebahagian yg ade di tubuh badan nye... semasa dia sedang dalam keadaan belum mandi wajib, perlukah kuku, janggut, atau sebagainye yang sudah dipotong dibasuh sekali, semasa tuan nye mandi wajib...?

2) sekiranye boleh atau tak boleh?, diharap ianya dapat dihurai kan dengan teliti, dari segi hukum dan sebagainye..?

3) apakah hukumnye isteri mengulum kemaluan suaminye?

--------
Wassalam
Jawab:
Ahlan, alAhkam memberi ruang kepada semua tak kira yang baru atau lama.

1. Larangan memotong kuku dan bulu sebelum mandi itu berasal dari alImam alGhazali rh. alMarhum Gurubesar alAzhar, Syaikh alImam Sayyid Sabiq merumuskan pendapat ini tidak ada sandaran pada dalil alQur'an atau asSunnah atau athar sahabah (Fiqh Sunnah)

2. Tidak perlu mencurahkan usaha mentarjeeh pendapat ini (alGhazali) kerana laranganya tidak ada baik dari alQur:an atau asSunnah.

3. Oral seks sebenarnya meliputi apa jua rangsangan seks dgn menggunakan mulut ke atas pasangan masing-masing. Ini adalah digalakkan dan Islam mengiktiraf seks oral sebagai cumbuan sebelum jima'. Akhirnya seks oral hanya terbatas pada perbuatan wanita mengulum kemaluan lelaki yg diistilah oleh industry porno, internet dan filem biru sebagai Blow job. Dengan tersibarnya industri lucah VCD, maka seks luar batasan ini semakin tersibar dan semakin ramai manusia ingin mencubanya. Kalau kita meneliti dalam kitab2 fiqih tidak kita ketemui larangan terhadap aktiviti seks yg dimaksudkan itu. Setelah saya meneliti pendapat2 fuqaha' yg masih hidup hari ini, rata-rata mereka berpendapat MAKRUH melakukannya (Islam Online) Alasan utama: Mencontohi susila Nabi saw melalui Aisyah ra, bahawa Aisyah menjelaskan beliau (Aisyah) tidak pernah melihat kemaluan Nabi saw), Nabi juga menyarankan adegan seks tidak bogel 100%, tetapi hendaklah dibawah selimut. (Albani, Adabul Zifaf), WA

Jima' Tanpa Keluar Mani

saya ingin kepastian, jika kita menjima' isteri tapi berhenti sebelum mengeluarkan air mani.. apakah kita kena mandi junub?
dan bagi isteri, apakah setiap kali suami memasukkan zakar, dia wajib mandi junub..? Atau hanya bila isteri itu klimaks sahaja..? terima kasih.

---------
Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah kita cuba menjawab soalan Nevland ini dengan kemampuan yang ada.

Apabila 2 kemaluan bertemu, iaitu melalui persetubuhan, walaupun tidak keluar (ejekulasi) mani, dikenakan (WAJIB) mandi, kerana sabda Nabi saw : "Apabila dua kemaluan bertemu, dan hujung kepala zakar tidak kelihatan, wajib mandi, samada keluar (mani) atau tidak" {{إذا التقى الختانان وغابت الحشفة ، فقد وجب الغسل ، أنزل أو لم ينزل }} - Riwayat Abu Daud, didalam Sahih Sunan Abi Daud, 209)

Didalam kes diatas, wajib mandi bagi suami dan isteri, walaupun belum klimaks atau pun sebelum berlaku sebarang ejekulasi (keluar mani).

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1. Dr. Mustafa Bugho [etc]. Fiqh Al-Manhaji - I. cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000. ms 73-74.

26 December 2008

Terjun Sungai Dengan Niat Wuduk

Salam
ustazoon fadhiloon....boleh tak if kte trjun sungai/kolam air wuduk kalau nk berwuduk...sah ke?mandi wajib sah ke kalau buat cra gini??? Wassalam

_________________
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Petapa dengan kadar kemampuan yang ada.

Terjun didalam kolam/Sungai/Tub dengan menepati rukun2 mandi wajib (Janaabah), adalah sah Mandinya . Kaifiat wajibnya :-

a. Niat
b. Pastikan semua anggota2 yang zahir mengenai air tersebut.

Dan jika seseorang itu sempat berkumur2 dan memasukkan air kedalam hidung, maka wudhu'nya pun sah juga (tetapi lebih afdal berwudhu' dahulu sebelum mandi). Menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh. :-

فإذا كان على الإنسان جنابة وانغمس في بركة أو في نهر أو ما أشبه ذلك ، ونوى بذلك رفع الجنابة وتمضمض واستنشق : فإنه يرتفع الحدث عنه الأصغر والأكبر ؛ لأن الله تعالى لم يوجب عند الجنابة سوى أن نطَّهَّر ، أي : أن نَعُمَّ جميع البدن بالماء غسلاً ، وإن كان الأفضل أن المغتسل من الجنابة يتوضأ أولاً ؛ حيث كان النبي صلى الله عليه وسلم يغسل فرجه بعد أن يغسل كفيه ثم يتوضأ وضوءه للصلاة ، ثم يفيض الماء على رأسه ، فإذا ظن أنه أروى بشرته أفاض عليه ثلاث مرات ، ثم يغسل باقي جسده .

"Jika seseorang jubub dan merendamkan dirinya didalam kolam air atau sungai dsb, dengan niat membersihkan diri dari hadas besar (janaabah), dan dia membasuh/berkumur2 mulut dan hidung : maka sesungguhnya dia telah membersihkan dirinya dari hads kecil dan besar! Kerana sesungguhnya kewajpan Allah, hanya diperintahkan kepada kita untuk membersihkan diri kita dari janaabah. iaitu : kita memastikan agar air tersebut sampai kepada semua bahagian2 didalam badan. Akan tetapi adalah lebih afdal (baik) bagi sesiapa yang ingin mandi wajib melakukan wudhu' dahulu, kerana Nabi saw pernah membasuh kemaluannya setelah membasuh tangan, kemudian dia akan melakukan wudhu' sebagaimana sebelum solat, kemudian dia akan mencurahkan air diatas kepalanya, kemudian apabila dia merasakan air tersebut sampai kepada kulitnya, dia akan menyiram air dikepala sebanyak 3 kali, dan kemudian dia akan membasuh anggota2 yang lain" [Majmu’ Fataawa al-Sheikh Ibn ‘Utsaimin, 11/Soalan #182], WA.

wassalam

Wuduk Ekspress

Salam

Sekiranya berwuduk dengan hanya mengalirkan air ke serata anggota wuduk, sahkah wuduk itu?

----------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mie dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kaifiat wudhu' datang dari firman Allah swt didalam surah al-Maa'idah ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْن

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali"

Mazhab Syafie menyatakan bahawa surah al-Mai'dah ini merupakan syarat minima sahnya wudhu' seseorang. Kaifiatnya (Rukunnya) adalah :-

a. Niat
b. Membasuh muka - wajib meratakan keseluruh kawasan muka
c. Membasuh tangan - wajib meratakan basuhan kesemua bulu & juga kulit.
d. Menyapu sebahagian dari kepala.
e. Membasuh kaki - wajib meratakan basuhan kedua2 kaki.
f. Tertib.

Disini kita dapat lihat, bukan sahaja melaluikan air sahaja dibahagian wudhu', akan tetapi adalah wajib meratakan air tersebut pada muka, tangan dan kaki, dan menyapu kepala. WA.

Rujuk : Dr Mustafa al-Khin. al-Fiqh al-Manhaji - 1, cet. 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000. ms. 53-55.

Mandi Wajib Dan Was-was

assalammualaikum
saya ingin bertanya

1. saya mandi wajib pd sblh pagi dan yakin telah menyempurnakan semua rukun. keesokannya sewaktu saya sedang istinjak saya terlintas adakah bhgn dubur saya tekena dgn air.saya cuba ulangi apa yang saya buat sewaktu mandi wajib sebelum itu dan selepas itu saya yakin ia telah dibasahi. soalanya adakah perlu saya mandi semula kerana meragui mandi saya yang awal?

2. adakah perasaan was-was atau meragui ibadah yang kita lakukan menyebabkan ibadah itu tidak sah.

terima kasih atas perhatian saudara semua.wasslam

-----------
Quote:

1. saya mandi wajib pd sblh pagi dan yakin telah menyempurnakan semua rukun. keesokannya sewaktu saya sedang istinjak saya terlintas adakah bhgn dubur saya tekena dgn air.saya cuba ulangi apa yang saya buat sewaktu mandi wajib sebelum itu dan selepas itu saya yakin ia telah dibasahi. soalanya adakah perlu saya mandi semula kerana meragui mandi saya yang awal?

2. adakah perasaan was-was atau meragui ibadah yang kita lakukan menyebabkan ibadah itu tidak sah.


Kaedah fiqh mengatakan "al-yakin la uzaalu bil-syak" iaitu 'yakin tidak dibatalkan dgn keraguan'. Imam Suyuthi menyebut bhw kaedah ini menjadi 3/4 dr hukum fiqh. Maka berdasarkan kaedah ini, mandi sdr adalah sah. Keraguan tidak boleh memberi apa2 impak ke atas satu2 ibadah yg telah yakin terbina.

Ketahuilah juga bhw was2 itu mainan syaitan. WA.

Wassalam

_________________
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz g@y@t diatas repons diatas.

Nabi saw telah memberi 2 tips utama didalam mencegah bisikan (waswas) syaitan ini :-

1. Kembali kepada Allah dengan memohon pertolongan darinya. Firman Allah swt :-

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Surah al-A'raaf : 200]

Terdapat banyak sekali hadith2 Nabi saw mengajar kita berdo'a dan memohon perlindungan Allah dari hasutan2 syaitan, contohnya do'a sebelum masuk tandas, do'a sebelum berjima', do'a semasa berhenti disesuatu tempat. Kesemua do'a2 ini mengajar kita memohon perlindungan Allah swt dari gangguan2 syaitan. Begitu juga dengan bacaan2 al-Mi’wadhatayn seperti : surah al-Falaq dan surah al-Naas.

2. Apabila berlaku waswas tersebut, hendaklah tidak melayannya, dan menyibukkan diri kita melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Syiekh Ibn Taimiyah rh telah memberi tipsnya didalam kitab Dar’ al-Ta’aarud, 3/318, katanya :-

وهذا الوسواس يزول بالاستعاذة وانتهاء العبد وأن يقول إذا قال لم تغسل وجهك : بلى قد غسلت وجهي . وإذا خطر له أنه لم ينو ولم يكبر يقول بقلبه : بلى قد نويت وكبرت . فيثبت على الحق ويدفع ما يعارضه من الوسواس ، فيرى الشيطان قوته وثباته على الحق فيندفع عنه ، وإلا فمتى رآه قابلا للشكوك والشبهات مستجيبا إلى الوساوس والخطرات أورد عليه من ذلك ما يعجز عن دفعه وصار قلبه موردا لما توحيه شياطين الإنس والجن من زخرف القول وانتقل من ذلك إلى غيره إلى أن يسوقه الشيطان إلى الهلكة

"Waswas ini boleh ditolak dengan cara memohon perlindungan dari Allah dan tidak melayannya, dimana jika Syaitan berkata : 'Anda tidak membasuh muka anda (didalam wudhu'), katakan, 'Ya, aku telah membasuh mukaku'. Jika dia merasakan bahawa dia tidak berniat ketika solat atau tidak mengucapkan takbir, maka hendaklah dia berkata didalam hatinya, 'Ya Aku telah melakukan Niat dan berkata Allahu Akbar.' Dia hendaklah berpegang teguh kepada kebenaran dan melawan waswas yang datang terhadapnya, agar Syaitan melihat betapa kuatnya dan teguhnya dia berpegang kepada kebenaran, dan ia (syaitan) akan meninggalkan dirinya berseorangan. Jika tidak, apabila Syaitan melihat bahawasanya dia dapat dipengaruhi dan memberi repons kepada waswas, dia akan menambahkan lagi waswas sehingga dia tidak dapat mengawal hatinya dari menerima bisikan syaitan dari kalangan Jin dan Manusia, dan dia akan menghasut dari dari satu amalan kepada amalan yang lain sehingga Syaitan memandunya kearah kematian".

Beberapa perkara yang lain yang boleh anda lakukan adalah :-

1. Mempelajari amalan2 Islam (terutama ibadat)yang benar datang dari al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Perkara bid'ah yang dilakukan didalam ibadat akan mengundang banyak lagi waswas; contohnya Lafaz Niat, dilakukan berkali2 sebelum melakukan solat, cuba melalukan Niat ketika takbir al-ihram. Dengan mengetahui syarat shahih didalam sesuatu ibadat dapat mempertingkatkan lagi keyakinan didalam ibadat. Contohnya : Aku telah melakukan Solat sepertimana yang dilakukan oleh Nabi saw, dan syaitan tidak boleh menghasut ibadat solat aku. Syaitan akan kalah dengan ilmu pengetahuan Islam yang tulen, Insyaallah.

2. Mempelajari doa2 khusus dari hadith Nabi saw yang shahih didalam bab2 memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan.

3. Sentiasa menyibukkan diri kita dengan berzikir kepada Allah swt; dengan kata lain, sentiasa mengingati Allah swt.

4. Sentiasa mendekat diri dengan jemaah dan memilih kawan2 yang alim dan soleh.

5. Sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.

Demikianlah beberapa tips yang boleh dilakukan agar dapat menghilangkan bisikan syaitan dan mempertingatkan keyakinan kepada Allah swt. Wallahu A'lam.

wassalam

Hubungan Suami Isteri

Assalamulaikum,

Ada pendpt mengatakan sekiranya bersentuh kemaluan suami & isteri (sekadar bersentuh), maka perlu mandi wajib, dan satu pendapat pula mengatakan sekiranya kemaluan suami memasuki faraj isteri, tetapi tidak melebihi `kepala' (hafazah) kemaluan, maka tidak perlu mandi wajib. Mohon penjelsan tuan2 yg arif. T/kasih.

----------
Wassalam

Komentar

Ini termasuk soalan2 fiqih yg pelik2 dan ganjil.

Ini kerana kalau nak jima' atau hubungan seks dgn isteri kita yg halal, setubuhlah sebenar2nya, begitu juga kalau makan, mana ada orang makan sekadar cium ambil2 bau aje. Atau orang yg nak bercucuk tanam, ada ke tanam benih lebihkurang aje..

Perbahasan 'menyentuh perempuan ini ' adalah dalam bahasa kiasan. Di mana Ibn Abbas mendefinasikan bila kita menyentuh perempuan bermaksud menyetubuhinya. Bersetubuh ini terjadi bila adanya 'coitus' (kemasukan zakar dalam faraj), oleh keran ia berlaku dalam gelap, tidak ada orang yg akan mengambil pembaris dan menyukat sejauh mana penetration (kemasukan zakar) itu berlaku.

Selalunya perbahasan pelik ini berlaku pada bab Puasa atau mandi wajib.

Maka nasihat kita, bila berlakunya persetubuhan, maka mandilah. Tak kiralah kemasukan zakar itu sejauh mana. Membahaskan sejauh mana berlakunya kemasukan itu membuatkan agama kita akan diketawakan oleh musuh2 kita.

Wallahu A'lam

Perihal Mengusap Kepala

saya ada membaca posting di bahagian wudhu' dan saya ada kemushkilan sedikit dibahagian mengusap rambut....

Kemudian mengusap kepala beserta kedua telinga satu kali, dimulai dari bahagian depan kepala lalu diusapkan ke belakang kepala lalu mengembalikannya ke depan kepala. Setelah itu langsung mengusap kedua telinga dengan air yang tersisa pada tangannya.

persoalannya.....

i....apakah kita mengusap rambut kita menggunakan kedua belah tapak tangan kita atau hanya sebelah dikira sudah memadai...

ii....apakah yg dimaksudkan dengan "mengembalikannya ke depan kepala"...apakah ianya bermaksud...

a).....bahawa kita perlu mengusap kembali rambut kita untuk kali kedua....iaitu dari arah belakang kehadapan kepala....

atau

b).....bahawa kita cuma mengalihkan tangan kita ke hadapan kepala setelah mengusap rambut arah kebelakang tanpa perlu mengusap rambut untuk kali ke dua iaitu arah kehadapan....

terima kasih

-----------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr senanghatiman dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Cara wudhu' yang sdr senanghatiman nyatakan saya rasa diambil dari SJ - 3022: [Z] Wudhu'. Kami akan cuba jelaskan kaedah membasuh kepala ini, cuma kadang-kalanya agak sukar sedikit tanpa praktikalnya.

Menurut Ibn Qudamah rh berkata :

كيفية الغسل أو المسح في الوضوء ليست واجبة ، فالواجب هو حصول الغسل بالنسبة للأعضاء المغسولة ، وحصول المسح للأعضاء الممسوحة ، بأي كيفية كانت ، لكن لا شك أن اتباع الصفة الثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم أفضل وأكمل .

"cara bagaimana bahagian badan dibasuh atau disapu didalam wudhu' bukannlah wajib. Apa yang wajib ialah membasuh bahagian2 yang diwajibkan basuh dan menyapu bahagian2 yang diwajibkan untuk disapu, dengan cara apa sekalipun. Akan tetapi tidak disyak lagi bahawa mengikuti cara Nabi saw berwudhu' adalah lebih afdal dan lebih sempurna" -[al-Mughni, 1/171]

Kaedah yang dinyatakan diatas merupakan salah satu kaedah membasuh kepala ketika wudhu'. Caranya : membasahkan tangan, meletakkan kedua2nya dihadapan kepala, menyapu kepada dari hadapan hinggalah ke belakang kepala, kemudian membawa tangan tersebut kembali kehadapan. Dengan kata lagi, bermula dari arah depan kebelakang, dan dari belakang kepala sehingga kehadapan. Imam al-Nawawi rh berkata didalam Sharh Muslim mengatakan bahawa ulama' sebulat suara mempersetujui bahawa cara ini adalah mustahab (sunat).

Dalilnya :-

Riwayat dari Abdullah ibn Zayd ra, bahawa beliau menerangkan cara Nabi berwudhu' :

. . ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ بِيَدَيْهِ فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ ، بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ ، ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ

"....... kemudian dia menyapu kepalanya dengan tangannya, dari depan ke belakang. Dia bermula pada depan dan sehingga tangannya sampai kebelakang kepala, kemudian dia membawa kembali tangannya kepada tempat dia bermula" [Hadith Riwayat al-Bukhari #185, Muslim #235].

Dari Miqdaam ibn Ma'di Yakrib ra : berkata :

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ ، فَلَمَّا بَلَغَ مَسْحَ رَأْسِهِ وَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى مُقَدَّمِ رَأْسِهِ فَأَمَرَّهُمَا حَتَّى بَلَغَ الْقَفَا ، ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ

"Aku melihat Rasulullah saw melakukan wudhu'. Apa baginda sampai di bahagian menyapu kepala, dia akan meletakkan kedua2 tangannya dihadapan kepada sehingga sampai kebelakang, kemudian dia membawa kembali kepada tempat dia bermula" [Hadith Riiwayat Abu Daud, dikelaskan oleh al-Albani sebagai Sahih].
--------------------

Jawapan kepada soalan :-

i. Menggunakan kedua tapak tangan didalam menyapu kepala.
ii. Mengembalikan tangan ialah sebagaimana kenyataan a) anda, mengusap kembali kehadapan. Contoh kaifiat perlaksanaannya :- letakkankan kedua ibu jari didalam lubang telinga kiri dan kanan, sambil 4 jari dan tapak tangan berada diatas kepala. Bermula dai hadapan, bawa/gerakkan kedua tapak tangan & keempat 2 jari sehingga berada dibelakang kepala. Kemudian bawa balik kedua2 tapak tangan kehadapan, dan selesai bab sapu kepala.

Saya minta ma'af tidak dapat memaparkan visual atau gambar bagi menjelaskan hal ini. Wallahu A'lam

wassalam.

Mandi Jubub Menyentuh Kemaluan

ana ada kemusyikilan,

antara sunat2 sebelum mandi wajib iakah mengambil wudhuk...walaubagaimanpun,selepas kita berwudhuk kita akan mandi kan..?dalam masa kita mandi pastinya kita nak bersihkan kemaluan kita...jadi apa gunanya wudhuk itu kerana wudhuk kita akn batal selepas kita menyentuh kemaluan...?

dan bolehkah kita membaca ayat suci al-quran seperti bismillah dalam bilik mandi..?adakah terdapat perbezaan dalam tandas and bilik mandi..?jika dalam tandas tak leh jadi dalm bilik mandi lak camna..?

dari gay@t..
Imam Nawawi mengatakan makruh membaca al-Qur'an di dalam bilik air. Sheikh Salih Fawzan dalam fatwanya mengatakan haram sama sekali membaca al-Qur'an pada ketika menuanikan hajat krn ia dianggap menghina ayat Kalamullah itu.


ok kalu kita mengingatiNYa dalam bilik air(tandas) secara sebutan dalam hati...contoh laailahaillah....tapi dalam hatilah...boleh ke...??

minta penjelasan.........

------------
Quote:
antara sunat2 sebelum mandi wajib iakah mengambil wudhuk...walaubagaimanpun,selepas kita berwudhuk kita akan mandi kan..?dalam masa kita mandi pastinya kita nak bersihkan kemaluan kita...jadi apa gunanya wudhuk itu kerana wudhuk kita akn batal selepas kita menyentuh kemaluan...?

as'kum,

Tidak semua di dalam Islam itu ada illat dan hikmah kpd sesuatu hukum itu. Kita sebagai seorang hamba Allah yg lemah, yg pertamanya harus bersifat ta'abbudi dalam hal ibadat sptmana wudhu' sblm mandi. Pada akalnya, mmglah spt sia2. Tetapi itulah apa yg dilakukan oleh Nabi saw. Maka ia menjadi sunnah utk kita turuti. sptmana berwudhu' sblm tidur. Pada akalnya kita bergerak dan batallah wudhu' setelah lena. tapi mengapa kita masih juga disunatkan berwudhu'.

Kita juga perlu tahu, bhw ulama' tidak sepakat menegnai batalnya wudhu' krn menyentuh kemaluan ini. Ada yg mengatakan batal begitu juga sebaliknya. Namun, jumhur mengatakan ianya batal. Jadi, jika kita berpegang kpd pendpt batalnya wudhu krn menyentuh kemaluan, maka elakkanlah dari memegang kemaluan dgn tapak tangan ketika mandi itu. Anda boleh meratakan bahgian kemaluan sdr itu dgn menggunakan belakang tangan anda krn ia tidak membatalkan wudhu'.

Quote:
dan bolehkah kita membaca ayat suci al-quran seperti bismillah dalam bilik mandi..?adakah terdapat perbezaan dalam tandas and bilik mandi..?jika dalam tandas tak leh jadi dalm bilik mandi lak camna..?


Soalan di atas telahpun selesaikan dibincangkan di BMC. Saya akan simpulkan utk dikongsi bersama.

Secara umumnya ada 2 pendpt:

1. tidak membolehkan
Dasar kd hukum ini adalah krn zikir itu merupakan kalimah puji2an terhadap Allah swt sedangkan bilik air itu tempat yg kotor serta tempat di mana syaitan berkumpul. Namun tiada dalil khusus perihal larangan ini.

2. Membolehkannya
Pihak ini berhujah bhw tidak ada dalil yg melarangnya. Dan juga zikir itu dituntut diucapkan di mana2. Juga berdasarkan hadis drpd Aisyah ra yg dikeluarkan oleh Muslim bhw Baginda saw mengucapkannya di bilik mandi. Inilah pendpt Dr Yusuf al-Qaradhawi spt yg dinyatakan dalam kitabnya Fiqhus Thaharah.

wassalam

Resolusi

salam

kemusykilan ni ana amek dr suatu portal .. nmpak cam mudah, tp agak susah nk pk...

Quote:
Kalau seorang perempuan nih tgh keje di opis.. dan beliau sedang uzur..

Kemudian.. dalam waktu zohor tuh.. dah clear abih.. haid beliau.. sedangkan tempat keje memang takde kemudian nak mandi... sehinggalah berlanjutan ke asar .. dan kemungkinan juga ke maghrib disebabkan perjalanan yang jauh dan sesak sementara nak sampai rumah..

Macam mana situasi tu yer..?? apa nak buat.. bukan niat dia sengaja nak melewatkan mandi hadas.. tapi kemudahan takde..

Ada sape sape boleh explain ..??

Boleh main qada jer ke..??

camner ek?

WA

-------
salam

Jawab

Hendaklah dia bertayammum

Apabila dia sudah kembali ke rumah, dia hendaklah mandi dan solat yg dikerjakan tadi adalah sah dan tidak perlu qadha'.

Dalil: HR alBukhari dari Imran (lihat Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Bab Tayammum)

sekian
th


--------------
aslm wbt...merujuk kpd perkara diatas..THTL kata lps balik perlu mandi balik..bukankah tayamum itu telah menggantikan mandi wajib itu....

-------------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Masri@mujahid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebagaimana yang telah disebut oleh syeikh thtl, hadith dari Imran bin Hussein ra itu menunjukkan dibolehkan bertayammum menggantikan air bagi sesiapa yang berjunub apabila tidak kedapatan air, dan riwayat yang lain juga menjelaskan bahawa jika kedapatan air, maka seseorang itu diperintah untuk mandi. Berikut adalah hadithnya (Riwayat al-Bukhari #384 dan 344) :-

عَنْ عِمْرَان بْن حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلا مُعْتَزِلا لَمْ يُصَلِّ فِي الْقَوْمِ ، فَقَالَ : يَا فُلانُ ، مَا مَنَعَكَ أَنْ تُصَلِّيَ فِي الْقَوْمِ ؟ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَصَابَتْنِي جَنَابَةٌ ، وَلا مَاءَ . قَالَ : عَلَيْكَ بِالصَّعِيدِ ، فَإِنَّهُ يَكْفِيكَ .

"Dari Imran bin Hussein ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw melihat seorang yang menjauhkan diri dan tidak bersolat bersama kaumnya, maka baginda berkata :'Ya Fulan, apakah yang menghalang kamu dari bersolat bersama kaum?' Maka dia berkata :'Ya Rasulullah, saya telah menjadi junub, dan tidak terdapat air'. Maka baginda berkata : Hendaklah kamu menggunakan tanah bersih, kerana sesungguhnya ia mencukupi/memadai'.

Didalam riwayat yang lain Nabi saw menjumpai air dan memberi takungan air kepada orang yang menjadi junub dan bersabda :

اذْهَبْ فَأَفْرِغْهُ عَلَيْكَ

"Pergi menuangkan ini keatas kamu"

Komentar Ibn Utsaimin rh. keatas hadith ini:-

وهذا دليل على أن التيمم مطهر وكاف عن الماء لكن إذا وجد الماء فإنه يجب استعماله ، ولهذا أمره النبي صلى الله عليه وسلم أن يفرغه على نفسه بدون أن يحدث له جنابة جديدة

"Ini menunjukkan bahawa tayammum merupakan cara bersuci dan memadai mengantikan air, akan tetapi jika berjumpa dengan air maka sesungguhnya wajib digunakannya, dan ini merupakan perintah Nabi saw dimana baginda memerintah orang tersebut menuangkan air keatas dirinya walaupun tiada berlaku janaabah yang baru" [Majmu' al-Fataawa Ibn Utsaimin, 11/239]

WA, wassalam

_________________
خيرالأمينWassalam

Jawab:

Penjelasan allamah Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, edisi Tahqeeq, Jld 1/107, bab Tayammum (jika Edisi Indon, Jld 1/173)

" (Kasus: Jika ditemui air selepas mengerjakan solat dgn tayammum) Dan seandainya orang junub atau haidh bertayammum disebabkan salah satu sebab yg membolehkan tayammum itu dan ia solat, tidaklah wajib ia mengulanginya.
Hanya sanya ia WAJIB Mandi bila telah dapat menggunakan air.
Dalilnya: hadis Imran bin Husin ra

".........Setelah mereka memperolehi air, maka RasuluLlah saw memberikan setimba air kepada sahabat yg janabah tadi dgn sabdanya, "pergilah bereskan tubuhmu." (alBukhari, Kitab atTayammum: 1/94; Muslim, 2/140)

Komentar Prof Hasbi asSiddiqiey dalam Fiqh Islami terbitan Pustaka Aman Press, Jld 1. Itulah menurut kebanyakan fuqaha' bagi yg janabah bila mendapatkan air, hendaklah mandi, tapi solat yg dilakukan semasa tayammum tidak perlu diulangi (qadha').

sekian

th

Wuduk Ikut Mazhab

Assalamualaikum,

Sekiranya seseorang tidak menggunapakai pegangan madzhab Shafii dalam bab taharah, contohnya tidak perlu sertu jika terkena bangkai anjing (madzhab lain hanya terhad kepada air liur anjing), maka bolehkah seseorang itu berwudhu' ikut madzhab Shafii?
Wudhu'nya tidak menepati syarat mengikut Shafii kerana masih terdapat najis. Wudhu'nya juga tidak sah ikut madzhab lain kerana tidak menyapu seluruh kepala (Malik, Hanafi dan Hanbali) dan tidak membasuh hidung, mulut dan telinga (Hanbali dan Hanafi).

Jika dia terus berwudhu' cara Shafii, adakah sah sembahyangnya nanti?
Minta pendapat al-ahkam dalam hal ini. Saya juga memohon maaf kerana tidak pasti kategori mana seharusnya meletakkan soalan ini.
Wassalamualaikum

-------
Wassalam

alJawab:

Ada ke kat Malaysia ni orang ajar fiqh rojak pada orang awam? Fiqh Syafi'iyah adalah yg paling popular di Malaysia sejak dulu kecuali Perlis. Manakala amat jarang ada orang mengajar Fiqh Maliki, Hanafi atau Hanbali setakat yg kita tahu kecuali mesjid India dan Pakistan.

Bagi yg ingin membuka paradigma fiqihnya merentasi empat Madzhab, malah kepada Imam-Imam selain yg Empat itu, ia dinamakan Fiqh alMuqarran (Fiqh Perbandingan).

Madzhab-madzhab fiqh ini bukanlah tembok-tembok batu yg tidak boleh dipanjat atau dirobohkan dan menjadi satu kewajipan agama pulak utk umat Islam diam di dalam salah satunya seumur hidup.

Fiqh al_Ahkam yg anda tatapi sekarang adalah Fiqh Baru, Fiqh merentasi fanatisme madzhab dan menjadikan muslim kaku dan beku.

Anda boleh keluar dari kekeliruan dan kebekuan ini jika anda sanggup belajar dan mempunyai fikiran yg terbuka.

Kami syorkan sebuah buku:
Pedoman Bermadzhab dalam Islam -Edisi Baru 2004
Karya Sdr Hafidz Firdaus Abdullah
terbitan Jahabersa.
Buku ini boleh dibaca secara e-book di laman web beliau

alfirdaus.com

Buku ini menjawab segala kekeliruan anda mengenai madzhab fiqih.

sekian
thtl

Hikmah Wuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah SWT, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah SWT, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah SWT, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah SWT, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah SWT, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah SWT, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah SWT, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah SWT, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah SWT.

adakah apa yg disenaraikan diatas tersebut terkandung dalan hadith nabi saw..? minta komentar.........

--------
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr alhakim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. didalam Fataawa Mua'syirah jilid 1 (soalan yang bertarikh 5 July 2001) telah ditanya mengenai do'a2 didalam setiap perbuatan wudhu'. Beliau mengatakan bahawa :

كثير من المسلمين يعتقدون أن مثل هذه الأدعية مفروضة، وأن الوضوء لا يصلح إلا بها، حتى إني سألت بعض الناس يومًا: لماذا لا تصلي ؟.

فقال: لأني لا أعرف أن أتوضأ ؟ فعجبت منه وقلت: هل هناك أحد لا يعرف أن يغسل وجهه ويديه، ويمسح على رأسه، ويغسل رجليه ؟ فأجاب: إني لا أحفظ ما يقوله الناس من الأدعية..ظنًا منه أن تلك الأدعية من لوازم الوضوء.

"Ramai dikalangan orang Islam yang percaya bahawa dikenakan membaca doa2 seperti itu, kerana wudhu' tidak sah melainkan dengan [membaca] nya, sehingga aku bertanya kepada seseorang suatu hari : Kenapa anda tidak bersolat?

Maka katanya "Aku tidak tahu melakukan wudhu'!" Dan Aku hairan mengenainya dan berkata : "Apakah disana tidak ada seorang dari kamu yang mengetahui bagaimana hendak membasuh muka dan tangan, menyapu kepala dan membasuh kedua2 kaki?". Maka jawabnya :"Aku tidak hafal apa yang dikatakan orang mengenai do'a...... mengandaikan bahawa do'a2 tersebut adalah syarat wudhu'"

Begitulah gambaran yang dipaparkan oleh al-Syeikh mengenai salah faham umat mengenai do'a2 semasa memngambil wudhu', sehinggakan ada yang menganggapnya sebagai sunat. Yang sebenarnya menurut al-Syeikh ialah :

"Sesungguhnya tidak benar ia datang dari Nabi saw didalam perbuatan wudhu melainkan katanya :

اللهم اغفر لي ذنبي، ووسع لي في داري، وبارك لي في رزقي

"Ya Allah ampunilah dosaku, luaskan kepadaku rumahku, berkati kepada ku reskiku"

Terdapat juga do'a2 sahih selepas wudhu' yang lain, yang hukumnya sunat dibaca, seperti :-

أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَـهَ إِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَريـكَ لَـهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمّـداً عَبْـدُهُ وَرَسـولُـه.

"Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Tidak mensyirikkannya, dan Aku menyaksikan bahawa Muhammad hamba dan Rasulnya"

اللّهُـمَّ اجْعَلنـي مِنَ التَّـوّابينَ وَاجْعَـلْني مِنَ المتَطَهّـرين.

"Ya Allah jadikan aku dari kalangan orang yang bertaubat dan jadikan aku dari kalangan orang yang bersih (suci)"

سُبْحـانَكَ اللّهُـمَّ وَبِحَمدِك أَشْهَـدُ أَنْ لا إِلهَ إِلاّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتوبُ إِلَـيْك .

"Maha suci engkau, Ya Allah dan segala pujian bagi kamu, Aku menyaksikan bahawa tidak Tuhan yang berhak disembah melainkan engkau, Aku memohon pengampunan dari kamu dan bertaubat kepada kamu"
--------------

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa do'a seperti ini merupakan bid'ah yang terbit pada abad yang pertama, tidak wujud langsung daripada hadith Nabi saw dan beliau mengingatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmudzi bahawa sesungguhnya setiap bid'ah (agama) adalah sesat, dan sebaik2 perkara didalam ibadat ialah apa yang dibenarkan didalam syara'. Beliau mengatakan bahawa asas agama ialah :-

الأول: ألا يعبد إلا الله . وهذا هو التوحيد.

الثاني: ألا يعبد إلا بما شرع، ولا يعبد بالأهواء والبدع.

1. Tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah. Ini merupakan Tauhid.
2. Tidak mengabdikan /beribadat melainkan apa yang ada didalam syara', dan tidak beribadat kerana kecintaan dan kerana bid'ah.

Kesimpulannya : do'a diatas ini tidak ada asalnya dari Nabi saw, dan tidak disyara'kan membacanya. WA

al-Syiekh telah memaparkan Contoh do'a yang tidak ada asalnya dari hadith yang biasa dibaca oleh orang kebiasaan didalam wudhu':-

الحمد لله الذي جعل الماء طهورًا، والإسلام نورًا . وعند الاستنشاق: اللهم أرحني برائحة الجنة.

وعند غسل الوجه: اللهم بيض لي وجهي يوم تبيضّ وجوه وتسودّ وجوه.

وعند غسل يده اليمني: اللهم أعطني كتابي بيميني.

وعند مسح الرأس: اللهم حرم شعري وبشرتي على النار.

wassalam
===========
Rujukan :

1. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. bab :أدعية الوضوء بين المأثور والمبتدع .url : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=264&version=1&template_id=8&parent_id=1

2. Fatwa yang sama didalam IslamOnline : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1347

Batal Wuduk Dan Mahram

Assalamualaikum,

Ingin saya bertanya beberapa soalan:

1) Saya berpendapat bahawa:
Wudhu terbatal samada dengan syahwat atau tidak apabila tersentuh wanita bukan mahram dan isteri.

Betulkah rumusan saya? Adakah ini conclusion Imam Syafii dari Qaul Jadeed? Boleh jelaskan dalil2 nya?

2) Adakah anak2 abang/kakak ipar saya (anak kepada abang/kakak isteri) di anggap sebagai mahram? Terbatalkah wudhu' saya jika tersentuh?

3) Adakah terbatal wudhu' menyentuh kanak2 bukan mahram yang tidak mengenal nafsu? Cthnya: Kanak2 0-12tahun.

4) Bolehkah ustaz2 sekalian menyenaraikan perempuan2 yang menjadi mahram kepada seseorang lelaki atas sebab perkahwinan, persemendaan.

Terima Kasih

--------
Salam

Quote:
1) Saya berpendapat bahawa:
Wudhu terbatal samada dengan syahwat atau tidak apabila tersentuh wanita bukan mahram dan isteri.

Betulkah rumusan saya? Adakah ini conclusion Imam Syafii dari Qaul Jadeed? Boleh jelaskan dalil2 nya?

Persoalan batalnya wudhu’ merupakan perkara khilafiah yg berlaku sejak dahulu lagi. Ia tidak pernah dapat diselesaikan sehingga hari ini. Apa yg sdr nyatakan adalah pendpt Imam as-Syafi’I dan juga fuqaha’ syafi’iyyah yg lain spt Imam an-Nawawi. Kami telah byk kali membahaskan isu ini. Sila ke URL berikut utk meneliti kajian kami.

STUDI: ADAKAH BATAL WUDHU' KERANA SENTUHAN? [/url]STUDI: ADAKAH BATAL WUDHU' KERANA SENTUHAN?

Quote:
2) Adakah anak2 abang/kakak ipar saya (anak kepada abang/kakak isteri) di anggap sebagai mahram? Terbatalkah wudhu' saya jika tersentuh?


Berdasarkan fiqh syafi’I, ia termasuk mahram dan batal wudhu’ bila bersentuhan. Jgnkan anak mereka, bahkan abg ipar/kakak ipar juga diwajibkan kita menutup aurat dihdpn mereka.

Quote:
3) Adakah terbatal wudhu' menyentuh kanak2 bukan mahram yang tidak mengenal nafsu? Cthnya: Kanak2 0-12tahun.

Tidak. Berkata Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam al-Halal wal Haram fil Islam di bawah sub topik mereka yg dikecualikan dari hukum pada ayat 31 surah An-Nur:

Anak-anak kecil yang tidak mungkin bersyahwat ketika melihat aurat perempuan. Mereka ini ialah anak-anak yang masih belum merasa bersyahwat. Kalau kita perhatikan dari kalimat ini, anak-anak yang sudah bergelora syahwatnya, maka orang perempuan tidak boleh menampakkan perhiasannya kepada mereka, sekalipun anak-anak tersebut masih belum baligh.

Quote:
4) Bolehkah ustaz2 sekalian menyenaraikan perempuan2 yang menjadi mahram kepada seseorang lelaki atas sebab perkahwinan, persemendaan.

Lihat URL berikut: SJ - 2723: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga [url=http://al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=15270]

Wassalam

Perlukah Mandi Wajib?

Assalamualaikum.
hmm sebenanya dah lama dah saya nak tanya masaalh ni.di harap sdara sdari kat sini yg lebih arif dapat membantu saya..insyaAllah.

saya lelaki...saya ada masaalah bila saya bercakap dengan perempuan..badan saya akan mengeluarkan sejenis cecair melaui kemaluan saya....masalahnya..adakah itu di kira keluar mani..dan perlukah saya mandi wajib.?tolonglah...perkara ni membabitkan ibadah saya sepanjang hidup...

insyaAllah...ada sesapa dpt selesaikán masalah ni.

----------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr perlukanbantuan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Cecair yang keluar pada masa sdr bercakap-cakap dengan wanita adalah Mazi (المذي) dan bukan Mani (مني). Ulama' mengatakan bahawa air Mani adalah putih dan tebal, ia keluar secara memancut, dengan perasaan nikmat dan menjadi sedikit lemah selepas keluarnya. Berkata Imam Al-Nawawi didalam Sharah Muslim :-

قال العلماء : مني الرجل في حال الصحة أبيض ثخين يتدفق في خروجه دفقة بعد دفقة ويخرج بشهوة ويتلذذ بخروجه وإذا خرج استعقب خروجه فتور ورائحة كرائحة طَلْع النخل ورائحة الطلع قريبة من رائحة العجين ،

"Ulama' berkata: "Dalam keadaan lelaki sihat maninya berwarna putih pekat, memancut sedikit demi sedikit semasa keluar. Biasa keluar bila diikuti dengan persaan syahwat dan berasa nikmat semasa keluarnya. Setelah keluar ia akan merasakan lemah dan baunya seperti bau mayang kurma, iaitu seperti bau adunan tepung."

أما المذي : فهو ماء أبيض لزج يخرج عند التفكير في الجماع أو إرادته ولا يجد لخروجه منه شهوة ولا دفعا ولا يعقبه

"bagi mazi pula, ia hanyalah cecair berwarna putih, keluar disebabkan membayangkan (khayal) hubungan jima' atau terlintas keinginan hubungan jima'. Pada umumnya ia keluar tanpa dorongan syahwat, tidak memancut keluar dan tidak merasa lemah badan setelah keluarnya. " - [Imam al-Nawawi, Sharh Muslim, 3/213].

Mazi adalah najis, perlu dibasuh kemaluan (dan pakaian yang terkena Mazi) dan tidak perlu mandi. WA.

wassalam

(18SX) Adakah Buah Zakar Termasuk Qubul

assalamualaikum...........

ana ada sedikit kemusyikilan...
adakan benar bahawa kalau menyentuh buah zakar tak batal wudhuk..?ada sesetengah pihak yg menyatakn bahawa dubur ialah yg tempat keluar najis manakala qubul ialah batang zakar sahaja..?adakan dakwaan ini benar.?? kalau sentuh punggung tak batal juga kan..?

minta pandangan...

----------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr alhakim dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

Soalan 1 : Apakah menyentuh kemaluan (zakar) membatalkan wudhu'?

Untuk pengetahuan alhakim, Ust gayat dan Ustaz thtl telah pun membicarakan permasalahan ini didalam forum diskusi hukum dibawah topik : 'Studi adakah batal wudhu' apabila menyentuh kemaluan'. (urlnya saya paparkan dibawah) Disebabkan mereka berdua telah membincangkan topik ini dengan panjang-lebar, disini kamin cuba meringkaskannya sahaja. Berlakunya khilaf mengenai hukum ini timbul dari dua buah hadith yang bertentangan, yang pertama hadith dari Busrah bint Safwan (di keluarkan oleh Malik 1/42, al-Syafie didalam al-Umm 1/33-34, Abu Daud #181, al-Nasaa'i #1/10, Tirmudzi #82, Ibn Majah #479) yang menyatakan batal hukumnya (dan terdapat juga beberapa hadith lain yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nassa'i, dan Ahmad, Ibn Hibban and Al-Hakim) dan hadith yang kedua dari Talq bin Ali (yang diriwayatkan oleh Abu Daud #182, Nasaa'i 1/10, Tirmudzi #1/191, Ibn Majah 1/163). Kedua-dua hadith juga dikelaskan sebagai sahih oleh Syiekh Nasyiruddin al-Albani.

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Tahaarah) membahagikan pandangan ini kepada 3 bahagian :-

a. Tidak membatalkan wudhu' jika menyentuh zakar. Pendapat ini diriwayatkan oleh Ali, Ibn Mas'ud, Ammar, Hudzaifah, Imran bin Hushain, Abu Al-Darda' dari kalngan sahabat. Ini juga merupakan pendapat Rabiah, Al-Tasuri, Ibnul Mundziri, Abu Hanifah dn sahabat2 dan sebuah riwayat dari Ahmad. Ini merupakan pegangan Mazhab Hanafi. Dalilnya ialah hadith Talq bin Ali :-

قدمنا على رسول الله صلى الله عليه وسلم، فبايعناه، وصلينا معه، فلما قضى الصلاة، جاء رجل كأنه بدوي، فقال: يا رسول الله! ما ترى في رجل مسَّ ذكره في الصلاة؟ قال: وهل هو إلا مضغة منك ـ أو بضعة منك ـ؟ "
"Kami telah datang kepada Rasulullah saw, kami bersetia kepadanya, kami bersolat bersamanya, tatkala selesai bersolat, datang seorang lelaki bagaikan seorang Badui, dan dia berkata :'Ya Rasulullah saw! Apa pandangan mengenai seorang lelaki yang menyentuh zakarnya didalam solat?', baginda menjawab : 'Tidakkah itu sebahagian dari tubuh kamu?" -[Sahih Sunan al-Nasaa'i oleh al-Albani #159].

b. Membatalkan wudhu' didalam keadaan apa sekali pun. Pandangan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik didalam al-Muwattha', Ahmad didalam al-Musnad berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Busrah bint Shafwan :-

من مسّ ذكره فليتوضأ

"Barangsiapa menyentuh zakarnya maka ambillah wudhu" -[diriwayatkan oleh Abu Daud, 154. Saheeh Sunan Abi Dawood #166 oleh al-Albani dan beliau mengatakan ia sahih]

Ini merupakan pegangan Mazhab Ibn Umar, Said bin Musayyib, Atha', Urwah, Sulaiman bin Yasar, Al-Zuhri, Al-Awzai', Al-Syafie dan pangan termasyur Imam Malik.

c. Tidak batal wudhu' jika tidak disertakan dengan syahwat (Ibn Taimiyah mengatakan sebagaimana batalnya wudhu' memegang wanita dengan tergeraknya syahwat, Majmu' fatawa 21/241). Dalilnya seperti hadith yang pertama iaitu zakar adalah sebahagian dari anggotanya. Ini merupakan pendapat Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, Ibn Hazm dsb. Ibn Taimiyah menyatakan bahawa mustahab (dianjurkan) mengambil semula wudhu' dan bukannya wajib.

2. Skop Zakar dan dubur. - Dr Wahbah al-Zuhaily didalam membicarakan mengenai pandangan Mazhab Syafie mengenai menyentuh kemaluan, berkata :
مس قبل لآدمي، وحلقة دبره، بباطن الكف.
"menyentuh kemaluan hadapan anak Adam dan jerutan (bulatan) dubur dengan tapak tangan" -[al-Fiqh al-Islami, 2/286].

Jelas ini menunjukkan bahagian hadapan kemaluan merupakan batang zakar atau penis (bukan testes) dan jerutan dubur, merujuk kepada anggota kemaluan yang membatalkan wudhu' menurut Mazhab Syafie. Menyentuh punggung tidak membatalkan wudhu'.

p/s :- didalam bahasa arab, buah zakar ialah (خُصْيَة ) - khushyah atau testis, testicle didalam bahasa inggerris.
---------------

Perbincangan mengenai dua pandangan samada batal atau tidak wudhu' merupakan satu perbincangan ilmiah yang teknikal. Jumhur ulama' mengatakan batal wudhu', sebagaimana fatwa #6990 Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi (5/264): Rajih dari pandangan ulama' didalam masalah ini ialah pandangan jumhur, iaitu batal wudhu' apabila menyentuh zakar. Golongan minoriti seperti Mazhab Hanafi mengatakan tidak batal sama sekali. Manakala golongan pertengahan seperti Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, al-Albani, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan tidak batal jika tidak merasakan syahwat, sebagaimana memegang wanita tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu', akan tetapi digalakkan mengambil kembali wudhu'. WA.

Anda boleh merujuk kepada perbincangan topik diatas didalam thread dibawah ini :-

1. STUDI: ADAKAH BATAL WUDHU' APABILA MENYENTUH KEMALUAN? url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=12194

wassalam
===========
Rujukan :

1. Imam Ibn Rusd. Bidaayatu al-Mujtahid wa Nihaayatu al-Muqtashid - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, 2002. ms 47.

2. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Tahaarah. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2001.

3. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah. Majmu' Fatawa - 21. Mekah : [t.p], 1969. ms 241

4. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 1. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989. ms 286.

5. Al-Lajnah al-Daa'imah Li al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa al-Iftaa’ - 5. cetakan ke 3. Riyad : Dar al-Muayyad, 2000. ms 264

Wuduk Bagi Pihak Orang Lain

assalamualaikum.....

sayer tak sempat search dlm arkib..

ader atau tidak wudhu' yg org lain buat untuk kita atas nama kita dan dibuat di bdn dia bukan kiter.
cth si A sakit mk si B tolong ambilkan untuk si A atas nama si A tp di bdn si B?sbb si A bdnnya penuh ngan wayar2 alatan perawatan..

harap dpt jwb segera sbb ader anak murid tanya...
View user's profile Send private message

-------
Salam

Harus meminta bantuan utk berwudhu’ bagi mereka yg menghadapi keuzuran (mughni al-muhtaj, jilid 1).

Nabi Muhammad S.A.W melakukannya berdasarkan hadith riwayat al-mughirah bin syu’bah yg bermaksud, “bahawa beliau pernah bersama2 Rasulullah S.A.W dlm suatu perjalanan. Baginda pergi membuang air. Mughirah menuangkan air utk baginda ketika baginda berwudhu’ lalu baginda membasuh muka dan dua tangannya, menyapu kepala dan dua khufnya.“ (muttafaq `alaih antara bukhari dan muslim, nailul authar)

Safwan bin `asal berkata,“saya telah menuangkan air ke atas nabi s.a.w utk baginda berwudhu’ sama dlm musafir ataupun bermukim.“ (riwayat ibn majah dan ditakhrij oleh bukhari dlm tarikh al-kabir. Ibn hajar mengatakan di dlmnya ada perawi yg dhaif)

Berdasarkan kedua hadith ini menunjukkan harus mendapatkan pertolongan lain sekiranya ada keperluan berbuat demikian.

Berbalik kpd situasi saudara yakni badan itu penuh dgn wayar/tiub. Bagaimana pula hendak berwudhu’ dlm keadaan sedemikian? Saya kira ada baiknya kita tgk fatwa qaradhawi apabila beliau ditanyakan bolehkah berwudhu’ dlm keadaan anggota disarung dgn pembalut getah/bersimen dsb?

وأرى أن التيسير يقتضي ألا نشترط أن يكون العضو على طهارة حينما وضعت عليه الجبيرة، ويكفي أن تمسح عليه

(الوضوء وعلى الأصبع مطاط)
Qaradhawi memilih pendapat boleh menyapu air di atas anggota yg dibalut itu dgn syarat anggota itu mesti dlm keadaan bersih ketika dibalut. Begitu juga dlm keadaan tubuh badan penuh dgn tiub air. Sapulah sekadar mana mungkin.

Wallahu A'lam

Rujukan:
1. فتاوى معاصرة-الجزء الأول, Al-Qaradhawi
2. Fiqh Islami wal adillatuhu, az-zuhaili

Sentuh Quran Tanpa Wuduk

assalamualaikum...

saya ana sedikit kemskilan,saya rasa soalan ini mungkin dah dijawab oleh ahli2 poanel namun setelah penat menjari dalam al-ahkam saya masih tak dapat jawapannya..

apakah hukum menyentuh alquran tanpa wuduk???????saya tak pasti ...
ada yg kata tak apa ia hanya adab2 terhadap al-quran..betulke?
ada pula yg kata wajib apa dalailnya?
'illalmutahharun" tu merujuk kat sape?

terima kasih atas jasa baik ustaz2 ..
wassalam...

-----------
Salam

Jawapan THTL dari arkib:

Perlukah berwudhu ketika berurusan(baca, pegang) dengan Al-Quran?

Quote:

Pertama: Ijma' fuqaha' menetapkan harus membaca alQur'an tanpa wudhu' dan tanpa menyentuh musyhaf, namun berwudhu' itu lebih afdhal (Imam Syaraf anNawawi, alMajmu' Jld 2, ms 76)

Kedua: Orang berhadas kecil membaca, menyentuh dan membawa dari musyhaf. Khilaf fiqhi, jumhur (termasuk Syafi'iyah) menegahnya berdasarkan dalil Qur'ani alWaqi'ah:78-79 dan hadis riwayat Malik dan Baihaqi dari Umar bin Hizam.

Para pentahqeeq (penilai semula) terdiri dari pentarjih hadis dan ahli tafsir alQur'an berpendapat orang berhadas kecil dan besar boleh membawa, menyentuh dan membaca alQur'an. Antaranya ialah Imam alHafidz asySyawkani (nailool Awthor, Jld 1), Imam alHafiz Ibn Hajar (Fathul Baari, Jld 1) mereka menggunakan pendapat Ibn Abbas, pentafsir nombor satu alQur'an yg mentafsirkan ayat 79 dalam surah alWaqi'ah yg secara mutlak merujuk kepada Malaikat, kerana ayat 11-16 (S Abasa) dan ayat alBuruj 21-22) memperkuatkan tafsiran ayat 79 (S Waqi'ah) itu adalah Malaikat. Dari pengkaji hadis pula mendapati hadis-hadis yg menegah orang hadas menyentuh alQur'an ada cacatnya.

Seorang pengkaji semula hukum-hukum fiqih dari Saudi, Syaikh Abu Yusof Abd Rahman Abd Samad,as-ilatu thalatah Haulaha al Jadal merumuskan dari perselisihan fuqaha' ini,. hukum pertengahan ialah Makruh hukumnya orang berhadas menyentuh dan membawa musyhaf.

_________________
Jawapan Ustaz Nahzaluz dari BMC

Dalil setiap pendapat

1. Dalil golongan yang mengatakan haram:

a. Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Waqiah ayat 79:
لا يمسه إلا المطهرون (Tidak menyentuhnya kecuali mereka yang suci)

Mereka mengatakan ganti nama nya dalam ayat itu balik kepada al-Qur'an, bukannya Luh Mahfuz.

Akan tetapi mereka khilaf pula, apakah yang dimaksudkan dgn al-Mutahharun? Ada yang kata: Orang yang suci dari hadas dan najis. Yang lain pula kata: Suci dari syirik dan kekufuran, iaitu orang-orang mukmin. [sila rujuk Tafsir al-Qurtubi 17/226]

Sebahagian ulama' berpendapat, ganti nama tersebut balik kepada Luh Mahfuz. Jadi, tak boleh berhujah dgn ayat ini. al-Mutahharun pula adalah para Malaikat yang Allah bersihkan mereka dari tabiat yang negatif dan sifat-sifat yang tercela. Ayat ini sebenarnya satu penafian dan penolakan kepada hujah golongan musyrikin yang mendakwa Syaitanlah yang telah menurunkan kitab al-Qur'an ini. Sila rujuk ayat 210-212 surah al-Syu'ara'.

Antara hujah yang menyokong pendapat ini -sebagaimana yang disebut oleh Qatadah- ialah al-Qur'an boleh dipegang di dunia ini oleh si Majusi dan si Munafiq yang dianggap najis, sedangkan al-Qur'an kata, ia tidak dipegang kecuali oleh mereka yang suci. [sila rujuk Tafsir al-Tabari 17/226]

al-Alusi menyebut di dalam tafsirnya Ruhul Ma'ani (27/155): Imam Sayuti menyebut di dalam kitab al-Ahkam: Imam Syafie berdalilkan ayat ini dgn mengatakan orang yang berhadas tidak boleh memegang al-Qur'an. Ini adalah pilihan yang zahir dari ayat ini. Akan tetapi oleh kerana ada ihtimal/kemungkinan ganti nama boleh balik kepada Qur'an dan juga kepada Luh Mahfuz, dan maksud al-Mutahharun ialah Malaikat al-Muqarrabun, kebanyakan ulama' yang berkata haram berpindah kepada beristidlal dgn hadis.

Manakala Ibn Rusyd pula berkata (Bidayatul Mujtahid 1/42): Sebab khilaf ialah perkataan al-Mutahharun boleh membawa makna manusia dan juga malaikat, di samping ayat ini juga boleh jadi suatu perkhabaran yang bermaksud larangan dan juga boleh jadi perkhabaran semata-mata.

b. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwatta', dari Abdullah bin Abu Bakar bin Hazmi, bahawa dalam kitab yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada 'Amru bin Hazmi terdapat: أن لا يمس القرآن إلا طاهر (bahawa tidak boleh memegang al-Qur'an kecuali orang yang suci) [Muwatta' 141].

Hadis ini merupakan petikan dari kitab yang ditulis oleh Nabi kepada 'Amru bin Hazmi di Yaman. Kitab ini berada bersama kaum keluarga beliau selepas kematiannya. al-Daruqutni dan al-Hakim pula meriwayatkan bahawa Umar bin Abdul Aziz telah menghantar wakil ke Madinah untuk mencari sesuatu petunjuk sunnah Nabi dalam bab zakat dan wakilnya itu telah menjumpai kitab ini dalam simpanan keturunan ‘Amru bin Hazmi [lihat komentar Syeikh Ahmad Syakir dlm kitab al-Muhalla oleh Ibn Hazmi 1/82].

Syeikh Ahmad Syakir menyebut bahawa beliau telah menjumpai hadis ini selengkapnya dalam Mustadrak al-Hakim (1/359, cetakan India) di mana sebahagian darinya terdapat juga di dalam sahih Ibnu Hibban, sunan al-Daruqutni dan sunan al-Nasaie.

Komentar ttg hadis ini ialah sanadnya mursal. Ibnu Abdil Barri berkata: Tiada khilaf dari Imam Malik bahawa hadis ini mursal. Walau bagaimanapun ia diriwayat secara bersanad dari jalan lain yang bagus. Ia adalah sebuah kitab yang masyhur di kalangan ahli sejarah dan terkenal di kalangan ulama’ di mana kemasyhurannya itu menyebabkan ia tidak perlu (dilihat) kepada sanadnya [kata-kata ini dinukil oleh penyunting kitab Muwatta’ ms 141].

Ibnu Kathir menyebut bahawa Abu Daud telah meriwayatkan di dalam kitab al-Marasil dari hadis al-Zuhri bahawa beliau berkata: Aku telah membaca di dalam sahifah Abu Bakar bin Amru bin Hazmi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci. Ibnu Kathir berkata: Ini adalah sesuatu yang bagus. Al-Zuhri dll telah membacanya, dan yang seperti ini sepatutnya diambil (dipegang) [Tafsir Ibnu Kathir 6/537].

Hadis ini diriwayatkan secara bersambung sanadnya dari empat orang sahabat, iaitu ‘Amru bin Hazmi, Hakim bin Hizam, Ibnu Umar, dan Uthman bin Abi al-‘As.

Al-Marhum Syeikh Nasiruddin al-Albani [di dalam kitab Irwa’ul Ghalil (1/160-161)] telah menyebut kesemua sanad hadis ini dan kitab-kitab hadis yang mentakhrijnya, kemudian beliau berkata: Sesungguhnya kesemua jalan hadis ini tidak bebas dari unsur dhaif. Akan tetapi dhaifnya itu adalah kecil kerana tiada perawi yang dituduh sebagai pendusta. ‘Illah hadis ini hanya irsal atau hafalan yang kurang baik, dan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam ilmu Mustalahul hadis bahawa setiap jalan periwayatan hadis boleh menguatkan di antara satu sama lain sekiranya tiada rawi yang dituduh pendusta. Ini telah dinyatakan oleh al-Nawawi di dalam Taqribnya dan al-Suyuti di dalam syarahnya. Diri ini menyatakan penerimaan terhadap kesahihan hadis ini, lebih-lebih lagi Imam Ahmad telah berhujah dgn hadis ini. Imam Ishaq bin Rahawaih juga telah mentashihkannya. Ishaq al-Maruzi berkata di dalam kitab Masa’il Imam Ahmad: Aku bertanya Imam Ahmad: Bolehkah seorang lelaki itu membaca Qur’an tanpa wudhu’? Imam Ahmad menjawab: Ya, boleh. Tapi dia tidak boleh membaca di mashaf selagi dia tidak berwudhu’. Ini kerana telah sabit dari Nabi s.a.w: Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci. Begitulah juga yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabiein.

Syeikh al-Albani juga menyebut bahawa telah sabit dan sah riwayat yang mengatakan Sa’ad bin Abi Waqqas telah menyuruh anaknya Mus’ab supaya berwudhu’ dahulu sebelum menyentuh al-Qur’an. Ia diriwayatkan oleh Imam Malik dan al-Baihaqi dgn sanad yang sahih.

Beliau juga berkata bahawa beliau telah membaca kitab Fawa’id Abi Syu’aib dan mendapati Imam al-Baghawi telah bertanya Imam Ahmad ttg hadis ini. Imam Ahmad berkata: Aku harap ianya sahih.

Sebenarnya kesahihan hadis ini juga telah dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Beliau telah berhujah dgn hadis ini di banyak tempat dalam kitabnya [lihat Majmu’ Fatawa 17/12 & 21/228]

Al-San’ani berkata: Kitab ‘Amru bin Hazmi telah sepakat diterima ramai. Ibnu Abdil Barri pula berkata: Ia seperti mutawatir kerana telah sepakat diterima ramai. Ya’qub bin Sinan juga berkata: Aku tidak tahu di sana ada sebuah kitab yang lebih sahih dari kitab ini. Sesungguhnya para sahabat dan tabiein merujuk kepadanya dan meninggalkan pendapat mereka sendiri. Al-Hakim berkata: Umar bin Abdul Aziz dan Imam zamannya, iaitu al-Zuhri telah menyaksikan bahawa kitab ini adalah sahih [lihat Subulussalam oleh al-San’ani 1/70]

2. Dalil golongan yang mengatakan boleh.

a. Ibnu Hazmi berkata: Membaca al-Qur’an, memegangnya, dan berzikir kepada Allah adalah perbuatan baik yang disunatkan dan diberi pahala kepada pelakunya. Sesiapa yang mengatakan ia kekadang (yakni dalam sesetengah keadaan) terlarang perlulah membawakan bukti! [al-Muhalla 1/78]

b. Hadis dalam Sahih Bukhari: dari Ibnu Abbas bahawa Abu Sufyan ketika beliau berada di Syam sebelum keislamannya telah dipanggil oleh Raja Rom. Kemudian dibawakan surat Nabi yang dihantar kepadanya yang menyeru beliau kepada Islam. Di dalam surat itu terdapat ayat 63 Surah Aali Imran.

Hujah mereka ialah Nabi telah menulis kepada Raja Rom yang kafir dan beliau telah memegangnya. Sekiranya orang kafir boleh pegang, maka lebih-lebih lagilah orang yang berhadas.

Pihak yang mengatakan haram menjawab: Surat tersebut mengandungi bukan saya ayat ini tetapi ada juga perkara lain. Ia sebenarnya sama dgn kitab Fekah atau Tafsir, dan Jumhur ulama’ mengatakan boleh memegangnya walaupun tidak berwudhu’.

Tetapi Ibnu Hazmi menjawab balik dgn berkata: Sekiranya kamu kata Nabi telah hantar satu ayat saya kepada Raja Rom, Nabi sebenarnya boleh hantar lebih banyak dari itu. Kamu kan ahlul Qiyas. Kalau kamu tak boleh qiyaskan ayat yang banyak dgn satu ayat, maka kamu jgn qiyaskan ayat lain dgn ayat ini!.

Sekian.

Mandi Wajib Dan Hukum Wuduk

Assalamualaikum,

Dibawah adalah jawapan yang saya perolehi dari archive Al-Ahkam.

Mengikut pendapat dibawah kita tidak perlu mengambil wudhu setelah mandi wajib. Walaubagaimanapun, setelah tata cara yang ke-4 (menyiram air ke kepala), kita menggosok seluruh badan termasuk kemaluan (celah2 kangkangan) dan sehingga selesai tatacara ke-7.

Adakah ini mewajibkan kita mengambil wudhu sekali lagi setelah mandi untuk solat - memandangkan kita dah sentuh kemaluan?

Sekiranya ya, adakah setelah tatacara ke-4, kita tidak boleh sentuh kemaluan sehingga selesai agar tidak perlu mengambil air wudhu' kembali?

Terima Kasih. Wassalam

Jawab

Rukun mandi dua perkara:

1. Niat; tujuan membezakan ibadat dan adat. Tempatnya ialah dihati
2. Meratakan air keseluruh anggota. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Tatacara (suna-sunatnya):
1. dimulakan dengan mencuci tangan tiga kali
2. membasuh kemaluan
3.berwudhu' sepertimana wudhu' untuk solat dan tangguhkan membasuh kaki
hingga dipenghujung mandian.
4. memulakan mandi dengan siraman di kepala sebanyak tiga kali hingga
meratai kulit kepala.
5. memulakan siraman air ke badan pada anggota sebelah kanan terlebih
dahulu.
6. memberi perhatian khusus kepada rongga dibadan seperti telinga, lubang
hidung, pusat, jari-jari kaki dan celah-celah anggota lain.
7. akhir sekali membasuh dua kaki.
(Sayyid Sabiq, ibid; Dr Abdul Karim Zaidan, almufassal)

Cara kedua:

Jika dia mandi dengan shower, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air
telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari, tidak payah
berwudhu', memadai hanya berniat untuk mandi dan wudhu' sekaligus. (Fatwa
Prof Dr Abdul karim Zaidan, alMufassal)

Penambahan untuk wanita:

Pada dasarnya mandi lelaki sama dengan wanita, cuma ia perlu memberi
perhatian pada rambutnya, kerana rambut wanita lebih panjang, maka
disunatkan diuraikan rambut . Bagi wanita yang mandi disebabkan haidh dan
nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath parfume)
supaya harum dari bau darahnya. (Dr Abdul Karim Zaian, ibid)

thtl for al_ahkam online
View user's profile Send private message
kamin
Panel Feqh
Panel Feqh


----------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr kambinggurun dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Benar apa yang sdr kambinggurun nyatakan, setelah tatacara no:2, iaitu membersihkan kemaluan, disunatkan mengambil wudhu' sambil menangguhkan membasuh kaki, diikuti dengan membasuh seluruh badan, dan penghabisannya menyempurnakan wudhu' dengan membasuh kaki. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang membatalkan wudhu' (seperti kentut, kencing, tersentuh kemaluan dsb), maka perlulah diambil wudhu' kembali.

Berikut kami petik tatacara mandi wajib yang di ringkaskan dari beberapa hadith oleh Syeikh Muhammad Salih al-Munajjid :-

"Mula-mula, seorang Islam itu hendaklah berniat didalam hati bagi tujuan membersihkan diri dari janaabah, kemudian membersihkan tempat-tempat sulit. Kemudian ia mengambil wudhu' sebagaimana dilakukan untuk solat, kemudian menyiram air dari sebelah kanan badan, diikuti sebelah kiri. Air hendaklah disiram dari atas kepala, meliputi keseluruhan badan. Juga telah diriwayatkan didalam sunnah bahawa membasuh kaki di tangguh sehingga akhir mandi. Sebagaimana yang dilaporkan dari A'isyah ra. yang berkata Rasulullah saw apabila melakukan mandi dari janabah akan membasuh tangannya, kemudian membasuh anggota sulitnya dengan tangan kiri. Kemudian melakukan wudhu' sebagaimana didalam solat. Kemudian baginda mengambil air dan memasukkan jarinya ke akar rambut sehinggakan baginda menggunakan tiga kali tangan berisi air keatas kepalanya. Kemudian dia akan menyiram air ke baki badan dan membasuh kakinya. (sebagaimana riwayat Muslim #479). Didalam riwayat al-Bukhari menyatakan bahawa baginda akan tukar sebelah badan (kanan kemudian kiri) dan membasuh kaki".

Komentar Al-Haafiz mengenai hadith al-Bukhaari didalam al-Fath (1/362) :

واستدل به البخاري أيضا على أن الواجب في غسل الجنابة مرة واحدة ، وعلى أن من توضأ بنية الغسل ثم أكمل باقي أعضاء بدنه لا يشرع له تجديد الوضوء من غير حدث .
"Al-Bukhaari juga memahami makna bahawa wajib melakukan mandi bagi membersihkan diri dari janaabah dengan sekali basuhan, dan sesiapa yang melakukan wudhu' dengan niat mandi dan membasuh keseluruhan badannya, maka tidak perlu mengulangi wudhu' jika tidak berlaku apa-apa perkara yang membatalkannya"

Kenyataan ini juga bermakna, apabila selesai membasuh tempat sulit, dikuti dengan mengambil wudhu', jika berlaku perkara-perkara yang membatalkan wudhu', maka mandi wajib itu sah akan tetapi wudhu' tadi perlu diperbaharui. WA.

wassalam

Wiladah Nifas Dan 40 Hari

Assalamualaikum,
Diharap tuan panel dapat membantu dalam permasalahan saya selepas bersalin.

1. Mandi wiladah hanyalah untuk perempuan yang bersalin tanpa keluar darah dan perempuan yang bersalin dgn kaedah pembedahan (caesarean) ?
2. Mandi nifas adalah untuk perempuan yang bersalin, dan ada darah nifas? Dan mereka tidak perlu untuk mandi wildah?
3. Tempoh maksimum keluar darah nifas adalah 40 hari (spt kata Ummu Salamah r.a) atau 60 hari (seperti kata fatwa mufti brunei) ?
4. Saya telah bersalin dalam lebih kurang 40 hari sebelum Ramadhan, jadi apabila masuk ke 41 hari, saya telah mandi nifas dan berpuasa Ramadhan, walaupun masih ada darah yang keluar. Adakah puasa saya sah, ataupun saya perlu menggantikan puasa saya sehinggalah habis darah keluar?
5. Bagaimana dengan hubungan sulit suami isteri (jimak)? Adakah dibolehkan selepas hari ke 40, ataupun digalakkan tunggu hingga habis keluar darah?

Terima kasih,

-------------
Salam

Oleh krn byk sgt soalan, kita jawab satu-persatu. Harap kesuma bersabar dgn jawapan secara peringkat2.

Quote:
1. Mandi wiladah hanyalah untuk perempuan yang bersalin tanpa keluar darah dan perempuan yang bersalin dgn kaedah pembedahan (caesarean) ?
2. Mandi nifas adalah untuk perempuan yang bersalin, dan ada darah nifas? Dan mereka tidak perlu untuk mandi wildah?


Setelah saya meneliti beberapa buah kitab, saya membuat kesimpulan bhw tidak ada nas ataupun ijma’ mengenai mandi bagi kelahiran yg kering. Apa yg jelas, ulama’ ijma’ mengatakan mandi itu wajib jika adanya darah nifas. Ijma’ ini dinukilkan oleh Ibn Munzir, at-Tabari dan selainnya. Adapun mengenai kelahiran yg kering, ulama’ berbeza pendpt mengenainya.

Dalam mazhab Syafi’I terdapat dua qaul. Pendpt yg asah ialah wajibnya mandi. Ini juga pendpt Hanafiah. Kewajiban ini disebabkan bersalin membayangkan adanya nifas yg mewajibkan mandi. Oleh itu bersalin mengambil tempat nifas dari segi mewajibkan mandi spt bertemunya dua kemaluan. Ini juga kerana anak itu adalah air mani yg terproses.( al-Majmu’ 2/170, al-Muhgni 1/154, Mughni al-Muhtaj 1/69)

Pendpt yg sahih dari kalangan Hanbali spt yg dinukilkan oleh Ibn Qudamah dalam al-Mughni adalah tidak wajib mandi krn sesuatu kewajiban itu adalah berdasarkan perintah syara’, sedangkan di sini tidak ada dalil mengenainya. Ia bukannya darah dan ia bukan juga mani. Namun, Imam al-Kharaqi al-Hanbali mengatakan wajib mandi meskipun kering.(al-Muhgni 1/210)

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufashal fi-Ahkamil Mar’ah wal-Bait al-Muslim mengatakan tidak ada nas maupun ijma’ yg menunjuk ke arah wajibnya mandi jika kelahiran yg kering.

Rujukan Lain

Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu
Dr Wahbah al-Zuhaily

Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadah
Sheikh Muhammad Nuruddin al-Makki

Fiqh an-Nisa’
Ibn Taimiyyah

Koleksi Hadis2 Hukum
Prof Hasbi as-Siddiqi

Fiqhus sunnah
Sheikh Sayyid Sabiq

Al-Fiqh al-manhaji
Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji

I’lamul Muwaqqiin
Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Fatawa Islamiyyah

Fathul Bari
Ibn Hajar al-Asqallani

_________________
Quote:
3. Tempoh maksimum keluar darah nifas adalah 40 hari (spt kata Ummu Salamah r.a) atau 60 hari (seperti kata fatwa mufti brunei) ?
4. Saya telah bersalin dalam lebih kurang 40 hari sebelum Ramadhan, jadi apabila masuk ke 41 hari, saya telah mandi nifas dan berpuasa Ramadhan, walaupun masih ada darah yang keluar. Adakah puasa saya sah, ataupun saya perlu menggantikan puasa saya sehinggalah habis darah keluar?

Waktu maksima darah nifas menjadi perbahasan ulama' sekian lama. Mereka berbeza pendpt sehinggakan ada yg mengatakan batas maksima nifas itu 60 hari yg juga merupakan pendpt yg asah dalam mazhab syafi'iyyah. Oleh krn perbincangannya terlalu panjang, cukuplah saya lampirkan pendapat yg rajih pada penilaian Dr Abd. Karim Zaidan. Kita lampirkan dahulu hadis2 yg berkaitan:

1. Dari Ummu Salamah ra ia berkata, "dahulu pada zaman rasulullah saw para wanita yg sedang nifas duduk selama 40 hari. dan dahulu kami membubuhi wajah kami dgn al-wars(daun pewarna) dari aal-Kalaf."[HR Tirmidzi]

2. Dari Anas ra, ia berkata, "Rasulullah saw menentukan waktu nifas bagi para wanita adalah 40 hari, kecuali dia telah melihat kesucian sblm masa tersebut."[HR Ibn Majah]

3. Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, "Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat kesucian, maka hendaklah dia mandi."[HR Ibn Adi]

Berdasarkan hadis2 di atas, Dr Abd karim Zaidan memilih pendpt nifas itu 40 hari maksima. Selepas itu, dikire istihadah dan wajib mengerjakan solat, puasa dan lain2. Pendapat ini juga dipilih oleh Imam tirmidzi.

Rujukan

Al-Mufashal fi-Ahkamil Mar'ah wal-Bait al-Muslim
Dr Abd Karim Zaidan

Hukum Dan Persoalan Darah2, Haid, Nifas dan Istihadah
Muhammad Nuruddin al-Makki

_________________
Quote:
5. Bagaimana dengan hubungan sulit suami isteri (jimak)? Adakah dibolehkan selepas hari ke 40, ataupun digalakkan tunggu hingga habis keluar darah?


lihat: http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26538&highlight=nifas

Wassalam

Sentuh Kemaluan Tidak Batal Mandi

Assalamualaikum...adakah batal mandi (junub, wajib) seseorang itu sekiranya tapak tangannya menyentuh qubul atau dubur.? harap moderator menghuraikan persoalan ini. Assalamualaikum

-------------
wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Selamat datang ke ruangan Soal-Jawab Fiqh al-ahkam online sdr allawudden, Insyaallah kami akan cuba menjawab persoalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada.

Menurut pendapat jumhur ulama', tersentuh kemaluan dengan tapak tangan membatalkan wudhu' iaitu al-hadath al-asghar, akan tetapi ia tidak membatalkan mandi janabah (mandi wajib - bersuci dari al-hadath al-akbar). Perkara-perkara seperti terkentut, buang air kecil semasa mandi dsb tidak membatalkan mandi tersebut, tetapi jika seseorang itu ingin melakukan solat dan seumpamanya, hendaklah membersihkan diri dari hadath kecil dan mengambil wudhu'. Malah menurut Syiekh Ibn Utsaimin, bekas Mufti Arab Saudi didalam bukunya al-Sharh al-Mumti’ dan fatawa Utsaimin, jika lebihan air mani terkeluar lagi selepas mandi yang bukan disebabkan oleh ransangan, seseorang itu tidak perlu mandi lagi. Menurut beliau :

: أي إذا اغتسل لهذا الذي انتقل ( أي المني) ثم خرج مع الحركة فإنه لا يعيد الغسل ، والدليل :

أن السبب واحد ، فلا يوجب غُسلين .

أنه إذا خرج بعد ذلك خرج بلا لذّة ، ولا يجب الغسل إلا إذا خرج بلذّة
"Ia itu jika ia melakukan mandi untuk ini akan sesuatu yang telah keluar (mani), kemudian ia keluar (lagi) semasa dia bergerak, maka dia tidak perlu melakukan mandi semula. Dalilnya adalah : Sesungguhnya sebabnya yang sama (satu sebab), maka tidak perlu melakukan 2 kali mandi.

Kerana ia keluar selepas itu tanpa mempunyai perasaan keseronokan (ransangan), dan mandi tidak diwajibkan melainkan ia keluar disertakan dengan rasa keseronokan" - [al-Sharh al-Mumti’ - 1/281]

Perlu diingat bahawa perkara-perkara yang membatalkan wudhu' hanya memerlukan seseorang itu membersihkan diri dari al-hadath al-asghar (hadath kecil) dan mengambil wudhu' kembali, dan ia tidak sekali-kali membatalkan mandi yang dilakukan keatas al-hadath al-akbar (hadath besar). WA.

wassalam

Mandi Hadas Tak Baca Bismillah

1.Jika mandi hadas besar yang tak dibaca bismillah terlebih dahulu tetapi terus membaca niat.Adakah sah mandi hadas besarnya?

_________________
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr luna dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam kitab Al-Fiqh Al-Manhaji menjelaskan bahawa Kaifiat wajib mandi ada dua :-

(1) Niat - setiap amalan itu disertakan dengan niat, iaitu menqasadkannya.
(2) Meratakan air keseluruh badan. [Al-Fiqh Al-Manhaji 1/88].

Mandi anda sah tanpa membaca bismillah. Anda tidak perlu membaca atau menzahirkan niat, memadai hanya menqasadkan niat didalam hati.

Ibn Qudaamah didalam al-Mughni (1/217)berkata :

صِفَةُ إجْزَاءٍ , وَصِفَةُ كَمَالٍ , فَاَلَّذِي ذَكَرَهُ الْخِرَقِيِّ هَاهُنَا صِفَةُ الْكَمَالِ . قَالَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا : الْكَامِلُ يَأْتِي فِيهِ بِعَشَرَةِ أَشْيَاءَ النِّيَّةِ , وَالتَّسْمِيَةِ , وَغَسْلِ يَدَيْهِ ثَلاثًا , وَغَسْلِ مَا بِهِ مِنْ أَذًى , وَالْوُضُوءِ , وَيُحْثِي عَلَى رَأْسِهِ ثَلاثًا يُروِّي بِهَا أُصُولَ الشَّعْرِ , وَيُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ , وَيَبْدَأُ بِشِقِّهِ الأَيْمَنِ , وَيَدْلُكُ بَدَنَهُ بِيَدِهِ , وَيَنْتَقِلُ مِنْ مَوْضِعِ غُسْلِهِ فَيَغْسِلُ قَدَمَيْهِ . وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُخَلِّلَ أُصُولَ شَعْرِ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ بِمَاءٍ قَبْلَ إفَاضَتِهِ عَلَيْهِ .
"Disana terdapat 2 cara mandi untuk membersihkan dari janaabah, salah satunya adalah mencukupi, dan yang lain satu ialah cara yang sempurna (kamil). Apa yang di sebut oleh al-Khiraqi adalah cara yang sempurna. Ada dikalangan sahabat kami berkata : Terdapat 10 perkara bagi cara yang sempurna :

1)Niat 2)Baca Bismillah 3)Membasuh tangan 3X 4)Membasuh apa-apa kotoran disana 5)mengambil wudhu' 6)menyiram air keatas kepada 3X dengan memastikan ia sampai ke kulit kepala 7) Menyiam air keseluruhan badan 8 ) memulakan dengan sebelah kanan 9)Mengosok badan dengan tangan, bergerak sehingga ke kaki. 10) Mustahab menyela-yela rambut dan janggut sebelum air mencecahnya."

Mandi yang memadai pula menurut Ibn Utsaimin ialah :

أما الصفةُ الْمُجزِئة فأَنْ يتمضْمَضَ ويستنشِق ويَعُمَّ بدَنَه بالماء ولو دُفعةً واحدةً ولو ينغَمِس في ماءٍ عميقٍ .
"Bagi mandi yang memadai iaitu membasuh mulut dan hidung, kemudian basuh seluruh badan dengan air, walaupun dengan cara berendam didalam air yang dalam sekali gus (mencelupkan diri)".

WA, wassalam.

Berwuduk Dalam Pesawat Terbang

Salam

Sahabat saya yang mengikuti kursus haji tidak dapat galakkan dari ustazahnya untuk menggunakan botol spray bila berwudhu.
Dia ingin tahu bagaimana tata-cara dengan lengkap berwudhu menggunakan ayer botol spray bagi saorang wanita seperti:-

1. Adakah ayer dituangkan ketelapak tangan dan diratakan keanggota tubuh atau dispraykan anggota tubuh yang perlu, kemudian diratakan ayer?

2. Adakah dilakukan sekali atau 3 kali bagi setiap anggota tubuh?

3. Bolehkah dilakukan di tempat duduk pesawat atau perlu dilakukan dibilek ayer memandangkan ia seorang wanita kerana takut terdedah auratnya bila berwudhu?
Harap Ustaz dapat jelaskan selengkapnya supaya dia tidak akan jadi was-was kalau hendak menggunakan kaedah ini nanti.

Maaf kerana banyak soalan dan harap dapat percepatkan jawapannya supaya dapat diforwardkan padanya sebelum ia berangkat.
Terima Kasih

------------
Salam

Soalan ini saya jawab dgn cepat memandangkan jawapannya diperlukan dgn segera. Insya Allah saya akan cuba jawab.

1. Tidak perlu spray air tersebut. Memadai menuang air ke atas tangan dan kemudiannya meratakan di seluruh anggota wudhu'. Berdasarkan fiqh syafi'i, tangan yg meratakan air itu tidak boleh diangkat. Ratakan air tanpa mengangkat tangan sptmana tayamum. Jika diangkat air itu menjadi air mustakmal dan tidak sah wudhu' itu.

Adapun pendpt yg kuat, wudhu' itu tetap sah sekalipun diangkat tangan yg meratakan air berdasarkan dalil berikut:

Dari Jabir ibn abdullah ra berkata, "Pd suatu hari Rasulullah saw datang menjenguk aku yg sedang sakit dan tidak sedarkan diri, maka Rasulullah saw mengambil air wudhu' baginda dan menuangkan air wudhu' itu ke atas diriku."[HR Bukhari]

Lanjutkan pembacaan ke URL berikut mengenai air mustakmal
0003. Fiqh Sunnah (Thaharah)

2. mengulangi 3 kali hukumnya sunat. Jika air itu byk, sapulah 3 kali. Jika bimbang air tak cukup, 1 kali memadai.

3. boleh. Malah itulah terbaik utk kaum wanita. Krn menampakkan auratnya kpd bukan mahram, hukumnya haram.

Lanjutkan bacaan sdr kr URL berikut: SJ - 2699 : Solat menghormati waktu didalam Kapal Terbang

Dan, sdr juga boleh dapatkan buku yg ditulis sendiri oleh pilot Mas international iaitu al-fadhil Hafiz Firdaus yg bertajuk Musafir Penerbangan dan Beberapa Permasalahannya. Ataupun baca terus di URL berikut: Musafir Penerbangan

sekian.

Wassalam

_________________
Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat, begitulah kaedah mengambil wudhu' yang minimum didalam kapal terbang. Sedikit penambahan :

Q1: Kalau nak tuang ke tangan dan menyapu-yapu keanggota-anggota semasa wudhu' pun boleh (jika tidak tumpah), atau menggunakan spray (yang juga seperti kita ambil wudhu' melalui shower di rumah) pun boleh. Apa yang penting disini ialah menggunakan air yang mengalir. Amalan seperti menggunakan tuala basah dan seumpamanya tidaklah dibolehkan didalam mengambil wudhu'. Mengambil wudhu' didalam keadaan yang begini tidak memerlukan kepada sunat-sunat wudhu'. Apa yang perlu ialah sebagaimana yang dijelaskan didalam firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali "- [Al-Maa'idah 5:6].

Tips yg boleh diambil dari surah diatas ialah (perhatikan perkataan Basuh dan Sapu):-

a. Basuh muka (ratakan air).
b. Basuh kedua-dua tangan (ratakan air).
c. Sapu kepala (termasuk telinga sekali) dengan sisa-sisa air yang tertinggal di tangan semasa membasuh tangan. Tidak perlu mengambil air baru atau sray.
d. Basuh kedua-kedua kaki (meratakan air).

Anda boleh mendengar ceramah Ustaz Dr Abdullah yasin mengenai penggunaan spray semasa berwudhu' di laman audio al-ahkam, tips haji.

Q2: Seperti yang dinyatakan oleh ustaz Gayat, melakukan 3 kali itu sunat hukumnya. Yang wajib hanya satu kali basuhan.

Q3: Mengikut pengalaman, setengah kapal terbang tidak membenarkan mengambil wudhu' didalam toilet. Maka jemaah Haji dinasihatkan mengambil wudhu' dari tempat duduk masing-masing, ini lebih mudah.

Kebiasaannya, eloklah dibawa air didalam bekas mineral water bagi menunaikan solat didalam kapal terbang. Kalau nak dibawa bersama-sama dengan kepala spray pun boleh. Jemaah haji juga boleh menggunakan spray ini semasa wukuf di Arafah bagi menyejukkan (spray air diatas kepala) kepala. Didalam keadaan perjalanan yang sebegini, eloklah wudhu' diambil dengan secara minimal mungkin, tidak perlu air yang banyak. wallahu'alam.

wassalam

Wudu' Dengan Botol Spray Dalam Penerbangan

Salam
Terima Kasih atas jawapan yang cepat dan jelas tempoh hari.
Lagi satu masaalah, ada jema'ah bakal haji dalam pelayaran (penerbangan?) ke Baitullah dibekalkan dengan botol spray untuk berwudhu di dalam pesawat.
Sebahgian ustaz/ustazah membolehkan dan sebahgiannya tidak.
Apakah pandangan ustaz tentang masaalah ini?
Sekian, Terima Kasih.

------------
Wassalam
Jawab:
T/kasih kembali. Kami mendahulukan masalah anda kerna bertepatan dgn musim Haji sekarang. Ini termasuk Fiqh Awlawiyat dalam menjawab soalan.

ini termasuk soalan yg tidak perlu dibahaskan. Penggunaan spray utk berwudhu' itu adalah terbaik demi keselamatan dan housekeeping pesawat memandangkan ia adalah penerbangan khas membawa pesawat dan penumpang/bakal haji tidaklah boleh berwudhu' spt di rumah atau di kolah mesjid di kampung masing2. Walau apa pun perbedaan pendapat mengenai boleh atau tidak berwudhu' dgn cara spray, dalam keadaan ini, pendapat yg mengatakan boleh adalah diungguli kerana ia bertepatan dgn amalan salaf assoleh yg amat berjimat dalam menggunakan air utk bersuci. Walaupun metod spray ini adalah baru, tapi ia bukanlah bid'ah yg dimaksudkan itu. WA

Haid Tidak Teratur Dan Tidak Hamil

Sebenarnya saya mempunyai masalah kedatangan haid yg tidak teratur.. lebih kurang 3 – 4 tahun saya tidak didatangi haid.. lama bukan… saya pernah ke hospital dan klinik untuk menyelesaikan masalah ni.. selepas ke hulu ke hilir di hospital.. saya diberi pil dimana bila saya makan pil tu.. baru saya datang haid.. habis ubat.. dah tak keluar lagi.. saya sekali lagi buat pemeriksaan di hospital lain.. saya sekali lagi diberi pil yg lain.. doctor suspek saya hyper tension.. siap CT scan lagi.. utk apa.. saya tak tau.. yg saya pelik.. bila saya makan pil tu.. kepala ni macam nak pecah.. x boleh bangun.. last2 saya buang pil tu.. then saya ke klinik.. tapi doctor kata.. perkara biasa… so.. saya rasa macam dah putus harap nak berubat lagi.. kini lepas kawin saya rasa bende ni penting utk saya hamil nanti…

Kini, lepas 3 bulan saya tiada tanda2 yg positif utk saya hamil.. kecewa jugak.. macam mane saya nak buat ek.. tolong saya.. saya ada soalan:

1. sekiranya selepas perhubungan seks.. suami saya buang mani die kat dalam.. kemana perginya mani, sekiranya ovum saya tidak dapat mensenyawakan sperm tu.. ada kah ia berkait rapat dengan darah haid yg biasa dialami oleh wanita biasa.

---------
Jawab:

Setelah kami meneliti masalah ini, kami dapati puan bukanlah berhajatkan hukum-hakam fiqih tapi mahukan penjelasan dari sudut sains perubatan mengenai fungsi Haidh dan efeknya pada kesuburan perempuan. Walaupun kami mampu menjelaskan dengan membuka jurnal perubatan, tapi ada baiknya puan mendapatkan penerangan dari doktor sakit puan yg memberikan preskripsi atau dapatkan doktor pakar lain yg puan yakini. Dari kajian kami, memang benar haidh yg normal itulah yg menghasilkan hormone Estrogen dan kemudian Progesteron. Kalau puan lihat istilahnya pun dah semakin teknikal, maka doktor yg merawat puan adalah tempat rujukan yg sebaiknya. Janganlah malu utk bertanya kepada doktor, dapatkan penjelasan terperinci dari beliau.
kami di Ahkam lebih bersedia membantu dari sudut hukum-hakam fiqih dan tidak gemar mencampuri suatu bidang yg mana lebih baik pakar sendiri yg menjelaskannya. WA

Tidak Menyedari Istihadhah

Salam

Bagaimana andainya ketika satu waktu, saya didatangi haid, lalu saya meninggalkan solat; tetapi setelah 5 hari didatangi (saya bertanya ustazah), ustazah menyatakan itu bukan haid yg sebenarnya, ia adalah istihadah, kerana ia sebenarnya belum mencukupi waktu suci saya. Bagaimana dgn solat yg telah saya tinggalkan... adakah sah andainya saya mengqada'kan semua solat saya yg telah ditinggalkan itu..?
Bagaimanakah kaifiat mengqada'kan solat..?

terima kasih

-----------
Wassalam

Jawab:

Mana mungkin seorang wanita tidak tahu apakah itu haidh dan apakah itu Istihadzah? Ini adalah ilmu yg badihi (basic) bagi wanita. Dia tidak boleh sentiasa tertanya-tanya apakah ini haidh dan apakah ini darah istihadhah. Dia juga dikehendaki menemui pakar sakit puan.
kami tidak dapat membantu anda kerana maklumat yg terlalu sedikit. Kami tidak tahu pattern haidh anda dan apakah cik/puan ada mengalami gangguan haidh spt haidh yg tidak konsisten (awal atau lewat bulan) atau haidh yg diselangi darah istihadzah. Apakah ini period yg pertama kali (bagi anak gadis sunti) dsbnya. WA

Tempoh Ishadhah

Salam
Andainya seseorang itu mengalami istihadzah... berapa lamakah tempoh (bil hari) baginya untuk menentukan dirinya bukan lagi istihadah? Andainya darah sentiasa mengalir, mungkin utk tempoh sebulan, bagaimanakah dia ingin menentukan yg darah itu adalah haidh?

----------------
Wassalam

Jawab:

Istihadzah ialah perdarahan terus-menerus melebihi hari-hari biasa haidh (period) (Imam Ibn Hajar Asqalani/Fathul bari hadis no 228)
Imam Nawawi (Syarh Nawawi 'ala Muslim 2/255), alMajmoo': 2/538), istihadzah ialah perdarahan dari urat lantaran penyakit.

Mengikut sains perubatan (Current Medical Diagnosis & treatment, 1982, 428) istihadzah ialah abnormal uterine bleeding samada jenis menorraghia (pendarahan berpanjangan) atau metrorraghia (perdarahan antara dua period haidh)

Apa yg anda khabarkan itu pada hemat kami ialah hypermenorrhea (perdarahan berpanjangan yg kronik). Maka inilah tekniknya:
HR Abu Daud (Sunan: 1/78/# 304) dari Fatimah bte Abu Hubaisy ra, "[sabda] Jika haidh datang, darahnya dikenali dgn warna kehitaman dan hentilah solat. Jika warnanya selain itu, maka berwudhu dan solatlah." (Albani, sahih Sunan Abu Daud/# 263)

Jika dia keliru dgn tempoh periodnya, andaikan 6-7 hari, maka hari2 perdarahan yg lain itu dianggap istihadzah.

Dalilnya: dari Hamnah bte Jahsy di mana Nabi saw berfatwa supaya dia mengandaikan periodnya 6-7 hari dan hari2 yg lain itu adalah istihadzah dan dikehendaki solat dan puasa.(Albani, alIrwa' alGhaleel: no 188)

Keperluan maksima: ialah mandi setiap kali utk solat
keperluan minima: memadai dengan berwudhu' sahaja (Albani, Sahih Sunan Abu Daud, No 268)

Wanita yg istihadzah boleh pula menjama'kan solatnya mengikut Fiqh Imam Ahmad Ibn Hanbal (Fiqh Sunnah). WA

Cecair Keluar Dari Qubul Lelaki

Salam

Saya mempunyai 2 pertanyaan :
1. Setelah beberapa bulan barulah saya perasan bahawa segala ibadat yang saya lakukan semuanya tidak sah dan mungkin segelintir sahaja yang sah. Apakah yang perlu saya lakukan? Apakah hukumnya?
2. Apakah cecair lain yang keluar dari qubul lelaki selain mani,kencing dan mazi?
Wassalam :bunga

---------------
Salam

1. Pertama, adalah lebih baik kiranya sdr memberikan ibadat yg sdr sangkakan tidak sah itu. Krn mungkin hanya tanggapan sahaja bahawa ibadat itu tidak sah. Padahal, ia sah.

Sekiranya mmg benar ibadat itu tidak sah, namun yg lepas itu dianggap sah. Krn Allah mengampunkan seseorang itu krn jahil.

Dari Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah mengabaikan dari umatku kesalahan, kelupaan dan ketika dipaksa."[HR An-Nasa'i]

Apa yg perlu sdr lakukan, ialah belajar. kemudian perbaiki segala perkara yg telah sdr lakukan kesilapan sblm ini. Sesungguhnya ilmulah ubat penyakit jahil.

2. Selain yg sdr senaraikan ialah wadi.

Dari Ibnu ‘Abbas r.a. mengenai mani, wadi dan madzi, katanya: “Adapun mani, hendaklah mandi, mengenai madzi dan wadi, pada keduanya berlaku cara bersuci.” (Dirwayatkan oleh Atsram dan Baihaqi, sedang pada Baihaqi lafadnya adalah sebagai berikut: “Adapun wadi dan madzi, katanya, cucilah kemaluan atau tempat kemaluanmu, dan lakukanlah pekerjaan wudhukmu buat sembahyang.”

Sekian. WA.

Wassalam

Feqh Sunnah (An Najasah)

_________________
Wassalam
Tas-hih/Tahqeeq

Hadis anNasa'iy


Dari Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah mengabaikan dari umatku kesalahan, kelupaan dan ketika dipaksa."[HR An-Nasa'i]

Tahqeeq: Hadis ini juga diriwayatkan juga dari jalur yg lain:

a. Sunan Ibn Majah (1/630/#2043)dari sanad Atha' dari Ibn Abbas ra. Sanadnya sahih menurut alBusyairy dalam azZawa'id.

b. Dikeluarkan oleh atTohawi (Syarh Ma'ani wa Atsar: 2/56), Ibn Hazm alAndalusi (Usyool alAhkam: 5/149), alHakim (alMustadrak: 2/198) disahihkan oleh alHakim, disahihkan oleh Ibn Hibban (1498), disahihkan oleh alMuhaddith Ahmad Syakir. Hasan menurut anNawawi (Matan arba'een annawawiyah, # 39), hasan juga menurut penilaian Syaikhul Islam Ibn Hajar alhaythami.

2. Hadis Atsram dan alBaihaqee


Dirwayatkan oleh Atsram dan Baihaqi

Hadis ini berada dalam kitab Fiqh Sunnah oleh mantan Syaikhul alAzhar, allamah Sayyid Sabiq. Hadis ini ditas-hihkan oleh alMuhaddith al-Albani ketika mentahqeeq kitab ini, Tamamul Minnah/Jld 1)

Selain kencing, mazi, mani dan wadi, qubul lelaki juga bisa mengeluarkan nanah dan cecair infeksi jika dijangkiti penyakit, batu karang, atau ulat atau darah. (Fiqh Islami)